- plomosi laye cine maaa... -

Jan 31, 2013


kalau perempuan nak pakai aksesori tu aku faham lah.
nak bagi yg dah lawa bertambah cantik.
nak tambah nilai...ha ha

tapi aksesori yg terlampau sarat pun tak elok juga.
orang yg nengoknya rimas kalaupun yg memakainya tak rimas.

yg lelaki pun sekarang ni minat kat aksesori.
tapi bukan untuk pakai di badan la.
dipakaikan pada kereta.

tapi aku sejak dulu, pakai kereta standard je. kalau adapun tukar sport rim.
yg lain, asal dapat ke sana sini pun dah cukup.
tak minat satu hal, nak keluar bajet satu hal.
lagipun tengok prioriti lah. banyak keutamaan lain nak guna.
aksesori tu nak bagi cantik je.
kalau dah sarat sengat, jadi rimas menengoknya.

2-3 hari lepas aku ke kedai tayar.
dah botak dan tiba masa untuk diganti.
aku nak tukar tayar je. ikut bajet.
lagipun untuk keselamatan jugak.

"boss tamau tukar spot lim sekali ka...' pelawa tauke kedai.
"sikalang kong hi fat choy ade offer maa...mulah sikit kasi lu....halege plomosi"
dia dah mula canang iklan raya.

aku senyum je. tukar 4 tayar (yg branded sikit) dengan alignment, balancing lagi dah cecah 1k.
nak tukar sport rim lagi.
ishhh...mana nak cekau bajet ni.

"tak pa la, ini keleta bawak pigi kebun saja maa...." jawab ku.
si tauke kedai gelak besar.....
ini baru masuk kedai tayar.
kalau masuk kedai aksesori kereta, entah apalah lagi 'plomosi' nya.

aksesori gile babas...!

- bila nenek jadi baby sitter -

Jan 30, 2013


kak lah ambik pencen opsyen.
dah penat keje, katanya.
kak lah bukanlah calang-calang orang.
di tempat kerjanya dulu, dia pernah jadi ketua jabatan.

bila dah pencen, dia nak rilek-rilek.
nak tanam pokok bunga. nak berkebun.
duit yg dikumpul boleh pergi melancong.
duit pencen pun dah cukup untuk belanja bulanan.
lagi pun dia dah takde tanggungan.
anak pun dah besar dan berkeluarga sendiri.
kak lah pun sudah ketiadaan suami yg meninggal dunia.

hari tu kak lah ada kirim melalui seorang kawan ole-ole dari beijing.
ingat jugak dia lagi kat aku.
jadi aku telefon dia utk ucap terima kasih.
kak lah ni kaki borak. jadi meleret-leretlah ceritanya.

aku ada mengusiknya pasal cucunya yg baru lahir.
dengan bangga kak lah isytihar dalam fesbuknya.

"tak jaga cucu ke?' usik ku.
jawab kak lah keras sikit.
"anak diorang pepandai lah diorang jaga. kak bukan bibik.
nak rileks lah ,dah tua-tua ni...
sesekali kalau ada hal. boleh la jaga."

trend baru sekarang ni, pasangan bekerja nak ambik mudah.
hantar anak suruh nenek jaga. jadi baby sitter.
malah ada yg sanggup tinggalkan anak kat kampung dengan nenek dan atuk.
sebulan sekali jengok.
atau suruh mak babak duk rumah kita.
kita tanggung mereka.
lepas tu anak kita yg masih kecik, diorang yg tolong jagakan.
tukar suka sama suka.
iyalah, nak ambik maid indon sekarang ni beribu-ribu nak bayar.
banyak songeh lak, nak cuti, insuranslah, satu kerja aje la, makan minum, tempat tidur.
nak hantar pengasuh pun ada yg ok ada yg tak.
nasib la kan...


teringat aku pasal seorang jiran.
mengeluh pasal anak menantu yg tinggal serumah.
dah lah cucunya dia yg jaga.
kengkadang susu dan lampin habis pun dia yg dulukan.
janji dulu lepas kahwin nak pindah rumah sewa.
sekarang anak dah nak masuk dua pun, macam takde tanda-tanda nak pindah.

rancanglah kehidupan.
janganlah menyusahkan orang lain.
biarpun mereka adalah mak bapak kita.
biarpun anak kita adalah cucu mereka.

mereka dah tua... patutnya kita yg jaga mereka.
bukannya suruh jagakan anak kita.
ya tak?
mungkin benar juga kata kak lah.

tapi tak semua nenek begitu.
ada yg seronok nak jaga cucu.
isi masa lapang.
mereka tak anggap jaga cucu tu sebagai baby sitter atau bibik.
mereka tak anggap jaga cucu tu hal yg membebankan.
cucu bagi mereka, pengisi hari tua untuk mereka mencurahkan kasih sayang...
buat peneman rasa kesunyian.

