- kita diperhamba, mereka dipertuan -

Jan 9, 2013


aku dengar-dengar sejak semalam daripada kengkawan lain perihal berita itu.
tapi semalam aku tak sempat nak pastikan kesahihannya.
hari meeting bulanan untuk kompeni, memang panjang berjela. makan masa berjam-jam.
khabarnya ada sebuah kompeni nak buang sebahagian pekerjanya.
terkejut juga aku, kompeni tu besar. internasional statusnya.

pagi ni aku cuba hubungi kawan-kawan di sana.
tak perjawab walau satu pun.

tengah hari tadi baru aku sempat bercakap, dengan seorang kawan lama di sana.
dia mengesahkannya dengan nada sayu dan hiba.
"ya, kita orang diberhentikan beramai-ramai...aku dah takde kerja dalam sekelip mata je.
bertahun-tahun aku kerja kat sini. akhirnya dibuang macam hampas...."keluhnya.

aku dan J punya sejarah berkawan yg panjang.
dulu kami pernah bekerja dalam satu kompeni yg sama.
malah dialah antara kawan aku yg paling rapat.
hinggalah pada satu hari aku mengambil keputusan untuk berhenti.
walaupun bukan dengan kerelaan sendiri.
rasanya terlalu panjang untuk aku ceritakan di sini.
mungkin pernah aku tulis entrinya di blog ni.

jadi, aku faham benar bagaimana rasanya kalau takde kerja.
serasa sumber kewangan terhad. periuk nasi ditabur pasir.
meskipun kita redha dan percaya pada rezki, tapi kegusaran tetap menghantui.
manalah tahu, kalau kerja tak dapat-dapat...
tabung simpanan pulak makin kering. apa kita nak makan?
tapi tuhan maha kaya, terutama pada hambaNya yg sentiasa berusaha dan berdoa.

kemudian aku bekerja di beberapa tempat lain.
J jugak sudah beberapa kali berpindah kompeni.
tapi kami masih berkawan. walau jarang berjumpa.

aku tumpang sedih akan nasibnya.
perkara pertama yg aku fikirkan macam mana dia nak meneruskan hidup.
bagaimana dia nak meneruskan hari-hari mendatang?
macam mana dia nak menampung anak isteri?
takde kerja, takde gaji, takde duit, pintu rezki tertutup sudah...
lebih-lebih lagi dengan keadaan sekarang. susah nak dapat kerja.
terpaksa bersaing...

aku cuba juga semampu terdaya. memberinya semangat. kata-kata dorongan.
putus asa bukanlah pilihan buatnya pada masa-masa sempit ini.
dia harus kuat. harus tabah. demi diri dan keluarganya.
aku percaya dengan pengalaman yg dia ada.
dengan kemahiran dan kemampuannya bekerja, dia akan diterima di tempat lain.

sebentar tadi aku terbaca status fb nya yg sayu.
sebahagian daripadanya aku tampalkan di sini;



Yang ada pada kita gelar hamba
Yang ada pada mereka gelar tuan
Yang berlaku pada kita diperhamba
Yang dilakukan kepada mereka dipertuan

Suara kita didengar di balik cawan
Dilempar seperti mereka menghayun bola golf ke awan
Jasa kita dihargai waktu diperlukan
Untuk kemudiannya kita dinyahkan
Tatkala mereka bergelumang beban.
...

Membuang lebih senang daripada berkongsi susah
Menyimpan terasa membebankan
Beban bukan tanda kasih sayang
Membuang didakwa tanda penghargaan.

Mereka selamat, kita mulai sekarang terpaksa berjimat
Kesedihan mereka pada kata-kata
Kesedihan kita memang ketara di muka
Jangan menangis, kawan
Kerana rezeki bukan di tangan tuan
Tetapi bermula di tangan hamba

 

3 refleksi:

Irfa said...

semoga ada rezkinya di tempat lain
satu ketika dulu kami juga penah merasa saat spt J

bangsawan nilai said...

dlm keadaan sukar begini mrk kena kuatkan semangat. kena re-trench mmg memeritkan....

rahimin said...

mmg tension wo kalau xde keje