- karangan BM dulu-dulu -

Mar 28, 2012

masa di sekolah dulu, cikgu BM pernah suruh buat karangan bertajuk "saya 10-20 tahun akan datang". masing-masing cubalah menggambarkan bagaimana agaknya diri mereka 10-20 tahun mendatang. tapi pada masa itu, kita bersikap positif. bayangkan yg indah-indah sahaja. yg muluk-muluk.


habis tu, takkanlah kita nak bayangkan, dalam tempoh 10-20 tahun itu... meringkuk dalam jel sebab edar dadah. atau jadi pengemis jalanan!

macam biasa, lima karangan terbaik akan dibacakan di depan kelas oleh tuan punya karya itu sendiri. dan yang bestnya dapat hadiah gula-gula hudson dpd cikgu...ha ha tak boleh blah!
ya aku masih ingat lagi cikgu tu. cikgu siti hajar namanya. cikgu kreatif macam ni lah yg kita hendakkan. pandai mengambil hati pelajar dan menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan bukan membosankan.
aku pernah ada cikgu BM, yg bila ada kelas karangan. akan masuk ke kelas, tulis tajuk pada papan hijau - eril, erol & erin kini guna papan putih - lepas tu suruh kita buat. kalau tak siap sambung sebagai homework. sedangkan sepanjang waktu itu cikgu BM tersebut akan duduk tercongok di mejanya, baca buku cerita atau benda lain. 
mujurlah waktu itu belum ada blog, facebook atau twitter....atau main angry birds he he
ok berbalik pada tajuk karangan tadi. macam-macamlah yg ditulis dan dikarangkan oleh kawan-kawan sekelas. hingga sekarang aku masih ingat top 5 karangan yg dibacakan sebagai pemenang. masing-masing punya keunikan sendiri. 
dan bukan nak eksen, aku adalah antara yg termasuk dalam kelompok 5 orang itu!
 
 
liza - tulis pasal rumah tangga bahagianya bersama suami dan anak-anak. dia nak bayangkan jadi suri rumah tangga sepenuh masa dan isteri yg solehah. bertuahlah kalau siapa dapat memperisterikannya...liza memang anak pak imam yg pakai tudung labuh ke sekolah.
 
 
amin - pada ketika itu adalah pemain bola profesional. kaya-raya dan bermain di luar negara dengan kelab manchester united - amin memang pemain bola wakili sekolah.
 
 
suria - penyanyi tersohor masa akan datang. dengan album terjual berjuta unit dan menjadi pujaan ramai - ya, siapa tak kenal suria, vocalist utama kumpulan nasyid sekolah pada masa tu....
 
 
mimi - tokoh politik wanita yg berjaya, dan bakal perdana menteri wanita malaysia yg pertama! ....dia adalah wakil sekolah dalam pertandingan pidato dan memang dikenal sbg pengawas perempuan yg garang! ...ha ha ha
 
 
aku....?

**************


inilah gambaran aku pada 10-20 tahun pada ketika itu.
maksudnya pada ketika inilah...
tapi,
mungkin aku kena tunggu atau buat karangan baru bertajuk 10-20 tahun lagi....kot?

....dan yang aku tahu, cuma bayangan liza dalam karangannya itu sahaja yg tepat. sedangkan yg lainnya meleset, termasuk aku....

4 refleksi:

Irfa said...

masa skolah aku paling suka mata pelajaran BM..Penulisan ye bukan kefahaman.sbb aku suka berangan.kalau tulis cerita mesti lari tajuk.haha
300 patah jadi 600 patah

saya sebatang pensil....

lienda said...

masa kat sekolah karangan memang aku suka sangat,selalu dapat skor lau bab karangan nie,tambah lai,lau menulis surat kiriman rasmi ngan tak rasmi selalu tertukaq hi hi....

bangsawan nilai said...

irfa...
patutla kau punya entri blog selalu keluar tajuk...hi hi

lienda,
kalau surat rasmi jadi jiwang, susah tu...

rahimin said...

bukan ke kau mmg dh ada bugatti & ferrari mcm dlm pics tuh....he he