- bukan sekadar rupa -
Feb 28, 2013
aku ni pasal makan, kalau sedap aku tak berkira sangat.
asalkan berbaloi harga dengan apa yg kita makan.
sekarang ni aku dah nampak trend yg makin ketara.
kedai mamak yg biasa-biasa je.
jual menu yg sama. roti canai misalnya.
bila dah upgrade kedai, diorang panggil bistro
harga makanan pun diupgradekan jugak.
sama jugak dengan kedai kopi dan kedai makan
banyak yg dah upgrade kepada kopitiam.
paling tidak pun ada ala ala kopitiam.
harga menu pun turut sama diupgrade.
iyalah. kerusi meja lebih selesa.
hiasan interior lebih menarik.
ada tv skrin flat dengan astro lagi.
kita faham la kalau harga naik sikit.
tapi diorang lupa.
standard makanan yg penting.
kalau tempat je kelas, tapi makanan tak kelas..sekali tu aje orang datang.
banyak dah yg macam tu...
*******
dulu aku selalu pergi satu kedai makan tomyam area nilai ni.
masakan memang sedap.
kedai tepi jalan je. tapi pelanggan sentiasa ramai.
disebabkan aku dah pindah rumah jauh sikit, lama dah aku makan situ.
sekarang dah buka dekat lot kedai.
dah upgrade la kiranya.
malam tadi, try lah pergi selepas lama tak ke situ.
tapi makanan yg dipesan dan dimakan....standardnya dah jatuh.
tak macam dulu. kalau tidak pun lebih baik.
kedai dah upgrade.
harga pun dah upgrade.
tapi tak sesedap dulu...takde grade!
mungkin sebab tu jugak, pelanggannya tak seramai dulu...
berniaga makan ni.
pelanggan kena jaga. kalau sedap gerenti diorang datang balik.
jangan kira nak untung je...
- tawaran istimewa....teksi percuma ke destinasi pilihan
Feb 27, 2013
balik kerja petang semalam singgah plaza tol bangi
seorang kawan mintak tolong belikan buku.
dah la tolong beli, aku tolong buat delivery sekali...hu hu
aku janji sampai situ jam 5:45 tapi sebab hujan lebat, terlewatlah sikit.
berbual lebih kurang, kat tepi jalan tu kejap je.
di bawah payung, dengan hujan yg turun, memang tak selesa.
(KL > bangi)
lagipun aku terpaksa kejar masa nak ambik eril balik sekolah.
terlewat sikit.
tapi eril ni, baik budaknya.
jarang sangat merungut.
tercongok je dia kat tepi jalan. rasa kesian pulak...
(bangi > nilai)
wifey dah bagitau awal-awal semalam. dia balik lewat.
ada dinner dengan klien kompeninya.
jadi, pandai-pandailah nak hidup...hehehe
lepas hantar eril ke rumah.
(sekolah > rumah)
aku ke kedai semula.
nak beli makan malam.
erol dan erin pesan beli burger je.
eril pulak nak nasi lemak.
arghhh...mudah kerja aku.
tapau saja.
(rumah > kedai > rumah)
lepas maghrib dan makan aku hantar eril dan erin ke kelas tuisyen.
jam 9 habis kelas, jemput diorang semula
(rumah > kelas tuisyen - pergi balik)
kemudian aku keluar ke rumah kak lang.
sebab abang ngah dan kak ngah ada kat sana.
datang dari bahau.
sebenarnya diorang nak ke airport.
nak terbang ke australia - menziarah anak menantu dan cucunya kat sana.
diorang buat PhD kat sana. dua-duanya pensyarah universiti
iyalah, dapat tiket diskaun, rugi la kalau tak pergi.
(rumah > rumah kak lang)
hantar diorang ke KLIA.
sepatutnya kalau ikut plan asal, abang chik yg hantar.
tapi dia masih belum sihat betul.
jadi aku lah yg ambik alih.
lepas diorang check in, aku pun terus balik.
aku pesan suruh diorang bawak balik kanggaru sekor nanti...hahaha
(rumah kak lang > airport > rumah)
pukul 1 pagi, aku keluar semula.
kali ni ke LCCT pulak.
jemput anjang yg balik dari phuket.
aku dah janji nak ambik dia kemudian hantar rumah kak lang.
sebab kereta dia ditinggalkan di sana masa nak pergi hari tu.
dapatlah t-shirt phuket sehelai, sbg upah.
jadilah....
rasa macam drebar teksi dah aku ni
(rumah > lcct > rumah kak lang > rumah)
******
kalau aku buat mileage claim, berapa agaknya ya?
atau mungkin aku kena pasang caj meter kat kereta....
