- adil pada kita, tidak pada orang lain -

May 30, 2012

kalau kita peminat bola sepak. kita akan sokong pasukan yg kita minat. kalau ada penyokong pasukan lain yg kutuk pasukan kita, kita akan pertahankan. macamlah kita ni ada saham dalam pasukan yg kita puja tu. kalau pasukan kita menang, kita sorak dan meraikannya. dalam satu-satu perlawanan kita akan sorak bagi pasukan yg kita sokong dan boo pasukan lawan. bukan kita benci, tapi tak mahu pasukan lawan mengatasi kita.

bila kita penyokong sesebuah parti politik, kita akan sokong apa yg dicadangkan dan diusahakan oleh pemimpin kita. walaupun kadang-kadang yg mereka buat tu tak semuanya betul. kalau berhujah dalam komentar atau forum tak kiralah di fb atau mana-mana, seboleh-boleh nak menangkan parti yg kita sokong. sentiasa pandang negatif pada parti lawan. walhal parti lawan taklah seburuk mana pun.

samalah juga kalau kita minat seseorang bintang popular atau artis. bagai nak rak kita puja mereka. kononnya artis kitalah pelakon paling hebat, atau punya suara paling merdu. walhal orang lain pun punya minat dan pandangan berbeza. mereka suka artis yg lain, dan kebetulan pulak artis tu kita tak minat malahan meluat. kalau ada orang kutuk atau kondem artis yg kita puja, kita akan balas balik dan kutuk artis yg mereka sanjung.

kita punya hak untuk memihak. tapi tak perlulah sampai membenci atau nampak sangat pilih kasihnya. atau masih juga nak menegakkan benang yg basah walaupun sudah tahu salah silapnya. kita perlu adil dalam menilai. pendekatan memihak, sebenarnya tidak adil walaupun kononnya kita menuntut keadilan...


*************

tapi pendekatan memihak, tak boleh diterima pakai dalam mengendalikan rumah tangga. terutama melibatkan anak-anak. kita tak boleh terlebih sayang dan menunjukkan sangat sayang yg memihak atau berlebih-lebihan pada seorang anak berbanding yg lain.

contohnya, anak bongsu atau anak paling kecil sering lebih dimanjakan. kononnya mereka perlukan belaian yg lebih. sehingga adik-beradik yg lain berasa kecik hati.
pernah tak kita dengar anak kita merungut begini:
"mama/papa lebih sayang kan adik. semua dia hendak dapat..."

dulu masa kecik pun, aku pernah punya tanggapan begitu. aku selalu rasa abah dengan mak lebih sayangkan adik. bila aku gaduh dengan adik, aku yang kena marah. aku disuruh mengalah.
walaupun hakikatnya tidaklah begitu. kasih sayang mak dan abah pada anak-anaknya sama rata, sama rasa. tak pernah berbelah bahagi atau memihak pada satu-satu anak mereka.

kalau anak-anak kita bergaduh, cubalah jangan menangkan sesiapa. salahkan kedua-duanya sekali.
kalau anak kita berebutkan sesuatu, contohnya permainan. ambik apa yg direbutkan itu. supaya tak seorang pun dapat apa yg direbutkan itu.
kalau kita marah, marahlah sama rata. jangan pula dilebih-lebihkan marah pada anak ini kononnya sebab dia lebih besar tetapi tidak pada anak yg lain, kononnya sebab dia lebih kecil dan kesalahannya boleh dimaafkan. kesalahan tetap kesalahan.

sebab tu kalau aku beli ais krim, aku beli jenama atau yg harganya sama.
kalau aku belikan mereka pakaian, aku belikan yg harganya lebih kurang sama.
kalau aku marah bila mereka mereka bergaduh, aku akan marah ketiga-tiganya.
aku cuba untuk dilihat tidak memihak. cuba menjadi seneutral yg mungkin.
kita ibu bapa ibarat pengadil atau hakim...tak boleh pilih kasih, tak boleh memihak.


2 refleksi:

rahimin said...

ya...kdg2 kita tk sedar kita menyebelah anak yg sorang, tp yg sorang lg kecik hati

Anonymous said...

selalunya anak2 akan merajuk kalau mrk rasa kita lebihkan anak yg lain. kalau nk marah, marah semua...betul tu!