sama tapi berbeza

Oct 13, 2009

semalam aku terbaca satu artikel di internet. pasal rooney. yep wayne rooney pemain man utd & england yg terkenal itu. antara kisahnya yg punya persamaan dgnku, sejak di sekolah lagi dia terpilih utk pasukan bola yg lebih tinggi peringkat umurnya. dia mewakili pasukan bwh 12 thn ketika berumur 9 thn, mewakili skuad bola 18 thn ketika berumur 16 thn, mewakili england ketika berumur 17 thn!

aku jgk mewakili sekolah pd peringkat umur yg lebih tinggi dp usiaku. mewakili skuad 12 thn ketika umur 10 thn, mewakili bwh 15 ketika 13 thn & mewakili pasukan 18 thn ketika berumur 16 thn. tp aku tk dpt pun wakili malaysia apatah lagi menyertai man utd . . .he he

mlm tadi aku tengok berita pasal seorang pemain golf dr india yg menang kejohanan golf india open. mengalahkan jagoan profesional dunia. ini merupakan satu sejarah buat dunia golf di india. dia (aku lupa pulak namanya) dulunya hanyalah merupakan seorang kedi. yg ke hulu ke hilir disuruh & diarah pemain golf mengangkut beg & kayu golf. kini menang pertandingan golf yg lumayan.

aku dulu pun masa tunggu result spm, pernah jadi kedi. di sebuah kelab golf di genting highlands. tahulah pasal selok belok golf. pernah jugak cuba2 jadi pemain golf. tapi tak sampai ke mana. apalagi nak menang malaysia open atau US open atau nak bertanding dgn tiger woods. . . he he

pandanglah hidup ini dengan fikiran positif

Oct 12, 2009

kata bijak pandai, kalau kita terlalu dipengaruhi emosi, kita hanya dapat melihat semua perkara yg berlaku di depan kita atau yang kita alami sebagai semuanya negatif. tidak ada satu pun yg punya hikmah. tidak ada satu pun yg berguna utk dijadikan teladan. tidak ada langsung perkara yg positif.

kita hilang kepedulian. kita menjadi seorang yg berprasangka buruk. sedangkan kadangkala apa yang kita lihat itu hanyalah luaran. persepsi semata-mata. bukan realiti sebenar.

bila orang lain cuba melakukan yg positif. kita memandangnya dgn sinis. kita cap dia sebagai malaikat. yang tak punya emosi. yang lurus bendul. yang kaki bodek. yang lembik.
sedangkan org itu, melakukannya dgn jujur. sbb dia berpandangan positif. dia tidak bersikap negatif. dia jugak punya emosi. tetapi tindak tanduknya tdk dipengaruhi emosional.

menulis pasal fikiran positif & emosi, aku teringat satu filem yg kutonton di tv. aku dah lupa tajuknya. kisah insan biasa. keluarga biasa, tdk kaya, tdk miskin, sederhana saja. dia seorang isteri kepda 3 org anak. suaminya bekerja pejabat. dia pula seorang jururawat. baginya, hidup mereka sekeluarga sudah cukup 'sempurna'.

tapi pandangan suaminya berbeza. sbb suaminya, bekerja pd waktu pejabat, di siang hari. manakala si isteri, bekerja syif, di sebelah malam. mrk jarang bertemu di rumah. kurang berkomunikasi. akhirnya pd suatu hari, si suami menceraikannya. alasan si suami, dia rasa hidup mrk, tunggang langgang, ada kalanya mrk tak berjumpa sampai seminggu walaupun duduk serumah. mereka hanya bercakap apa yg perlu sj. akhirnya rumah tangga mereka hancur. porak peranda. kesempurnaan menurut pandangan si isteri, ternyata pd satu sudut shj. sudut pandangannya sendiri sj. sdgkan pandangan suaminya berbeza.

sejak itu, si isteri (ellen)memandang kehidupan ini secara sinis. semua perkara yg berlaku padanya & sekelilingnya dilihat dgn kaca mata negatif. baginya, semua org membencinya, semua lelaki spt bekas suaminya yg lepas tangan, semua org cuba menganiayanya. apabila majikannya menukar syifnya kpd waktu siang, dia menyalah anggap yg dia kini sudah tua & tdk cekap lagi utk bekerja di syif mlm. sdgkan majikannya menukar syif itu krn kasihankan anak2nya yg terbiar, bersendirian mengurus diri utk ke sekolah tanpa bimbingan ibu bapa.