- selagi kita bernama manusia -
Feb 26, 2013
orang tua-tua cakap.
jangan suka banding-bandingkan.
kalau pergi dua majlis kahwin misalnya.
satu buat kat hotel.
satu kat khemah depan rumah je.
yang tu majlisnya grand.
yang ni majlis macam asal buat.
yang ni pengantin bagai pinang dibelah dua.
yang tu pengantinnya satu gomok, satu lagi dah tuo kerepot...!
kat sana dapat goodies yg ada kelas |
kat sini dapat kotak yg beli kat nilai 3 |
tapi kita ni manusia.
degil...
tak nak dengar cakap orang tua-tua.
mesti nak banding jugak.
laki orang tu rugged.
tak sedar diri. rambut serabai, lagak macam orang muda.
laki orang yang ni alim.
rajin pergi masjid. ada iras UAI pulak tu. bertuah...
- orang kita semakin pelat... -
Feb 25, 2013
kira-kira 2 tahun dulu, aku diberitahu seorang berbangsa rusia nak datang ke kompeni kami.
dr denisova dulunya mengajar di sebuah universiti di moscow.
dia kini pensyarah di sebuah universiti di KL.
aku ditugaskan untuk membantunya dlm satu projek.
agak nervous jugak pertama kali berjumpanya.
tapi kegelabahan aku hilang sekelip mata bila bersemuka dr denisova.
berbanding orang akademik yg selalunya serius apatah lagi sarjana dari luar negara.
dr denisova - orangnya peramah, merendah diri dan suka berjenaka.
lebih meringankan kebimbangan aku, dia boleh cakap melayu dengan amat fasih.
malah sepanjang kami bekerja dari mula sampai projek itu siap, seboleh mungkin dia akan bercakap bahasa melayu.
perkataan 'ok' pun digantikannya dengan 'baiklah'.
sehingga kadang-kadang aku sendiri tersasul bercakap 'omputeh', dia sengih saja.
kemudian kami jadi kawan, sehinggalah sekarang.
sikit demi sikit aku diceritakan hal peribadinya.
dia sudah memeluk Islam.
beberapa tahun dulu dia berkahwin dengan orang melayu tempatan.
dan sekarang dia sudah mendapat kerakyatan.
dia sudah anggap, malaysia sebagai tanah airnya.
setahun sekali dia akan pulang menziarahi sedara mara dan kawan-kawan di moscow.
bila pulang ke sini, ada saja ole-ole dihadiahkan pada aku.
kecintaannya pada islam dan negara ini berputik dan subur kerana banyak membuat kajian akademik mengenai sejarah islam, sejarah tanah melayu dan cara hidup peribumi di sini.
jumaat lepas aku tengok tv pertandingan pidato antarabangsa bahasa melayu 2013, piala perdana menteri.
aku kagum dengan penguasaan bahasa para pesertanya.
dari china, jerman, panama, afrika...ya, seluruh dunia.
mereka bukan sahaja fasih, malah benar-benar menguasainya.
sehingga boleh berpidato, berpantun,bernyanyi dan berjenaka.
juara kategori antarabangsa dimenangi oleh peserta dari panama.
derrick fernando jaramillo...itulah gerangannya.
begitu fasih, bersahaja dan kalau dengar suaranya saja, mungkin tak jangka dia bukan melayu sebaliknya orang panama...!
seperti dr denisova juga, jaramillo sudah jatuh hati dengan keamanan negara kita, kebaikan rakyatnya, keindahan bahasanya, dan kesyumulan agama Islam.
lalu dia juga sudah memeluk Islam.
gayanya berpidato menarik minat dan mendapat sorakan gemuruh penonton.
maka selayaknya dia bergelar juara...!
panel juri pada malam tu diketuai oleh dr awang sariyan.
dan salah seorang daripada 6 jurinya, ialah dr denisova...
orang luar nampaknya lebih menghargai bahasa kita.
kita saja yg terhegeh-hegeh kononnya pandai sangat bahasa omputeh.
bahasa sendiri pun tunggang langgang.
terngiang-ngiang aku, cakap budak kecik kat mid valley tempoh hari.
"mummy, daddy...lieya want to go to the toilet, want to kencing, cannot tahaan oledi..."
kita masih pelat. atau buat-buat pelat....
