- dah 10 tahun berlalu rupanya -

Nov 20, 2012


kat area nilai ni kalau nak makan memang senang.
banyak kedai makan, malah ada yg bukak 24 jam.
terutamanya kedai mamak.

stesen minyak pun banyak. tapi setahu aku, ada dua je yg bukak 24 jam.
salah satunya feberet aku la.
pertamanya sebab 24 jam, jadi aku boleh isi pada bila-bila masa.
aku dah jadi regular kat sini.
pekerja bangla kat sini yg bersilih ganti pun dah cam muka aku.
yg selalu ditanya mereka memang standard "sudaa makan kaa?"

stesennya besar, ada banyak pam. tak payah bersesak atau tunggu turn.
atm pun ada, kalau sesak nak keluar duit.
paling utama sekali, ianya dalam laluan aku nak ke highway PLUS.
kebiasaannya selang 3 hari aku akan berhenti sini, isi minyak.
terutamanya waktu pagi.

diam tak diam dah 10 tahun aku berulang-alik dari rumah ke tempat kerja.
nilai - KL - nilai.
sedar tak sedar, rupa-rupanya dah 10 tahun aku jadi pelanggan setia stesen minyak ni.
itu pun aku tahu pagi semalam bila terlihat bunting ni....
ada hadiah percuma dan cabutan bertuah katanya sempena ulang tahun ke-10.
hadiah spesel utk pelanggan setia mcm aku ni takde ke agaknya...?


3 refleksi:

Irfa said...

KALAU ITU SEORANG BUDAK,DAH DARJAH 4
HEHE

bangsawan nilai said...

kalau itu seorang bapak, dah beranak pinak...ha ha

rahimin said...

respek la...aku rasa kalau 10 tahun campur berapa kilometer dari nilai ke kl setiap hari kau dah boleh keliling dunia jaraknya tu!