- doaku panjatkan buat mereka -

Jan 31, 2012

dua minggu lepas, aku menziarah mak mentua kepada abang iparku di subang. dia menghidapi kanser yg sudah merebak hampir ke seluruh anggota. dibenarkan dibawa pulang ke rumah oleh pakar perubatan. harapan untuknya meneruskan hayat hampir tiada lagi.  semasa kami menziarah itu, dia hanya berbaring saja dan sudah tidak boleh berkata-kata.
beberapa hari kemudian, dia menghembuskan nafas terakhir.

hari ahad tempoh hari, kami ke batu pahat. menziarah kakak ipar yg menghidapi kanser rahim. sudah beberapa kali merancang untuk ke rumahnya, tetapi tidak menjadi. sehinggalah kami diberitahu, yg sakit dihidapinya itu semakin melarat. pelbagai rawatan dijalaninya termasuk alternatif. tetapi nampaknya hanya bertahan sahaja bukannya semakin pulih. semoga ketabahan hati dan terus berusaha dengan cekal hati untuk berubat.

semalam seorang kenalan meninggal dunia. sudah berbulan-bulan juga dia berjuang melawan serangan kanser. menjalani pelbagai rawatan. tapi akhirnya, tuhan lebih menyayanginya. pergi dalam usia yg agak muda. orangnya baik. peramah dan sentiasa menguntum senyum. kini, tiada lagilah tegur ramahnya, hilang jua kuntum senyumnya itu...
arwah menghidapi barah hati.

kira-kira 5 tahun dulu. kawan baikku zack pergi buat selama-lamanya kerana kanser. hanya selepas 3 bulan disahkan menghidapinya. zack adalah kawan  yang periang. bekas kawan sekompeni, walaupun lebih senior dari segi usia dan jawatan tetapi itu tidak menghalangnya berkawan dengan kami. selepas aku berhijrah ke tempat kerja lain pun kami masih berkawan baik. dulu semasa aku tinggal di KL, kami selalu main badminton, setiap jumaat malam, sekali seminggu. kemudian bila aku berhijrah ke nilai, tidak lagi aku menyertai mereka bermain badminton. suatu hari, selepas main badminton, zack mengadu kakinya kebas. dia kemudiannya dibawa ke hospital oleh kawan sepermainan. selepas rawatan lanjut, didapati dia menghidapi kanser tulang tahap kronik.
tiada lagi zack yg periang itu dalam hidup kami. apalagi yg paling terasa kehilangan itu, pastilah isterinya. dan dia keseorangan kerana mereka belum punya cahaya mata.

lebih 12 tahun dulu arwah mak meninggalkan kami kerana menderitai kanser. dan aku tak sampai hati untuk berkongsi cerita tentang itu. biarlah jadi kenangan yg tak terlupakan...

kepada yg punya anggota keluarga, saudara-mara, kawan-kawan atau kenalan yg berdepan kanser, berikanlah mereka sokongan, semangat dan doakan kesejahteraan mereka...!

entah mengapa, hujan pagi ini mengingatkan aku pada mereka.

2 refleksi:

Irfa said...

alfatihah utk mereka yg sudah tiada dan smoga ahli keluarga yg ditinggal tabah menghadapi kehilangan..

skrg ni byk sgt org sakit kanser.org kata sbb pemakanan

rahimin said...

bro, awat 2-3 entri sedey je...