- berapa harga kita sebenarnya? -
Feb 22, 2013
kalau mintak kerja, bila tulis resume.
biasanya ada yg letak "expected salary"
kalau ada pengalaman, mungkin boleh demand sikit.
kalau baru nak cari kerja, tengoklah gaji untuk jawatan atau kerja yg sama di pasaran.
tapi itu sebenarnya mungkin boleh buat kita sendiri terperangkap.
bubuh rendah sangat, nanti itu pulak yg dapat.
letak tinggi sangat, mungkin patut dapat jadi tak dapat kerja yg dipohon tu.
tapi kebiasaannya, kalau baru mintak kerja atau kerja pertama.
berapa diorang kasi pun kita ambik.
janji ada kerja, dapat gaji.
bila dah kerja mulalah, nak try lompat kerja tempat lain dengan alasan gaji lebih besar.
kalau kita pergi interbiu kerja pun lebih kurang sama.
bila dah hujung-hujung sesi temu duga.
interviewer akan tanya "berapa gaji nak?"
itu maknanya itu, kita ada peluang cerah nak dapat
paling tidak pun dishorlistedkan.
tapi itu jugak soalan trick atau perangkap.
kalau sebut rendah sangat, bila dapat nanti, rasa menyesal.
atau menunjukkan kita tak yakin kemampuan diri.
bila mintak tinggi melambung, silap-silap kena cantas.
atau macam nak menunjuk-nunjuk kehebatan.
silap-silap apa yg kita mintak, lebih daripada gaji orang yg interbiu itu!
elok boleh lepas, jadi sangkut tak dapat kerja tu.
jadi berapa 'harga' kita di pasaran?
orang tua-tua kata, eloklah "ukur baju di badan sendiri".
kaji kelebihan, tengok kemampuan kita.
ukur kelayakan kita.
aku masuk kerja dulu ikut gaji basic utk budak baru lepas U aje.
aku percaya pada rezeki dan usaha.
lama-lama bila kita buktikan kemampuan.
kerjaya kita akan meningkat. insyaAllah, boss akan nilai kemampuan kita.
buktikan dulu yg kita mampu, kita layak dapat gaji lebih besar.
atau jawatan lebih tinggi.
budak-budak zaman sekarang, tak sabar.
baru graduate, dapat degree diorang ingat dah hebat sangat.
hantar resume atau masa interbiu, tuntut gaji yg bukan-bukan.
sekarang ni yg pegang ijazah makin ramai.
semua kena bersaing untuk dapat kerja.
semalam boss mintak aku tengok satu dokumen.
rupa-rupanya kita nak ambik staf baru.
memang bukan kerja aku untuk recruit staf.
itu kerja HR.
cuma boss mintak pandangan aku, tentang calon yg dah disenarai pendekkan.
ada yg baru keluar U. cgpa pun cukup makan.
ada yg baru kerja setahun jagung.
mak aihh.....masing-masing demand gaji gila babas..
yg penting kenalah tahu menilai sendiri, berapa 'harga' kita di pasaran.
jangan sampai kita tak dihargai, kerana terlebih harga....!
- ini bukan cerita cut n paste -
Feb 21, 2013
ini bukan cerita cut n paste dari internet.
atau cerita dari mulut ke mulut.
atau abang aku punya kawan punya sepupu yang bagitau.
atau kawan aku yg kerja kat bank tu punya cerita.
ini khas untuk warga nilai.
atau sesiapa yg buat urusan berkait dengan bank.
petang semalam balik dari kerja, aku singgah bank.
nak keluar duit daripada atm bank islam, kat putra nilai (bandar baru nilai).
dekat dengan hotel aston tu (dulu allson klana).
sebaik selesai keluar duit, aku didekati oleh seorang pak guard.
agak luar biasa sikit.
pak guard biasanya masa office hour je ada kat bank.
"incik, hati-hati sikit keluar duit area sini..." katanya.
"kenapa? ada kes ke?" cepat aje aku buat andaian.
"ya. tengah hari tadi ada kes sorang pak aji kena ragut. 11 ribu, habis.
tadi, pegawai bank ni dengan polis dah periksa cctv.
diorang dapat cam seorang lelaki ni duduk je dalam bank.
lepas tu dia ikut dan rompak duit pak aji tu kat luar bank.
perompak tu lari dengan kereta honda..."
cerita pak guard tu dengan detail. tentu sekali dia tahu banyak benda.
sebab dia kerja kat situ.
