kalau tak kerana crazy crunch. . .

Nov 19, 2013


sabtu.

"nak makan apa hari ni yek...?" tanyaku pada eril, erol dan erin

"crazy crunch...!!" jawab mereka hampir serentak.
arghhh...inilah pengaruh iklan tv.
sebenarnya aku pun terpengaruh jugak hehehe.
hari pertama cuti sekolah.
tak layan salah, dilayan poket kempis.

aku congak-congak duit dalam wallet.
"ok....siap-siap. kita pergi carik crazy crunch..."
"yeah yeah...." sambut mereka.

kat nilai ni ada 3 kfc.
satu, yg paling awal dibuka, sebaris dengan pizza hut, secret recipe dan kedai perabot/elektrik weng hub.
yang dua lagi di giant dan tesco.
kita orang ke tesco - senang parking & nak pergi beli barang sikit.



***********

dipendekkan cerita.
sampai di parking Tesco.
diorang jalan dulu aku ikut belakang.
ternampak beg duit perempuan (purse) warna kelabu pada satu troli .
pastinya tuan punya tercicir atau tertinggal sebab terlupa.
sebab purse tu diselitkan di bhg pemegang

kalau aku tak ambik, orang lain akan ambik.
kalau tak orang lalu lalang, tentu saja pekerja yg angkut troli tu.
aku pandang keliling, mana tau kot nampak tuan punyanya sekitar situ.

"kenapa lambat..."tanya wifey bila aku berjalan menuruti mereka.

"ni haa...terjumpa kat troli tu. ada orang tertinggal" aku jelaskan.

aku pun bagi pada wifey. sebab tu perempuan yg punya.
wifey pun bukak.
nak cuba cari, mana tau ada contact no. ke.
ada duit tunai dalam tu banyak juga. kurang-kurang 1,000. mungkin baru keluar atm.
tengok mykadnya alamat di Kedah.
ada gambar pakai uniform. aku rasa macam pekerja di airport, KLIA.

tentu dia sedang tercari-cari.
mungkin juga dia akan patah balik.
kami ambik keputusan tunggu kejap kat tempat parking tu.
ada la jugak dalam 15 minit. takde bayang pun yg muncul.
mungkin dah sampai rumah baru sedar.
atau mungkin bila nak guna duit nanti baru teringat, dah cicir.

"habis cemana ni...?" tanya wifey. kering idea.

"kita pergi kat dalam la. tinggalkan kat kaunter tesco." aku bagi cadangan.

kami pun pergi ke kaunter khidmat pelanggan tesco.
aku diminta isi satu borang aduan/laporan.
bagi maklumat kat mana aku jumpa. bagi biodata ringkas aku.
staf kaunter tu panggil supervisornya.
si supervisor kata dia akan simpan dalam peti simpanan pejabat, hingga ada orang yg datang buat tuntutan.

kami pun nak beredar.
nak pergi makan crazy crunch yang tertangguh kejap.
sebelum tu aku nak cucuk duit kat mesin atm dulu, tak jauh dari situ
tapi kena berbaris la pulak.

*********

kami dah nak beredar bila staf kaunter tu memanggil kami.
2 orang perempuan muda kemudiannya menuju ke arah kami.
salah seorang daripadanyalah yg empunya purse yg kami jumpa tadi.

dia mengucapkan terima kasih pada wifey.
sambil memeluknya dan menangis.
gembira campur lega...pastinya.
sepatutnya diorang peluk aku, sebab aku yg jumpa....hahahaha

macam adegan dalam drama pulak.
"kalau hilang tadi, tak tahu lah apa nak jadi...
terima kasih banyak-banyak ya kak...." sekali lagi dipeluknya wifey sambil air mata meleleh-leleh...

orang ramai yg lalu lalang pun tertanya-tanya.
nak kata lakonan drama, takde kamera atau director nya

kemudian kami pun meneruskan misi yg belum selesai...!
kalau tak kerana crazy crunch, tak tahulah kesudahan cerita ni macam mana?

*********

kawan aku cakap. ini bukan kebetulan.
tuhan hantarkan orang yg jujur, untuk bantu orang yg kesusahan.
bayangkan kalau org tak jujur yg jumpa dulu.
crazy crunch tu hanyalah sebab-musabab.

ya, aku setuju....
kalau aku sendiri pun tercicir wallet, gerenti gelabah habis!


0 refleksi: