- makna korban bagi lelaki biasa macam aku -

Sep 30, 2013


hari rabu tu dah rasa lain macam.
demam, batuk, pening selesema...pakej la tu.
khamis pagi, dah bangun macam biasa nak pergi kerja jugak.
tapi wifey kata ambik mc je.
nanti sakit melarat, kan susah...

macam biasa, doktor bagi ubat sebakul, macam sakit kronik sangat.
kemudian dia caj la mahal-mahal.
hah, taktik tu dah agak dah kan...

jumaat.
masih ada bintang-bintang berpusing di kepala.
badan masih dedar.
apa nak buat, mc sehari je kan.
gagahkan jugak la pergi kerja.

nak tak nak.
berkorban untuk kerja yg kita sayang kan...

sabtu.
masih pening-pening lalat.
tapi dah janji dengan wifey.
hujung minggu nak balik kuantan.
mak mentua tak berapa sihat.

takpelah...
berkorban untuk orang yg kita sayang kan.

drive dari nilai ke kuantan, dan dari kuantan ke nilai semula.
ya. lebih kurang 500 km la.
balik hari yg sama.

sebabnya.
hari ahad, ada sukan sekolah.
erol dan erin ambik bahagian.
tak nak kecewakan mereka, dah penat-penat praktis kan.
lagi pun mana tau, menang pulak acara yg diorang masuk tu.

ya, erol menang 2 medal perak.
erin dapat satu medal perak.
oklah tu daripada balik tangan kosong.
erin jugak masuk acara perbarisan.
tak dapat la kami nak cabut awal.
kena tunggu dari majlis mula sampai penutup.
perbarisan pembukaan dan perbarisan majlis penutup.

apa nak buat.
berkorban untuk anak yang kita sayang kan...

ada 2 keping je. pics lain dalam kamera dan henset wifey








- siri bercakap dengan erin . . . 23

Sep 25, 2013


adegan dalam kereta.
lagu 'bertingkek-tingkek' sedang ke udara.
aku pun ikut menyanyi.
"duit den bertingkek-tingkek daghi jelobu sampai bongek..."

sedang syok menyanyi.
erin pulak menyampuk.
ek eleh... potong angin betul la, huhuu

erin: "papa, bertingkek-tingkek tu apa?" tanya erin dengan dahi sedikit berkerut.

aku: "bertingkek tu bahasa  (loghat) negeri sembilan. maknanya bertingkat-tingkat la. banyak...
duit orang tu banyak. orang kaya macam papa ni duit banyak, bertingkat-tingkat, bersusun-susun...
kalau kat dalam bank pun diorang susun duit bertingkat-tingkat. sebab banyak"
aku pun bagi 'definisi' panjang lebar. supaya erin faham.

erin: Ooooo....

(tapi aku tak sure, erin faham ke tidak.
sekurang-kurangnya bila aku nyanyi lagi lagu tu nanti, dia dah tak tanya lagi dah...hehe)

tak lama kemudian lagu 'aku yg dulu bukan la yg sekarang' (eh...aku tak sure apa tajuk lagu yg sebenar) pulak berkumandang di radio.
ya, lagu tengah popular sekarang ni. nyanyian, tegar, seorang kanak-kanak dari Indonesia.

apalagi. erin pun ikut nyanyi la.
siap dengan ayunan tangan dan goyangan kepala.
sampai lah pada satu bait lirik.

"...pulang malam bawa wang 'recehan'..."

aku pun sengaja la nak 'kenakan' erin.
iya la, asyik aku je kena jawab soalan dia kan.

aku: "erin, 'recehan' tu apa?"

erin: 'recehan' tu duit lebih la. macam papa bagi erin duit belanja sekolah. lepas tu beli kat kantin. ada duit syiling lebih. balik rumah, erin letak lah dalam tabung..."

huh... kemain lagi erin 'goreng' aku.
tapi, sebenarnya jawapan erin tu  memang 'separuh' betul.
kalau tak percaya sila google maksud 'recehan'.
ha ha ha






- surat dari istana -

Sep 24, 2013

 
minggu lepas dapat ini. saspen  dan teruja jugak...
kasi tunjuk la gambar sekeping.
yang dalam tu p&c...