hinggalah satu hari, salah seorang anaknya didapati hilang. ellen menjadi tak keruan. tak tahu apa nak buat. hinggalah dia mendapat bantuan dari ramai org. rakan sekerjanya, jiran tetangganya, rakan sekolah anaknya, guru sekolah anaknya, pihak berkuasa spt polis, sukarelawan, pendek kata semua org. bila anaknya ditemui, terbongkarlah kisah, yg dia hanya merajuk & melarikan diri dr rumah krn meluat dgn sikap ibunya yg memandang serba- serbi kehidupan sbg negatif. barulah ellen tersedar dpd kesilapannya. betapa dia menghargai bantuan dpd semua org yg dipandangnya dgn persepsi negatif dan sinis. walhal mrk itulah yg bersusah payah menolongnya di kala kesusahan.

ellen akhirnya berubah sikap. mula memandang kehidupan dgn fikiran positif.. . .

kalau kena super glue, apa nak buat?

Oct 11, 2009

aku cuba nak merepair pintu depan rumah yg sedikit terkopek.pd pemerhatianku, ianya boleh dibaiki dgn hanya melekatkan gam.ya, gam. bukan sebarang gam. mungkin gam gajah atau super glue.jadi tengah hari tadi aku ke kedai. beli super glue

tiba di rumah aku pun memulakan operasi.selepas bukak sealnya, aku cuba memicit tiub, super glue tu.tak keluar. ku picit dgn lebih kuat lagi. tak mahu keluar jugak.lantas kucucuk muncung tiub super glue. spy lubangnya lebih besar.sekali lagi kupicit. tdk jgk keluar. apasal plak ni. membazir je beli mahal2.

tak putus asa. aku picit lagi, kali ini lebih kuat!tiba-tiba terpancut keluar super glue . . .kena pada jari-jariku.aku panik. jari-jariku melekat. dgn susah payah aku dpt memisahkan jari-jari itu.nasib baik, super glue masih basah. kalau ia cepat kering . . .jari-jariku mungkin melekat!masalahnya sekarang bagaimana nak menanggalkan super glue yg bertepek, melekat pd jari-jari.

langkah pertama yg terfikir di kepala, basuh dgn sabun . . .gagal.

langkah kedua, teringat ada thinner/turpentine yg masih disimpan. gunanya utk hilangkan kesan cat minyak.sedikt je yg tanggal. aku sedikit gelabah. mcm mana kalau kesan gam ni tk mahu tanggal. maklumla super glue.

wifey bagi satu idea bernas. rendam jari-jari dlm air panas & campur sedikit sabun. aku ambik satu besin plastik kecil. masukkan air panas + air sejuk, jadikannya suam. campur sedikit sabun, lepas tu rendam jari-jemari. yg semakin lekit, tak selesa, bergerutu dek super glue. sedikit demi sedikit kesan super glue dpt ditanggalkan. memang tanggal, tapi sikit demi sedikit.

hampir setengah jam, jari-jariku terpaksa direndam dlm air suam. barulah kesemuanya kesan super glue dpt ditanggalkan.

argh . . .lega. lain kali, aku perlu lebih berhati-hati. selain tu, ada jugak hikmahnya. sekarang aku dah tau bagaimana caranya utk menanggalkan kesan super glue . . .

mihun sup kambing

Oct 10, 2009

mlm tadi aku ke rumah jiran. rumah terbuka hari raya masih berlangsung.
sjk aku mula tinggal di sini, jiran yg ini seingat aku tk pernah mengadakan rumah terbuka.
mungkin istimewa, kata hatiku. bila pg tadi dia dtg ke rumah menjemputku bertandang ke rumahnya.
olh sbb aku 'sibuk' mengemas pokok2 hiasan di lmn rumah yg lama terbiar, jadi aku bercadang utk 'makan malam' di rumah jiranku itu.
jadi slps maghrib tadi, aku sekeluarga ke rumahnya. memang berbaloi. n]bnyk sekali makanan yg dihidang. yg paling menarik perhatianku, tak lain mihun sup kambing. bertambah mangkuk aku mkn. diikuti dgn roti jala dgn kuah kari ayam, mihun goreng, nasi himpit dgn rendang, kek, buah-buahan, pelbagai jenis kuih & minuman.
maka kekenyanganlah tidurku mlm ini.

