nak buat baik pun kena berhati-hati juga

Jun 20, 2014


kengkadang kita ni serba salah.
sama ada nak tolong atau tidak.
sama ada orang tu betul-betul dalam kesusahan atau berlakon je.
sebab ada banyak sangat kes, kita nak tolong, tapi kita 'dikenakan' pulak.

hal ni banyak berlaku juga di jalanan.
ada yg pura-pura kereta atau motosikal rosak la.
tapi bila ada yg berhenti menolong, kena samun pulak.
atau keretanya dilarikan pulak.

pagi tadi waktu nak ke tempat kerja.
ada seorang mamat ni, menahan kereta, di tepi jalan.
dekat lampu isyarat kota seriemas.
waktu tu masih gelap lagi.
beberapa buah kereta di depan aku yg ditahannya tak berhenti pun.
aku pun teragak-agak, nak berhenti ke tidak.

akhirnya aku berhenti.
dalam samar cahaya lampu jalan. aku tengok dia pakai uniform kerja.
aku turunkan cermin tingkap. separuh je.
pintu aku berkunci.
kalau apa-apa hal, aku boleh pecut je.

"minyak abis la bang, tak perasan. nak tumpang gi stesen minyak boleh tak...
balik nanti saya pandai-pandai la...menapak ke"

oleh sebab dia pakai uniform (tnb) dan muka innocent.
aku tumpangkan jugak la.
walaupun aku tahu, aku ambil risiko.

sementara sampai ke stesen minyak, borak-borak jugak la.
katanya, dia pun faham, kenapa orang lain tak berhenti bila ditahan.
kalau dia sendiri pun, belum tentu dia akan berhenti.

semasa nak turun di stesen minyak tu, berkali-kali dia ucap terima kasih.

itulah,
bukan sebab takde perasaan perikemanusiaan, nak bantu orang, simpati kat orang
tapi keadaan tak mengizinkan.
apa yg berlaku di sekeliling mempengaruhi kita.
banyak sangat kejadian tak diingini.
sebabkan kita saling mencurigai.
tak tahu mana yg betul-betul perlukan bantuan atau kaki pow...!

aish...nak buat baik pun kena berhati-hati.

1 refleksi:

rahimin said...


betul lah kata org tua2 dulu buat baik berpada-pada dah berlaku skrg ni