- lastik dah jadi 'rare' -

Dec 23, 2011

mungkin tidak keterlaluan jika aku katakan yg generasi sekarang ni tak kenal pun apa itu - lastik. bercakap pasal lastik, pada aku orang yg paling pakar menggunakannya ialah arwah abah aku. seingat aku semasa kecil, lastiknya dibuatnya sendiri.

bayangkan dia boleh lastik buah kelapa, untuk emak gunakan santannya dibuat masak lomak cili api. dulu mana ada pokok kelapa yg rendah, semuanya tinggi menjulang. sedangkan orang lain gunakan galah. selain itu digunakan untuk melastik tupai, kera dan keluang yg cuba nak makan buah durian.

biasanya orang guna dahan pokok jambu untuk buat batang lastik. sebab ia tak mudah patah, kuat dan tahan lama. selain getah sekerap yg lebih kuat untuk mengikat getah penarik - dulu gunakan tayar basikal yg dah tak pakai, dipotong panjang. supaya lebih anjal dan tak mudah putus bila ditarik. selain kulit, biasanya daripada kasut terpakai sebagai pelepasnya. batu kerikil atau batu jalan dijadikan pelurunya.

sejak dua menjak ni, banyak anjing liar berkeliaran di taman perumahan aku. terutama sebelah malam. kadang-kadang dia masuk ke laman rumah, menggonggong kasut dan selipar. atau menyelongkar tong sampah. menggigit kain yg tersidai di ampaian. dan bunag najisnya merata-rata. sebagai orang islam tentulah kurang senang dengan 'kehadiran' haiwan haram ini.


bukan aku nak lastik anjing tu. sekadar nak mengusir, menghalau  dan menakut-nakutkannya saja. nak lastik sipi-sipi. aku ni masih punya rasa perikemanusiaan walaupun terhadap haiwan seperti anjing. mungkin ada sesetengah kita dipengaruhi emosi hingga sanggup memberikan racun dalam makanan yg diumpan, atau mencederakannya dengan memukul hingga patah kaki atau cacat anggota badan anjing itu sampai buta dan kudung kakinya.
itu zalim dan kejam! perbuatan orang yg tak berhati perut...

orang kata anjing ni biasanya 'alah' pada lastik dan batu. dia akan cepat lari. seperti juga kata orang tua-tua, ular alah pada buluh.

lastik juga boleh diguna sebagai senjata keselamatan dan alat mempertahankan diri. seperti yg aku katakan awal-awal tadi, ianya sudah jadi alat tradisional. ramai generasi sekarang yg dah tak kenal. termasuk anak-anak aku sendiri. dulu aku pernah nampak di kedai, menjual lastik yg diperbuat daripada pelastik. sekarang dah tak nampak lagi.

mencari lastik ini pun susah sekali. aku pernah cari di pasar-pasar malam sekitar nilai dan salak. takde yg menjualnya. semasa ke melaka itu hari pun aku cuba cari. juga takde kedai yg menjualnya. lastik yg baru aku beli ni  terjumpa di R & R sabak bernam, semasa singgah dalam perjalanan balik dari p. pinang tempoh hari. kedai tu jual barangan kraftangan. rasanya dibuat gunakan mesin atau alatan tertentu. mungkin bahan yg digunakan tidaklah se'original' dulu. tapi ciri-ciri tradisionalnya masih ada.

lastik sebenarnya, semakin pupus penggunaannya...malah pembuatannya dan penjualannya juga agak terhad. mungkin orang yg nostalgik macam aku saja yg masih menghargainya...

4 refleksi:

Irfa said...

w,pun aku pompuan,tapi aku budak kampung yg juga main lastik
bezanya kat kg aku panggil 'bidas'
kalau ayt nya 'petang ni kita gi ujung kg..bidas burung'hehe

bangsawan nilai said...

ooooo...ada gak geng lastik (bidas)

rahimin said...

weh...gau pun pemain lastik jugak...dulu la. betul skrg ni lastik kira barang 'rare'

jijoAlgojo said...

Aku pun guna lastik bidik anjing2 liar atau anjing yg tuannya sengaja lepaskan kat kwsan rumah aku..... Tp mmg aku lastik badannya tepat... Peluru guna guli beli kat kedai 2ringgit... Lastik ni kurang di jual mgkin sbb bahaya... Aku pernah gunakan batu ladung sbg peluru...lastik biawak kat kolam ikan... Dlm jarak lebih kurang 15-20 meter...tak sangka boleh tembus badan biawak tu dgn jarak sejauh tu... Jd aku andaikan mgkin sbb faktor keselamatan...lastik sngaja x dipopularkan.