dilema budak hostel

Nov 6, 2013


jiran aku.
seboleh-bolehnya sebulan sekali kena jengok anak kat asrama.
kalau  tak jengok pun anak dia akan balik, hujung minggu yg dibenarkan.
kalau tak dia merajuk.
kesian dia, kata jiran tu.

ipar aku.
tiap minggu wajib jengok anak dia kat asrama.
bawak anak dia makan-makan.
atau bawak makanan dari rumah, makan sama-sama macam piknik.

kawan aku.
dekat je asrama anak dia. tak strict sangat. boleh balik rumah tiap hujung minggu.
biasa anak dia bawak balik baju kotor yg tak cuci seminggu.
tukar dengan baju yg dah basuh dan siap diseterika.
pergi berjemput, balik berhantar.

untung la...


aku dulu tinggal kat asrama dari form 1.
arwah abah hanya hantar masa aku mendaftar masuk.
itulah kali pertama dan terakhir dia jejak ke asrama aku tu.
sampaila aku habis stpm.
kalau nak balik pandai-pandailah naik bas.
kain baju pandai-pandailah cuci sendiri.
makan minum, kan asrama dah sediakan.

itu bukan bermakna dia tak sayang aku.
atau tak prihatin tentang kebajikan aku.
atau tak peduli pasal pelajaran aku di sekolah.

tapi aku faham.
dia nak datang dengan apa?
usahkan kereta, motor pun dia takde.
lagipun aku tak nak susahkan diorang.

duit belanja aku tak pernah putus.
pelajaran aku ok je.
aku jadi berdikari dan cepat matang.

*******

ramai yang kata.
cara didik anak sekarang tak sama macam dulu.
aku separuh setuju.
lebih-lebih lagi aku sudah masuk fasa yang itu.
sama ada nak lepaskan anak ke asrama atau tak.
kalau mereka masuk asrama, cara mana yg sesuai.

adakah aku akan jadi seperti jiran aku, ipar aku atau ipar aku?
atau jadi seperti arwah abah aku?

1 refleksi:

rahimin said...


bebudk skrg manaja