courtyard

Oct 9, 2009

masa beli rumahku dulu, bhg yg menarik perhatianku ialah courtyard.
memang ada dlm pelan rumah asal.
kebanyakan rumah lain di kaw. kejiranan menutup bhg courtyard utk dijadikan sbhgn bhg rumah. ada yg jadikannya bilik solat, bilik tv, bilik studi mcm2 lagi.
tapi aku kekalkan coutyard itu. itulah ciri rumah yg istimewa bgku. bukan semua rumah lain ada courtyard. lebih dpd itu, ada yg sanggup mengubah suai rumah utk memasukkan ruang courtyard.

masa mula2 berpindah ke rumah ini dulu mcm2 yg aku rancangkan utk courtyard. aku bercadang utk letakkan water features. mungkin letakkan akuarium. atau bina kolam ikan kecil. atau air pancut. atau mini akuaria. atau koloni tumbuhan air. atau konsep tropika. mungkin bela ikan koi.

pendeknya, mcm2 yg aku rancangkan. tp akhirnya, disbbkan bajet lari, aku cuma tanam beberapa pokok & pokok jenis gantung. ttp disbbkan tanaman dlm courtyard memerlukan jagaan rapi & berterusan, aku tk dpt berikan komitmen itu. maklumlah, keluar awal pagi & pulang dh dekat maghrib. hujung minggu pula 'sibuk' berehat. makanya tanaman dlm courtyard tdk terjaga. bajet pula berterusan tk cukup. bukan tkda duit, ttp prioriti kewangan ditumpukan utk kegunaan lain.

courtyardku, sering terbiar. malah dah jadi mcm stor bila segala brgn sudah terpakai, dilonggokkan di situ. disbbkan aku bercuti. aku ambik masa ni utk membersihkan courtyard. sepanjang hari ini, aku bersihkannya. semua barangan yg tak septutnya berada dlm coutyard aku keluarkan. sbhgnnya, aku buang terus.

menjelang petang, courtyard sudah aku 'pulihkan'. aku merancang utk, mengembalikan fungsi courtyard ini. aku nak muatkan hiasan tumbuhan air. mungkin kolam mini. mungkin bela ikan. mungkin lengkapkan, air pancut mini. . .

itupun kalau ada bajet . . .

argh . . . seronoknya bercuti!

tak perlu bangun awal.
tak perlu besiap awal utk ke tempat kerja.
tak perlu bersesak-sesak pagi-pagi buta.
tak perlu tengok muka boss di ofis.
tak perlu tengok 'lakonan' rakan sekerja yg sangat sibuk.
tk perlu dengar aduan, komen & rungutan rakan sekerja pasl kerja.
tak perlu pikir pasal kerja...!

aku nak rehatkan badan.
lebih utama rehatkan mindaku.
aku dah penat bekerja.
sekurang2nya utk tempoh seminggu ni, aku berhenti bekerja . . .

siapakah yang ambil peduli?

Oct 8, 2009

ptg semlm sorg rakan sekerja menyerahkan satu kertas yg terkandung maklumat bajet utk satu program yg kami rancangkan pd awal bulan hadapan.
waktu itu jam 4:30 ptg.
semasa perbincangan utk mengadakan program tersebut aku ditugaskan utk menyiapkan pengenalan & objektif program selain menghubungi sebuah institusi utk lawatn kerja. aku dah siapkannya pd isnin sbb aku tahu yg aku akn bercuti seminggu bermula hari ni.
aku dah serahkan bhg pengenalan & objektif. aku jgk dh hubungi institusi utk dilawati itu & disusuli dgn surat rasmi.

berbalik pd sekeping kertas yg dihulur olh rakan sekerja tadi. di atasnya tercatat tulisan tgn boss, siapkan k.k.
bukankah dia tahu aku akan bercuti? bukankah dia yg luluskan cuti aku? bukankah aku cuma ditugaskan utk menyiapkan sebahagian kertas kerja itu shj & yg lainnya akan diuruskan oleh rakan sekerja td? kenapa rakan sekerja itu lps tgn?