- edisi tengah malam -

Jan 29, 2013


dah dekat jam 1.00 pagi.
aku baru je nak tidur. tengok siri tv 'strike back'.
memang tak logik, 2 spy british boleh kalahkan sepasukan teroris bersenjata canggih.
tapi cerita action packed mana pernah ikut logik.
kalau nak ikutkan drama melayu pun tak logik apatah lagi cerita hindustan.
alangkan cerita doraemon pun ...'nampak sangat nipunye', kata usop wilcha.

tapi apa yg aku nak cerita kan ni memang logik.
sebelum masuk tidur aku check dulu pintu dan tingkap rumah dah kunci ke belum.
itu rutin harian. kalau aku tak buat siapa lagi kan?

aku terdengar suara orang bercakap.
bunyi motosikal pun ada.
kat belakang rumah.
itu biasa. kalau orang lalu-lalang, tak lah mengherankan.
tapi yg ni, motosikal macam tak bergerak, dengar bunyi enjinnya saja.

aku mula pasang telinga.
syak sesuatu. manalah tahu ada orang nak buat benda tak baik.
nak mencuri, pecah rumah ke...

aku beranikan diri. ambik lampu suluh.
ambik juga kayu baseball yg memang aku simpan untuk masa begini.
aku tinjau dulu ikut tingkap.
dalam berani ada takut.
dalam takut ada berani.
tak boleh bertindak melulu.

dari celah tingkap. sebalik langsir.
ada 4 kelibat orang. dengan 2 motosikal.
di bawah cahaya lampu jalan, walau agak samar-samar.

aku perhati betul-betul.
kalau nak buat benda tak elok tentu diorang sembunyi-sembunyi.
tak bising-bising.


**************

dari celah tingkap. sebalik langsir.
akhirnya aku tahu apa yg mereka sedang buat.

seorang daripada mereka memanjat tiang lampu.
seorang lagi mencacakkan sesuatu.
ya....
mereka sedang pasang bendera.

al maklumlah pilihan raya dah dekat....!
dari tahun lepas lagi orang kata pilihan raya dah dekat.
bendera lusuh pun dah beberapa kali diganti.
tapi kali ni,
rasa-rasanya betul-betul dah dekat.

- selepas 5 bulan kemudian. . . -

Jan 25, 2013


biasa kita tengok kat belakang lori atau bas.
atau banyak agensi kerajaan atau kompeni swasta.
yg tulis boleh buat sebarang aduan atau pertanyaan guna sms je.
memanglah ada yg berfungsi. tapi kebanyakannya tidak.
itu buat 'pemanis mulut' atau 'penyedap hati' je.
usahkan sms nak berbalas, inikan pulak nak diambil tindakan terhadap aduan kita.

dah banyak kali dah aku cuba.
tak kiralah aduan kepada jpj terhadap bas ekspres yg memandu gila-gila.
atau aduan pasal sampah yg dibuang merata-rata berlonggok tepi jalan.
atau air tiba-tiba terputus tanpa notis.

begitulah yg aku alami.
berkali-kali hantar sms aduan anjing liar kat area aku dulu ke majlis perbandaran
nak telefon asyik busy. atau di pass pass line sana sini macam bola dan akhirnya...terputus begitu aje.
akhirnya bila aku ada kesempatan aku pergi sendiri ke majlis.
buat aduan.
"memang kami tahu masalah ni incik. kami akan ambik tindakan segera..."

ya, kira-kira dalam bulan ogos dulu aku buat aduan.
salinan aduan tu ada aku simpan.
minggu lepas aku terima surat daripada majlis.
walaupun tarikh pada surat itu dibackdated-kan kepada disember.
taktik la tu kan. kalau dah masuk 2013, nampak sangatlah lembabnya....


