- cinta pertama, erol -

Apr 5, 2012

buat masa ni, cinta pertama erol ialah basikal...
kalau hari hujan, dia akan resah-gelisah dan moodnya asyik nak marah-marah.
sepanjang penglibatannya dalam arena perbasikalan itu, sudah tentu lumrah ada jatuh bangunnya.
alangkan pelumba basikal profesional pun jatuh basikal.
kalau tak percaya cuba tanya jaguh basikal no. 1 malaysia, azizulhasni awang. dia pun jatuh basikal jugak!
itu hakikat yg tak boleh diterima oleh erol
tapi satu masalah erol ni, dia terlalu konfiden.
dan sebab konfiden itulah dia kerap jatuh basikal.

petang semalam semasa balik kerja aku tengok wifey sedang sapukan minyak gamat pada luka di lutut erol. taklah teruk sangat pun.
seperti biasa air mata erol meleleh sama seperti darah yg meleleh di lututnya.
aku tak pasti sama ada dia menangis kerana kesakitan?
atau menahan sakit hati kerana leteran emaknya..
mungkin dua-dua sekali...he he

"laaa....jatuh lagi. kan papa dah pesan jangan bawak beskal laju-laju..."! aku pulak turut membebel.

sebaik mendengar sampukan aku tu, erol memandang aku tajam. sambil mengetap bibir.

**********

malam tadi erol tak pergi ke kelas tuisyennya.
alasan.... lututnya sakit. alahai, bukannya teruk sangat pun. kopak ke patah ke. sikit je.

lalu aku tampalkan plaster pada lukanya.
memang ada stok plaster yg aku simpan.
memang dah tahu, kalau tak diplaster, erol akan buat alasan tak nak mandi.
atau pernah dulu, dia tak nak ke sekolah, sebab kena pakai uniform seluar panjang....ngilu katanya kena luka!

semasa aku manampal lukanya tu. aku masih sempat berleter.
mungkin sebab tak tahan dibebelkan, erol mempertahankan dirinya.

"ini salah papa lah...!" erol membuat tuduhan liar
.
"eh...awak yg jatuh, papa plak yg salah...?" aku bertahan.

"papa tak repair brek basikal. lagipun basikal dah buruk..." alasan nak beli baru la tuh.

lalu aku terpaksa keluarkan hujah yg tak bisa ditangkis oleh erol.

"itu la pasal papa tak nak beli beskal fixie. beskal tu pun takde brek. nanti jatuh...!" aku bagi sedas tembakan tepat ke sasaran. alasan yg sangat munasabah, tanpa sebarang keraguan.

erol cuma diam. sambil matanya terkelip-kelip.

5 refleksi:

Irfa said...

tak abis lagi kisah fixie ni yer
hehe
oh takde brek ke beskal tu?
sib baik aku lom beli.
hahahaha.alasan sungguh bagus ni

bangsawan nilai said...

yg ori mmg xde brek.
kat pasaran skrg bnyk yg tiruan atau klon fixie, ada brek..

rahimin said...

waaa skrg ni trend fixie

Irfa said...

ooooooooooooooo
i see

editor kampung said...

mmg ramai gile beskal skrg ni