- siri bercakap dengan erin . . . 24 -

Nov 14, 2013


"kalau dapat no 3 dapat hadiah tak" tanya erin minggu lepas.

"no. 3....hmmm takde hadiah" jawab aku sambil buat muka selamba.

"kalau no. 2 cemana...." tanya erin lagi macam tak puas hati.

"hmmm...no. 2 pun, yelek..." aku saja buat muka serius.

"papa bagi hadiah, kalau erin dapat no. 1 atau kurang-kurang 3A. kalau no. 1 kurang daripada 3A pun tak dapat apa-apa..." aku bagi terma dan syarat pada erin....

"kalau macam ni dapat tak...." balas erin sambil tersengih dan menghulurkan report cardnya.

rupa-rupanya dia sengaja 'menduga' aku.
sebenarnya dia dah dapat result.
disorokkannya report card dalam baju.

aiseh....terkono den!

2 hari lepas ada majlis penyampaian hadiah kat sekolah.
dapat hadiah la jugak.
tapi dia tetap tuntut hadiah daripada aku...ha ha ha Wa Kena Beb....

1 refleksi:

rahimin said...


janji ditepati beb