- undi sms jadi hakim -

Apr 17, 2012

aku mengakulah takde program tv tempatan yg aku betul-betul minat.
adalah beberapa yg aku minat macam masterchef dan maharaja lawak dulu. yg lainnya cerita omputeh. selebihnya program sukan terutama bola sepak. sampaikan si erin pun dah pandai komplen..."papa ni asik bola...bola, bola...!"
aku pun ajuk dia balik "erin ni, asik kartun, kartun, kartun...!"

ok la sekarang ni ada benda jugak yg aku minat. lagi pun musim bola dah nak abih. sampai hujung-hujung musim. aku kenalah cari program tv tempatan untuk diminati.

okey. setiap hari jumaat, malam sabtu jam 10.00 pm ada super spontan. boleh lah layan.
sebab aksinya lawak spontan, bukannya dibuat-buat atau ikut latihan atau skrip. dari sinilah kita dapat saksikan lawak dan bakat sebenar.


dan hari sabtu pulak mula jam 9.00pm, ada mania. ianya dipertandingkan secara live. tapi sayangnya program yg sebagus ini, ditentukan pemenangnya oleh populariti bukannya yg terbaik. undi pemenang berdasarkan sms.



5 refleksi:

Irfa said...

anak aku pulak 'umie ni asik citer korea..korea dan korea lagi'hehe

bangsawan nilai said...

wifey aku, 7-8pm drama, 9-10pm drama, 10.30-11.30pm drama....ha ha kena sorang satu tv gamaknya.

Irfa said...

sib ko tak berdrama :)

rahimin said...

wa pun lyn super spontan gak...

editor kampung said...

super spontan mcm dikuasai olh zizan & johan