dalam surat ni aku dibagitau, tindakan sudah diambil.
anjing yg berkeliaran tak ditemui.
mungkin sebab tu takde tangkapan.
atau takde tangkapan dibuat walaupun memang ada anjing berkeliaran.
entah mana satu kenyataan yg betul.
tak dinyatakan dengan jelas.
jadi bila tak ditemui, masalah tu kira selesai lah. setel.
sama ada aduan aku takde bukti.
atau mereka tak jumpa 'suspek'.
kes ni kira tutup.

yang peliknya kenapa selepas 4-5 bulan baru nak bagi tau.
adakah surat ini sekadar rekod bahawa tindakan sudah diambil?
atau untuk rekod ISO yang akan diaudit oleh auditor?
kalau begitu lebih kurang sama lah saja dengan tak ambil apa-apa tindakan...

kalau pasal lewat bayar cukai pintu.
atau nak kompaun apa-apa kesalahan.
memang cekap dan pantas saja pihak majlis bertindak...!
bila kita perlukan khidmat mereka, macam ni lah biasanya berlaku.

- buah di laman orang, tentu ada tuannya. . . -

Jan 24, 2013


kengkadang tentu ada terdetik perasaan "asyik kita je nak jaga hati jiran..."

dijemurnya kain baju termasuk yg seluar kecik dan baju kecik kat pagar kita.
pagar belakang kan ada.
atau belilah ampaian kain ekstra kalau dah rajin sangat atau banyak sangat benda yg nak dibasuh.

berkaraoke dengan volume yg full blast.
macam nak buat konsert rock.
kalau suara sedap tak pelah jugak.

laman rumah dah tumbuh  lalang. sampai memanjat rumah kita sbg jiran.
kalau malas nak tebas, upah ajelah mat bangla.
alahai 10 hinggit pun takkan kedekut.
susah sangat, simen kan aje laman rumah tu, abis cerita...

tong sampah dah penuh. pepandai aje ditumpangnya tong sampah kita.
sebab katanya sampah kita tak banyak. sampah dia banyak.
ade kaaaa...!

ini lagi satu.
parking kereta sampai block rumah jiran.
pagi tadi wifey pergi ofis kejap walaupun cuti maulidul rasul.
nak balik tengah hari tadi, hujan lebat pulak.
tak boleh nak masuk porch.
sebab kereta jiran dah block. sampai ke malam tak dialihnya.

kalau orang lain, mungkin benda macam ni boleh buat gaduh..., paling tidak masam muka, tak bertegur sapa.
selagi boleh sabar, sabar aje lah.




- hanya kerana gunting rambut... -

Jan 22, 2013


petang tu dia keluar. sorang-sorang.
bukan nak ke mana pun.
nak gunting rambut je. ada kedai gunting dekat dengan rumah.
walaupun bukan pilihan no.1. dia bukan kesah sangat pasal kedai.
macam dia, fesyen apa sangatlah kan
kita ni lelaki. gunting kengkadang ambik 10-15 minit je.
kalau takde orang atau musim sekolah nak buka, atau nak raya.
lainlah perempuan. pilih saloon yg dia rasa paling sesuai.
atau yg ikut bajet yg dia ade.
kengkadang mahunya ambik 1-2 jam. mahal lak tu....

dia bagitau isterinya. nak keluar gunting jap.

********

2 jam lepas tu.
isteri kat rumah mula risau.
kenapa tak balik lagi.
kata tadi nak gunting rambut.
patutnya kejap je. macam biasa.
nak telefon, henfon pulak tinggal di rumah.
sengaja ditinggal sebab niatnya nak pergi kejap je.
lagipun henfon itu tengah cas. bateri nak habis.

macam-macam dalam fikiran mula datang.
terutama yg buruk-buruk.
eksiden tengah jalan.
mintak dijauhkan lah.

nak kata jumpa perempuan lain. takkanlah selekeh sangat.
pakai seluar track, selipar jepun, dengan t-shirt harian je...

mungkin kena culik ke.
eleh... bukan orang kaya pun.

kena sorok hantu kopek atau orang bunian....mana tau!

...atau tiba-tiba ada orang rompak kedai dekat situ.
polis pun datang kepung.
tiba-tiba  orang yg nak pergi gunting rambut tu dijadikan tebusan

fuh....macam-macam lah.