anehnya rakan sekerja itu hanya buat mula blank & blur bila aku katakan yg aku akn cuti hari ni. takkanlah aku boleh siapkan kertas kerja dlm masa 1 jam seblum balik. atau dia harap aku buat overtime semata2 nk siapkan kertas kerja itu...no way! yg pastinya kalau aku tk buat maknanya tkkan siaplah. seterusnya akn terbengkalailah program tu . . .seorg lagi rakan sekerja yg juga hadir dlm meeting merancang program itu, ttp langsung tdk diberikan sebarang tugasan. dia ambik sikap tdk tahu saja. aku tk salahkannya . . . sbb ada kes baru-baru ni, cutinya yg aku luluskan semasa pemangkuan tugas, tlh dibatalkan olh boss. lantaran itu dia mengambil sikap buat tak peduli saja.

jadi bolehkah aku jugak buat sikap tka ambil peduli? tidak. itu bukan aku. katakanlah aku ni lurus. tidak. aku buat kerja bukan utk diri aku. aku buat kerja bukan utk dipuji. aku buat kerja bukan sbb diarahkan. aku buat kerja krn tanggungjawab. sekarang, kalau kertas kerja tu takda siapa yg nak buat, siapa yg akan buat? kalau tkda siapa yg buat, maknanya terbengkalai lah jadinya? macam mana? aku kan dah mula cuti esok?

enggan menjadikannya alasan aku ambik keputusan. aku akan siapkannnya. mlm ni di rumah. kalau tdkpun siap keseluruhan dgn sempurna, sekurang-2nya sebhgaiannya dpt dikemas kini utk diserahkan bagi kelulusan pihak pengurusan. aku ambik soft copy dpd rakan sekerja yg menyediakan bhg bajet & seorg lagi yg menyediakan program. aku telefon wifey utk bwk balik lap topnya.

mlm tadi aku siapkan sebahagian kertas kerja. detailnya boleh dikemas kini oleh boss. atau rakan sekerja yg lain. takkanlah itu pun tk boleh jugak. melampaula. kerjanya mudah saja. aku gabungkan apa yg aku dah siapkan, dgn bhg yg sudah disiapkan olh rakan sekerja lain. hasilnya, hampir 85% siap sbg kertas kerja. aku e-melkan pd boss mlm td juga. aku cc kan pd rakan2 sekerja yg lain. itu sebenarnya sbg 'sindiran' pd mrk. kalau tk fhm jugak tak tahulah. aku boleh siapkan kertas kerja seorang diri, di rumah, pd masa cutiku dlm masa tk sampai sejam. segalanya mudah kalau kita berikan komitmen, bukan asyik menyalahkan org lain atau ambil sikap tk peduli sbb ada 'org lain' yg akan buatkan atau selesaikan kerja utk kita.

apa maknanya keputusan mengikut budi bicara?

Oct 7, 2009

semasa memangku jawatan, aku sudah meluluskan cuti seorg rakan sekerja.
pertama, sbb utk hadir pendaftaran perkahwinan adiknya. kedua, cuti deepavali.
sbb dia ada alasan kuat utk bercuti, lagipun cuti adalah hak pekerja. . .aku luluskan tanpa bnyk soal jawab.

sejak boss kembali ke ofis, ada bnyk keputusan yg aku buat & hampir semuanya melalui mesyuarat, telah dipinda oleh boss. aku sedikit terkilan. berasa kecil hati. nasib baiklah sepanjng memangku jawatan tidak ada sebarang keputusan 'besar' yg aku buat. sdgkan yg kecil & remeh-temeh pun ditukar gantinya.

semalam rakan sekerjaku mengadu yg boss telah membatalkan cutinya. cuti tersebut pula adalah pd hari pendaftaran kahwin adiknya. ini disbbkan ada majlis pelancaran buku yg perlu dihadiri. aku pulak pd hari yg sama bercuti. bukan tk mahu tolong. tapi takkan aku nak dtg menjlnkan tugas utk majlis pelancaran yg mungkin mengambil masa 1-2 jam shj. lagipun aku dah lama tk bercuti. hatta hari raya pun cutiku dibekukan. aku mintak kwn sekerja tu utk menjelaskannya pd boss. sekurang2nya kompromi spy dia dpt hadir ke majlis adiknya pd sebelah pagi & ke majlis pelancaran yg diadakan sebelah ptg.

memanglah itu kuasa di tgn boss, sama ada utk membatalkan cuti atau menarik balik kelulusan. tp mcmlah takda staf lain yg boleh menggantikan kami. adakah dlm kompeni kami ni hanya ada 2 org staf saja? lagipun hari tu hari istimewa & bersejarah utk keluarga rakanku itu. bukankah seorg ketua sepatutnya ada budi bicara, berhemah & mendahulukan pekerja?