- belum ada rezeki lagi -

Dec 9, 2011

beberapa hari lepas aku ditag dalam gambar seorang kawan di fesbuk. dia meletakkan gambar buah itu berserta dengan pantun teka-teki. jadi ramailah yg cuba menjawabnya. termasuklah aku. oleh sebab dia baru balik menunaikan haji di mekah, aku pun tekalah yg kemungkinan buah itu tidak terdapat di negara kita tetapi dari sana (mekah).

kemudian ada seorang yg dapat meneka buah itu dengan tepat. kebetulan dia juga ada membelinya semasa buat umrah di sana. lagipun, nama buah itu agak 'popular' juga. cuma tak ramai yg kenal bagaimana rupanya.

ini >>> buah zuriat atau buah hawa.

mengikut apa yg diceritakan, dengan izin Allah, sesiapa yg meminum air rebusan buah ini akan dipermudahkan untuk mendapat zuriat atau anak.

jadi ramailah yg jika berkesempatan ke mekah akan membeli dan bawa balik buah ini dan diberikan kepada saudara mara atau kawan-kawan yg belum ada anak atau dah lama berkahwin tak dapat anak.

tetapi itu semua bergantung izin Allah. kita cuma berusaha. ada seorang kawan lain yg beri komen, yg dia sudah cuba pelbagai cara tapi masih belum dikurniakan anak. termasuk dengan meminum atau makan buah zuriat ini. malah dia pernah pergi umrah dan berdoa di depan kaabah mohon dikurniakan anak. tetapi belum ada rezeki lagi. komennya agak emosional. seolah-olah menyalahkan takdir.

mujurlah kawan-kawan lain beri komen yg positif, beri nasihat, berusaha menenangkan dan menyabarkannya.

apa pun yg kita lakukan bergantung jaya atau gagalnya dengan izin Allah jua. kita hanya mampu berusaha sebaik mungkin dan bertawakal. dengan itu, aku berasa amat bersyukur kerana dikurniakan tiga cahaya mata yg memberi sinar dalam kehidupan berkeluarga. anak-anak adalah anugerah Allah dan amanah yg harus kita jaga sebaik mungkin...

aku masih ingat kata-kata seorang kawan. bila kita lambat kahwin orang akan bertanya bila nak kahwin. bila dah kahwin mereka akan tanya pula bila nak dapat anak. kepada yg lambat dapat anak, tentu rasa tertekan atau kecil hati.  yg mampu mereka jawab dengan senyum kelat hanyalah "belum ada rezeki..".

apatah lagi kalau soalan yg sama kita tujukan kepada kawan-kawan yg belum kahwin atau masih bujang tetapi usia mereka dah agak lanjut. sedikit sebanyak soalan kita. walaupun sekadar gurauan, tentu emosi mereka akan terganggu. mereka akan jawab dengan senyum tawar, sekadar "belum ada jodoh..."

3 refleksi:

Irfa said...

dah 3 macam kita ni pun org tanya lagi 'eh.dah besar si kecik ni bila nak tambah lagi?'huhu

rahimin said...

oooo...camni rupa buah tu. ada dengar tp x pernah tgk

Unknown said...

cam buah kelapa pun ada,patutlah orang kata buah zuriat coz ada isi kat dalam tuh....