- plan B -

Mar 26, 2012

maksud pelan B ialah plan kontinjensi atau perancangan alternatif sekiranya pelan asal atau plan A tak berapa menjadi atau gagal.
pelan B tak bukan bermaksud menyediakan alasan...dengan berbakul banyaknya.
atau menundukkan kepala, membisu seribu bahasa, bila ditanya mengapa gagal!
atau menangis meratapi kegagalan kerana apa yg dirancang tak berjalan seperti yg dijangka atau disusun atur.
itu bukan pelan.

tapi ramai yg selalu tak buat pelan B. mereka orang yg sempurna. menjangkakan yg positif.
semua tanggung beres.
pelan mereka adalah masterpiece...gerenti jadi.
so, apa perlunya pelan B bagi mereka?

sudahnya bila pelan asal itu gagal atau tergendala atau ada halangan di luar jangkaan, mereka tak mampu berfikir. tak berdaya berbuat apa-apa. tersungkur dan terus hanyut.
kebanyakan daripada kita, tak punya pelan B.
kita buat apa yg orang lain juga buat.
kalau tak jadi, kita cuba cara lain. itu kalau tak jadi, kalau jadi teruskan ajelah.
tak payah la rancang.
buat apa nak susah-susah.


********

ini sebenarnya takde kena-mengena dengan hal kerja.
atau hal-hal serius yg lain.

hari sabtu lepas buat bbq. ajak kak lang, kak tih, icam dan faris...join sekali.
kira mini parti bbq la...heh heh
tengah sibuk membakar kat belakang rumah, hujan turun tak semena-mena. dan tak berhenti pulak tu.

dek kerana takde pelan B, payung takde, khemah takde, kanvas takde, maka berbbq masak atas dapur gas ajelah kesudahannya

ambik...kan dah kata pelan B tu penting!

3 refleksi:

Irfa said...

oh igt plan apa tadi..
tak kisahlah janji masuk perut
hehe

bangsawan nilai said...

ha ha nk citer pasal bbq yg tk jadi, tp koner2 dulu....

rahimin said...

bbq nko patut tuko jadi nasi mandi (nasi arab)kena hujan