sebenarnya jemputan utk majlis ni. bukan dapat pingat tau...hahaha
merasa la jugak masuk istana baru tu kan....;)

 

- sila simpan perut boroi tu kat rumah -

Sep 23, 2013


ada banyak benda kalau kita tak sabar boleh jadi gaduh.
dengan kawan satu ofis pun boleh masam muka.
dengan jiran pun boleh gaduh.
kalau tak betul cara boleh perang mulut.
hampir semuanya gara-gara sikap.

kat pasar beli ikan pun boleh jadi gaduh, wa cakap lu.
bawak troli pakai langgar je.
potong q masa nak timbang atau nak bayar.
itu dah pernah dah jadi.


*****

ini kisah kat pasar raya semalam.
hujung minggu biasalah, ramai daripada biasa.
tempat  ikan atau barang basah tu sempit sikit.
apa nak buat berhimpit-himpit aje la kan. tak payah nak merungut sangat.

ada satu mamat ni badan besar, perut boroi.
satu kali dia lalu, main langgar aje aku dengan perutnya.
kalau perempuan mengandung, mungkin aku boleh terima la, susah nak adjust ...ooops!
sudah la dia langgar, takde excuse me ke, sorry ke...
buat muka poyos je.

ok la. apa boleh buat.
dalam dunia ni 1,001 sikap manusia.
sabar je la...

masa tengah beratur tunggu giliran nak timbang.
sekali lagi aku kena langgar.
aku paling ke belakang tengok, huh orang yg sama.
yg langgar aku dengan perut boroinya tadi.
nyaris je aku terlepas bungkus ikan yg aku pegang.
sekali lagi dia buat selamba.
takde excuse me, atau sorry ke.
fuh....ini sudah menyirapkan darah gua.

"apa ni brader main langgar-langgar pulak..." aku sound.
aku rasa orang lain kat situ dengar.
tapi dia terus je berlalu.
seolah-olah tak dengar, tak bersalah apa-apa, atau kata-kata tu bukan aku tujukan pada dia.

brader baju merah tu (pic sengaja dikaburkan hehehe)

******

semasa menuju nak ke kaunter bayaran
aku ternampak kelibat mamat tadi tu sedang menuju ke arah laluan aku.

mungkin sikap nakal aku masih ada lagi sikit-sikit.
tak sedar gerakan kaki secara spontan.
serentak dengan tu, kaki mamat tadi tersadung.
nyaris dia tersungkur.
kemudian dia bingkas berpaling pada aku.

'oops....sorry' kataku sambil mengangkat tangan dan terus berlalu.
sekurang-kurangnya aku bersimpati dan mintak maaf atas kenakalan itu..... ;)



- 43 syawal 1434: RTM masih beraya...! -

Sep 20, 2013


RTM masih beraya lagi nampaknya.
tak serik-serik. ke?
atau memang ada sabotaj orang dalam.

itu hari kecoh dan terpaksa minta maaf kepada PDRM.
logonya bertulis 'Polis Raja di Malaysia"
lepas tu ketua polis negara, Khalid Abu Bakar dibubuhnya nama MB Selangor, Khalid Ibrahim.

aku taklah pulak nk menghebah dalam facebook. kesian kat staf RTM asyik kena bamboo...!
sure kalau letak, ada yg share atau mensensasikannya jadi isu besar...!

ini bukan gambar edit ke ape. aku tak reti pun bab edit gambar ni.
lagipun buat apa aku nak menipu?
apa untungnya?
aku ambik direct dari tv, guna kamera henfon aku yang cikai tu.

ni kejadian petang semalam.
aku terperasan ada sesuatu yg tak kena...

tengoklah pics ni dan tafsirkan sendiri.
gerenti geleng kepala...
di bhg bawah sudut kiri tu, bertukar-tukar menunjukkan waktu, tarikh masihi dan tarikh hijrah





- harapkan tikus, tikus makan keju . . . -

Sep 19, 2013


kunci pintu depan rumah rosak.
nak kunci tak boleh, nak bukak pun tak boleh.
aku terpaksa pecahkan kunci untuk masuk.

nak tukar satu set, boleh tahan mahalnya.
tengh-tengah bulan ni faham-faham aje la.
nanti lari bajet.
jadi aku pergi kedai hardware, cari 'barang-barang' yg lebih kurang sama.
balik rumah, aku 'modified'.

