kita kerja untuk meeting!
Feb 25, 2010
meeting pertama bermula jam 9:30 pagi & hanya berakhir hampir jam 1:00 tgh hari.
meeting berikutnya, meeting pendek.
petangnya ada satu lagi meeting. dalam meeting tu ditetapkan tarikh meeting susulan.
sepanjang hari semalam aku langsung tidak menjalankan tugasan harian yg berlambak, berlonggok, tertunda & tertangguh.
hari ni, aku perlu menghadiri 2 lagi meeting.
aku tahu meeting adalah sebahagian daripada tugas. tapi kalau meeting hingga mengganggu perancangan kerja & jadual kerja, pastinya aku sendiri yang menanggung bebannya.
kerana akhirnya prestasi kerja dinilai berdasarkan output & pencapaian kerja,
bukannya berapa kali hadiri meeting atau sumbangan idea dalam meeting!
patutnya jumlah jam atau berapa kali meeting turut diambil kira dlm k.p.i!
aku akan cadangkan kepada yb. koh tsu kon...
*****
malam tadi semasa berehat tengok tv, eril menghulurkan sekeping surat, "cikgu bagi.." , katanya.
bila aku baca ianya tentang meeting PIBG yg akan diadakan minggu depan.
meeting lagi...
Bayangan gurauan
Feb 24, 2010
malam minggu itu 4 sekawan lepak di kedai salima tomyam sambil minum & borak kosong. lagipun kamel & isyam nak jumpa alim & afiq yang balik kampung habiskan cuti semester. sebab dah lama tak jumpa, macam-macam topik yg dibualkan. daripada cerita di kampus, cerita bola hinggalah cerita hantu.
antara gurauan alim pada kamel "kalau aku mati, jadik hantu, aku carik kau dulu. boleh buat kawan..." lalu mereka berempat pun ketawa beramai-ramai. tak sangka pulak gurauan itu kemudiannya kembali menghantui mereka terutama kamel.
***
pagi esoknya, kamel, isyam & afiq menerima berita sedih. alim terlibat dalam kemalangan. ketika menunggang motosikalnya untuk ke kedai runcit di hujung kampung, dia berlanggar dengan sebuah lori ikan. lori ikan itu memang setiap pagi masuk kampung menjual ikan kepada orang kampung itu. alim cedera parah & meninggal dunia di tempat kejadian. kemalangan ngeri itu, meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga, rakan & penduuduk kampung. khabarnya sebelah mata kirinya terkeluar. puas keluarga & orang kampung mencarinya di sekitar tempat kejadian, tetapi tidak ditemui. sehinggalah alim dikebumikan tanpa sebelah matanya.
***
sejak seminggu selepas kejadian, mula terdengar pelbagai cerita yg menyeramkan penduduk kampung. ada beberapa orang kampung yg melalui jalan tempat kemalangan berlaku, ternampak & terserempak kelibat seakan-akan alim. kelibat itu dikatakan terbongkok-bongkok di situ seakan-akan mencari sesuatu yg hilang. bila didekati ternyata ia menyerupai arwah alim dengan sebelah matanya takde! kemungkinan dia sedang mencari matanya yg hilang!
cerita itu tersebar luas. malah ada yang menokok tambah bahawa alim kini sudah menjadi hantu yg berkeliaran mencari mangsa untuk menjadi 'kawannya'. cerita itu sampai ke pengetahuan kamel, isyam & afiq. apa lagilah kamel yg kembali teringat kata-kata gurauan alim yg nampaknya menjadi kenyataan.
"kalau aku mati dulu, jadik hantu, aku cari kau dulu, boleh buat kawan...". sejak itulah juga, kamel mula diserang demam. sebenarnya dia ketakutan untuk keluar rumah. manalah tahu hantu kawan baiknya alim datang mencarinya.
khabarnya juga, penjual ikan yg memandu lori melanggar alim itu, kini dikatakan menjadi sasau & separuh gila. gara-gara diganggu oleh hantu alim. kejadian gangguan juga semakin menjdai-jadi hingga menimbulkan kebimbangan penduduk kampung
***
walau bagaimanapun berkat kerjasama orang kampung yg mengadakan doa selamat & sembahyang hajat beramai-ramai, beberapa bulan kemudian, gangguan itu akhirnya lenyap.
+++
ini merupakan kisah benar yg diceritakan oleh kawan baikku semasa di kampus dulu, afiq. walau bagaimanapun nama watak cerita ini bukanlah nama sebenar.
teknologi, elektrik dan manusia
sebahagian besar penggunaan teknologi masih bergantung pada bekalan tenaga. terutama tenaga elektrik yang menjanakan kuasa. kalau tenaga elektrik tak dapat dibekalkan, peralatan berteknologi itu tak dapat berfungsi atau digunakan. pendeknya, kerja tak dapat dijalankan dengan sempurna.
lebih memburukkan keadaan, peralatan sekuriti juga kebanyakannya menggunakan punca tenaga terutama elektrik. kalau pengaliran elektrik tergendala, terputus atau diputuskan, bermakna pengawasan sekuriti juga turut terjejas.
jadi bila datang pagi-pagi ke tempat kerja, kita dapati pintu masuk automatik pejabat yg bersekuriti tinggi yg bergantung fungsinya pada tenaga elektrik, didapati tidak berkunci, tentunya ada sesuatu yang tak kena…atau kelemahan pemantauan sekuriti yang perlu diperbetulkan. sepatutnya tiada kompromi dalam hal sekuriti.
kita juga tak dapat daftar masuk kedatangan secara online kerana sistem komputer & internet tidak berfungsi seperti lazimnya. sistem manual sebelum ini, sudah dimansuhkan sama sekali.
jadi secanggih mana pun teknologi yang digunakan, perlulah ada alternatif atau pelan kontijensi. sekurang-kurangnya sistem sandaran (back-up). kalau tidak, beginilah yang terjadi di ofis aku pagi ini…
salah siapa?
pastinya tidak ada siapa yg akan mengaku bertanggungjawab.
“dah elektrik takde, nak buat macam mana…” itu saja jawapan paling baik!
mudah bukan? andai berlaku perkara tak diingini, salahkan & hukum saja si elektrik!