********

kedai gunting dekat rumah tu tutup pulak hari ni.
mungkin tuan kedai ada urusan lain. urusan peribadi atau urusan keluarga.
dia pun pergi kedai gunting lain. jauh sikit lah.
sebaik keluar kedai gunting, terserempak dengan kawan lama.
jiran yg duduk sebelah rumah sewa dulu.

lepak kejap kedai mamak. dekat dengan kedai gunting tadi.
borak - punya - borak.
dekat 2 jam berlalu sejak keluar rumah tadi.
dah dekat masuk maghrib pun.
tadi ingat nak sms isterinya, tapi henfon tertinggal kat rumah.
lagipun ingat nak mengeteh dan borak kejap je.
tak sangka pulak meleret dekat 2 jam.

*********

kisah di atas ialah mengenai aku. sabtu lepas.
kisah benar, yang benar berlaku, tiada yang tidak benar...
he he he he

lain kali tak buat lagi.
kesian kat wifey...
risau tak pasal-pasal.

- di bawah tempurung ada katak melalak... -

Jan 21, 2013


petang semalam hujan lebat. lama dan panjang.
wifey dan eril ambik kesempatan untuk tidur.
sejuk dan menyamankan. apatah lagi makan tengah hari lewat sikit.
perut masih kenyang, mata pun jadi kuyu.
tidur adalah ubat paling mujarab.

aku menghadap tv. menunggu-nunggu live badminton.
tunggu dato' lcw turun gelanggang.
memang sengajalah penganjur letak jadual dia paling akhir sekali turun.
marketing strategy yg boss aku selalu gunakan. bagus...!
sesekali tv terpadam sebab hujan.
eh bukan sebab hujan, tapi sebab teknologi astro yg masih tak maju-maju.
walau tv kita serba canggih sekalipun masih jugak hujan sbg musuhnya...

erol dan erin asyik keluar masuk bilik.
semakin kerap diorang menjengah keluar sambil menyelak langsir.
hujan masih turun.
tak de can lah hari ni main kat luar.
basikal pun dah 'memanggil-manggil' mereka keluar.
sesekali diorang menjengok aku yg baring depan tv.
kot-kot aku tertidur.
bolehlah diorang menyusup keluar.
ahhh...strategi tu dah lama aku guna masa bebudak dulu.
nampak abah tertidur je, terutama bila balik kerja shif....zuuuup hilang.
nak maghrib baru balik.

akhirnya sesudah penantian yg hampir bosan dan hampir terlelap.
lcw turun jugak ke gelanggang. lawannya sony dwi kuncoro dari indonesia.
ada satu grup mat indon mula bersorak. tapi ditenggelamkan oleh hampir satu stadium yg menyorak lcw.
lcw main seperti dirasuk hantu. sampai terkapai-kapai pemain indon tu.
semuanya menjadi, smash, drop shot, drive, main jaring, flick, backhand...
sesekali tv terpadam gambarnya. hujan di luar sekejap lebat sekejap reda.
tapi serangan bertubi-tubi lcw ke atas lawannya terus bertalu-talu.
grup indon yg menyokong tadi, entah mana hilangnya. walaupun cuba dicari kamera tv.
punyalah aku tunggu lama, game tu berakhir beberapa minit je. 21-7, 21-8.
final paling one sided pernah aku tengok.
sekali gus mencatat kejuaraannya kali ke-9 malaysia open.

sebaik game habis...
aku cari erol dan erin. sebab terasa macam senyap sunyi je.
hujan kembali lebat.
aku jengok dalam bilik. takde.
aku syak diorang menyelinap keluar.
masa aku tengah khusyuk tengok tv tadi.

aku jengok di tingkap.
huh....
ini keje diorang!
tak dapat main basikal, korang main hujan...



- cuma hari biasa, tetapi lebih istimewanya -

Jan 18, 2013


Shhhhhhhhhhhhhhhhh...jangan bagitau sesapa.
hari ni hari jadi aku.
hahahaha


How do you expect me to remember your birthday, when you never look any older?

demikian kata seorang kawan.
eleeeh alasan...!

hari ni aku nak duk diam-diam.
kerja ofis pun aku tunda.
aku nak bermuhasabah...hehehe