puas jugak la, nak adjust.
sebab bukan barang original.
dekat 2 jam aku godek-godek.
tukar itu, tukar ini, adjust sana sini.
akhirnya.....menjadik gak.
walaupun tak berapa sempurna la macam locksmith atau tukang rumah.

yg penting, dapat keluar masuk ikut pintu depan.
kalau tak, kena ikut  pintu belakang la.
silap-silap kena belangkung dengan jiran, ingat kita ni nak pecah rumah.


tapi tengah hari semalam.
kunci tu rosak semula.
erol tak dapat masuk. bila balik dari sekolah.
last-last terpaksa masuk ikut pintu belakang.
cumanya, dia terpaksa panjat pagar la.
tak tahulah susah-payah budak macam erol terpaksa panjat pagar rumah.

*********

aku nak godek semula, malam tadi.
tapi wifey tak bagi.
'macam tikus baiki labu' katanya.

malam tadi dia contact kontraktor yg pernah renovate rumah kami.
mintak datang pagi ni sebelum dia pergi kerja.
nak repair kunci pintu rumah tu.

'x sampai 10 min dh repair. byr rm20 je...' wassap wifey pagi tadi.

perli aku la tu...

- adik kesayangannya sudah tiada. . . -

Sep 17, 2013


kehilangan orang paling rapat pastinya sukar diterima.
apatah lagi kalau pemergian itu secara tiba-tiba.
pemergian satu-satunya adik kesayangan, benar-benar menghibakan.
ya, mereka memang rapat.
sejak kecil hinggalah kini, walaupun masing-masing sudah berkeluarga.

berita yg diterima lebih kurang jam 1 pagi itu benar-benar meruntun jiwa.
tak pernah terduga olehnya panggilan itu mengkhabarkan sebuah kematian.
aku terdengar ucap istighfar dalam sebak itu.

lantas aku segera bangun dari katil.
kulihat dia sudah tersandar di tepi dinding.
berkali-kali aku bertanya 'kenapa ni, kenapa ni...?"
tapi hanya tangis dan istighfar saja diulang-ulangnya.
dihulurkannya telefon yg dipegangnya.
di hujung telefon itu suara abang iparku.
juga dalam tangisan.
mengkhabarkan punca mengapa wife aku jadi lemah longlai tak berdaya dalam tangisannya.
ya, nor, adik kesayangannya, telah pergi menghadap Illahi.
tak siapa menjangka dalam usia semuda itu.
lagi pula dia tidak mengalami sebarang sakit yg memudaratkan.

kami pun bergegas ke hospital sg buloh.
di situlah dia dikejarkan oleh suaminya selepas mengalami sesak nafas.
di hospital itulah arwah menghembuskan nafas terakhirnya.
sepanjang perjalanan itu, wifey hanya menangis.
tanpa sebarang kata-kata.
di sana sudah berkumpul sedara-mara yg lain.
ada juga kalangan kawan-kawan cikgu sekolah arwah.
nyatalah mereka juga terkejut.

selepas segala urusan jenazah selesai.
mengikut amanat arwah, mahu dikebumikan di kampung.
kami memulakan perjalanan lebih kurang jam 4 pagi ke kampung, di Pahang.
sepanjang perjalanan itu, wife aku langsung tidak bercakap.
melayan perasaannya dan sesekali terdengar esak tangisnya.

4 anak arwah yg masih kecil, hanya mampu menangis.
anaknya yg kecil sekali, tentunya belum faham erti sebuah kematian dan perpisahan abadi.
pastinya mereka terasa akan kehilangannya.
tempat bergantung, tempat bermanja, tempat berlindung, dicurah kasih sayang....hilanglah sudah.
bagaimanakah hari-hari mendatang harus mereka tempuhi tanpa ibu kesayangan di sisi?

tak siapa menduga anak bongsu daripada 11 beradik itu yg pergi dulu.
abang-abang dan kakak-kakaknya, pasti merindui arwah.
dan...semua orang tahu, wifey lah yg paling rapat dengannya.
dialah yg paling terkesan sekali.
biar betapa sukar baginya menerima kenyataan itu, dia tetap redha.

al-fatihah.