- adik kesayangannya sudah tiada. . . -

Sep 17, 2013


kehilangan orang paling rapat pastinya sukar diterima.
apatah lagi kalau pemergian itu secara tiba-tiba.
pemergian satu-satunya adik kesayangan, benar-benar menghibakan.
ya, mereka memang rapat.
sejak kecil hinggalah kini, walaupun masing-masing sudah berkeluarga.

berita yg diterima lebih kurang jam 1 pagi itu benar-benar meruntun jiwa.
tak pernah terduga olehnya panggilan itu mengkhabarkan sebuah kematian.
aku terdengar ucap istighfar dalam sebak itu.

lantas aku segera bangun dari katil.
kulihat dia sudah tersandar di tepi dinding.
berkali-kali aku bertanya 'kenapa ni, kenapa ni...?"
tapi hanya tangis dan istighfar saja diulang-ulangnya.
dihulurkannya telefon yg dipegangnya.
di hujung telefon itu suara abang iparku.
juga dalam tangisan.
mengkhabarkan punca mengapa wife aku jadi lemah longlai tak berdaya dalam tangisannya.
ya, nor, adik kesayangannya, telah pergi menghadap Illahi.
tak siapa menjangka dalam usia semuda itu.
lagi pula dia tidak mengalami sebarang sakit yg memudaratkan.

kami pun bergegas ke hospital sg buloh.
di situlah dia dikejarkan oleh suaminya selepas mengalami sesak nafas.
di hospital itulah arwah menghembuskan nafas terakhirnya.
sepanjang perjalanan itu, wifey hanya menangis.
tanpa sebarang kata-kata.
di sana sudah berkumpul sedara-mara yg lain.
ada juga kalangan kawan-kawan cikgu sekolah arwah.
nyatalah mereka juga terkejut.

selepas segala urusan jenazah selesai.
mengikut amanat arwah, mahu dikebumikan di kampung.
kami memulakan perjalanan lebih kurang jam 4 pagi ke kampung, di Pahang.
sepanjang perjalanan itu, wife aku langsung tidak bercakap.
melayan perasaannya dan sesekali terdengar esak tangisnya.

4 anak arwah yg masih kecil, hanya mampu menangis.
anaknya yg kecil sekali, tentunya belum faham erti sebuah kematian dan perpisahan abadi.
pastinya mereka terasa akan kehilangannya.
tempat bergantung, tempat bermanja, tempat berlindung, dicurah kasih sayang....hilanglah sudah.
bagaimanakah hari-hari mendatang harus mereka tempuhi tanpa ibu kesayangan di sisi?

tak siapa menduga anak bongsu daripada 11 beradik itu yg pergi dulu.
abang-abang dan kakak-kakaknya, pasti merindui arwah.
dan...semua orang tahu, wifey lah yg paling rapat dengannya.
dialah yg paling terkesan sekali.
biar betapa sukar baginya menerima kenyataan itu, dia tetap redha.

al-fatihah.




3 refleksi:

Irfa said...

sedihnya.Alfatihah
x sedar aku pun menangis dlm hati

rahimin said...


al-fatihah...

zana-norzana said...

Al-fatihah