- drama sebabak depan pintu -

Jul 17, 2013


ini cerita sehari sebelum puasa.

tengah hari tu aku ke bank.
ada urusan yg kena setel ikut kaunter.
aku paling malas nak berurusan di bank guna kaunter.
kalau boleh pakai online atau guna mesin je.
entah kenapa sekarang ni, tak selesa nak berurusan dengan 'benda hidup'.
lebih baik dengan benda yg kita sendiri boleh kontrol.

mula-mula isi form.
lepas tu ambik nombor giliran.
kalau tak isi form diorang tak bagi nombor giliran...aishhhh
lepas tu tunggu giliran.
kaunter ada 8, yang bukak cuma 2.
tak paham ke, time ni la pelanggan ramai.
pelanggan yg tunggu sampai tak cukup kerusi, terpaksa berdiri.

tunggu punya tunggu, waktu rehat tengah hari nak habis.
no. giliran aku masih jauh.
tak sempat la.

terpaksa balik ke ofis. urusan pun tertangguh.
sepanjang jalan aku merungut.
sorang-sorang.


***********

sampai ke ofis dah  dekat 2:10.
alamak! dah lambat.
'ini bank punya pasal la tadi...'
aku merungut lagi.
makin laju langkahan aku.

di depan pintu ofis.
aku nampak, ada seorang pelanggan.
dia tengah merungut-rungut...
sorang-sorang. macam aku tadi.
aku agak mesti dia dah tunggu lama.
pintu ofis aku tak bukak lagi...!

dah habis waktu rehat, tapi ofis tak bukak lagi.
kalau pelanggan tu mengadu kat boss, gerenti satu ofis kena bambu...!

aku tak jadi masuk pintu depan ofis tu.
terus je menuju ke toilet.
nanti tak pasal-pasal je aku yg jadi mangsa kemarahan pelanggan tu.


moral of the story...
yg selalu jadi mangsa ialah pelanggan...!


5 refleksi:

rahimin said...


ha ha 2 X 5 dowh

Irfa said...

hihi, aku gelak je

Ummiarissa Mahdi said...

hmmm...memang begitulah sebenarnya situasi kita di Malaysia ni...ntah bila urusan semua nak berjalan lancar tanpa rungutan...memang yang jadi mangsa adalah pelanggan...

lima campur lima...

||aLeaSaRa|| said...

berurusan dengan manusia pun perlu,jugak kan.berurusan dengan mesin lagi senang...tapi kalau time benda tu buat hal,camner?pernah nampak ada mamat ni tendang2 mesin tu hah he3...

bangsawan nilai said...

min,

aku tak jaga kaunter, tp gerenti kena 'tempias' jugak

irfa,
heh heh...

ummiarissa,
itulah...tang iklan n promosi semua 'perfect' je

aleasara,
aku sendiri pernah tendang....hahaha