- open house dan nasi dagang made in nilai -

Sep 3, 2012

kami tak buat open house. sebab open house tu macam besar benar bunyinya.
tengokla open house PM, sampai beratus ribu yg datang.
kami buat jamuan makan-makan sempena aidilfiri.

boleh saja tempah kat orang untuk masakkan lauk dan sediakan makanan.
atau panggil katering.
kita jadi tuan rumah. sambut dan layan tetamu saja.
tapi wifey tak suka dengan idea tu.
dia tetap nak masak sendiri semua menu.
masak sendiri dengan kasih sayang, katanya, lebih sedap dan afdal.
kemudian layan mereka makan. sambil berborak.
lagipun jarang berjumpa mereka, berkumpul sekali begitu.

biasanya jemput secara berperingkat-peringkat.
sedara-mara yg dekat.
jiran-jiran.
dan kengkawan ofis.
kalau nak buat serentak, aku rasa wifey akan jatuh pengsan.
aku cuma boleh tolong buatkan air oren atau sirap.
kemas rumah, atau potong nasi himpit je.
dan jadi tukang beli barangan di kedai.

sabtu lepas, kita orang buat majlis makan-makan.
tengah hari, kami jemput sedara-mara datang.
petangnya, jam 4 ke atas untuk jiran.
bukan apa, takut tak terlayan pulak.
ada yg kecik hati nanti.
asyik layan sedara aje. atau asyik layan jiran aje.
bab jiran pulak, aku ni akan jemput semua jiran yg terdekat.
biarlah ada jiran yg tek jemput kita dtg rumah mereka.
tapi aku tetap akan jemput mereka. datang tak datang, itu hal lain.

sejak sehari sebelum tu, wifey sudah bertungkus-lumus menyediakan segala bahan masakan.
dan aku pulak, rasanya berulang kali pergi kedai.
walaupun pada awalnya diberikan senarai bahan yg panjang. tetapi masih ada jugak yg tertinggal.

tahun-tahun awal tinggal di sini, rumah kami ada special dish nya sebagai menu utama. mee kari.
tapi sejak beberapa tahun kebelakangan, menu tersebut sudah mula juga menjadi menu utama jiran-jiran yg buat open house yg dapatkan resepi daripada wifey..
jadi, kami ubah buat menu lain.
2 tahun lepas kami buat nasi tomato
tahun lepas kita orang buat lontong.
tahun ini lebih susah sikit, buat nasi dagang.
nasi dagang kena ada balance antara beras dengan beras pulut. kalau tak betul, tak menjadi.
dan perlu direndam antara 4-6 jam sebelum dikukus.
menu lain ialah nasi himpit. rendang, kari daging, mee hun, ayam ala kfc, dll.

alhamdulillah, berlangsung dengan baik. makanan cukup.
siap ada yg buat permintaan khas, nak tapau bawak balik.
wifey nampaknya kembang, menerima pujian sebab masakan yg enak.
hasil, air tangan sendiri.
tak putus-putus yang datang, dari tengah hari hingga sampai ke malam.
walaupun penat, tapi seronok meraikan mereka semua yg datang.

selesai sudah, giliran kami.
selagi tak buat, rasa terhutang sesuatu.
walaupun buat kecik dan simple, tapi tetap nak  buat jugak.
kini giliran sedara-mara dan jiran pulak menerima kedatangan kami...!

lepas ni, nak ajak kengkawan ofis pulak.
mereka pun dah mula menuntut...!
ternanti-nanti jemputan kami.



eril pun bantu potong nasi himpit

guna set vantage yg pusing-pusing, jimat ruang...

bahagian transit...

sesi borak-borak lepas perut penuh...





2 refleksi:

Irfa said...

bagus la wife ko ni ;)
masak ngan kasih sayang tu pasal smpi ada yg mintak tapau..sabar jelah ye

aku lom ajak sapa2 pun..igt nak ajak 3 babysitter je..mmg tiap tahun aku jemput babysitter je ..hahaha

rahimin said...

bukan selalu, setahun sekali. korban skt demi silaturahim