- hikmah perjalanan jauh -

Sep 12, 2011

aku ke kuantan lagi sabtu lepas. kali ini utk ziarah saudara terdekat, yg sakit. baru saja menjalani pembedahan segera pada jumaat. nak tak nak, aku paksakan memandu jarak jauh lagi minggu ni. kalau ikutkan mileage rasanya dah dekat 3,000km dlm masa dua minggu!

kalau ke pantai timur, terutama pahang atau terengganu, lebih mudah ikut LPT. tapi sebelum tu kena lalu jalan berliku antara gombak-genting-bentong. lepas tu jalan lurus dan lancar selepas karak. jadi ramai yg ambik kesempatan utk test power kereta masing-masing. pecut tak ingat...tapi ada gak kereta yg cc nya kecik, tapi perasan jugak nak pandu laju. semasa perjalanan balik, hujan turun hampir sepanjang perjalanan. sepatutnya pemandu lebih cermat. tapi kerana 'keghairahan' sendiri, beberapa kemalangan berlaku di 3 lokasi berlainan. pertama, menyusahkan diri sendiri, kedua, menyusahkan pemandu lain yg tersangkut dalam perjalanan. bagi aku, kalau orang kata ops sikap gagal, itu tak tepat. yg gagal ialah pengguna jalan raya. soal sikap ketika memandu masih menjadi punca kemalangan. bukannya penguatkuasa yg harus dipersalahkan.

kalau singgah di r&r pun jadi sesak. nak parking pun susah. mujur sekarang ni, tandas awam yg disediakan cukup besar, selesa dan bersih. tempat makannya pun memang bersih dan banyak pilihan. lagipun, maklumlah masih lagi mood raya. hujung minggu digunakan untuk menziarah kawan-kawan dan sedara mara. lagipun, waktu beginilah, undangan dan jemputan ke rumah terbuka sempena hari raya memang bertindih-tindih.

aku jumpa kawan lama semasa singgah makan tengah hari di r&r temerloh dalam perjalanan ke kuantan. dia dan keluarganya dalam perjalanan balik kampung. sebab cuti raya tempoh hari, beraya dengan keluarga sebelah isteri di perlis. manakala, dalam perjalanan balik bertembung dengan seorang kenalan jugak di r&r temerloh semasa singgah solat di surau. katanya, menghantar anaknya, mendaftar utk menyambung pengajian di uitm, jengka. semasa di hospital, melawat saudara yg sakit itu juga ada berjumpa seorang kawan yg lama tak jumpa. kali terakhir kami jumpa 4 tahun lepas sebelum dia ditugaskan ke kaherah, mesir. kini, dia sudah kembali ke malaysia.

nampaknya, perjalanan kali ini, mempertemukan aku dengan kawan-kawan lama. ada hikmahnya juga perjalanan yg jauh dengan niat yg baik, untuk berziarah.

1 refleksi:

Irfa said...

menyambung silaturrahim banyak hikmahnya.salah satunya dimurahkan rezki dan panjang umur