"baru-baru ni pun ada. 5 ribu kena ragut...kat area sini gak. "
kepada yg duduk area nilai tentu tahu, deretan lot kedai sepanjang jalan ni memang menempatkan banyak bank.
selain bank islam di end lot ni, ada ambank dan bank rakyat di lot tengah. di hujung belah sana pulak ada maybank.
kepada yg berurusan di bank. tak kiralah di kaunter bank atau di atm atau cdm.
diingatkan supaya lebih berhati-hati.
bukan saja yg di area nilai tetapi juga di mana-mana sahaja.
ya, memang kita biasa dengar kes macam ni.
tapi bila dapat tahu di tempat yg kita regular pergi pun ada kes.
wujud jugak kebimbangan.
lepas ni aku perlu lebih berhati-hati...
- taiping. . . yang indah itu kenangan -
Feb 20, 2013
malam tadi tak semena-mena zali call aku.
masa tu aku tengah melayan internet. sementara menunggu jemput erol dan erin dari kelas tuisyen diorang.
sementara tu eril tengah siapkan homeworknya.
wifey pulak sedang layan drama lah apa lagi. "cinta qaseh' kalau tak silap.
ya, walaupun tengah layan internet dan tenggelam dlm dunia siber, aku tahu apa yg orang lain tengah buat.
kena ambil peduli kan....he he
zali kawan lama aku masa zaman U dulu.
kami satu course dan sama kolej.
macam biasa bila dah borak dengan kawan lama jadi meleret-leret.
banyak kenangan aku dengan zali ni.
sekarang zali seorang cikgu. mengajar kat daerah taiping.
taiping jugak ialah tempat kelahirannya.
lepas grad dulu kita orang dah tak jumpa dah.
cuma jumpa dan berhubung dengan telefon dan fb.
sebaik grad, zali sambung buat diploma pendidikan.
kemudian kena posting ke daerah kapit, sarawak.
sekolah tempat dia mengajar, jauh ke pedalaman.
kalau nak pergi ke pekan kapit, sbg pekan terdekat, kena naik perahu atau bot.
kalau nak ikutkan peraturan, selepas 4-5 tahun, baru boleh transfer ke semenanjung.
tapi zali dapat transfer hanya selepas 2 tahun, atas alasan kesihatan.
itu menurut zali lah.
menurut sumber kengkawan yg lain, itu hanyalah 'helah standard' kepada cikgu semenanjung yg bertugas di sabah atau sarawak utk dapat transfer awal.
sebagai kawan, aku percayakan 100 persen, alasan si zali lah...he he he
pernah semasa satu cuti semester aku ikut zali balik kampung.
di batu kurau, taiping.
yg aku ingat kami naik kereta api kelas 3. pakai tiket konsesi untuk student.
kereta api ini berhenti di setiap stesen hatta stesen kecil sekalipun.
nyaris-nyaris kami ditinggalkan kereta api semasa singgah di stesen ipoh.
gara-gara beli kacang putih dan apam balik.
itu semua disebabkan promosi zali, kononnya apam balik di stesen kereta api ipoh adalah yg terbaik seantero malaysia. mana boleh miss...
perjalanan dari KL-Taiping seolah-olah macam pergi london, jauhnya.
kami sampai stesen kereta api taiping jam 4:30 pagi.
terpaksa tunggu jam 7:00 pagi, baru ada bas untuk ke batu kurau.
nak naik teksi atau prebet sapu, kita orang sengkek lagi zaman tu.
tidur lah atas pangkin, sementara menunggu siang.
aku lepak kat kampung zali 4 hari je.
aku dibawak 'melancong' sekitar bandar taiping lah.
masa tu takde shopping kompleks.
yg famous masa tu hanyalah taman tasik taiping dan zoo taiping.
tak boleh lepas peluang weh....
taman tasik dan zoo terbesar kat malaysia ketika tu.
nanti boleh cerita kat kengkawan U dan mak bapak aku kat kampung.
kami ronda pakai kapcai honda N50, bapak zali.
masih aku ingat kebetulan masa tu musim durian.
kampung zali tu memang banyak dusun durian.
pagi, petang, siang malam mesti ade je tema durian.
pengat durian, sambal tempoyak, dodol dan apa saja yg berkait dengan durian.
kemudian aku balik sorang-sorang naik bas.
sambung cuti kat kampung aku, di nilai pulak.
aku ada banyak kenangan lagi dengan zali.
aku percaya zali juga banyak kenangan bersama aku.
kalau boleh, nak bina kenangan yg baru.
tapi jarak dan waktu adalah pemisahnya...
perbualan panjang kami semalam hanya terhenti selepas aku diingatkan oleh eril - tentu sekali pesanan penaja dari wifey- yg waktu tu dah dekat jam 10.
kena jemput erol dan erin dari kelas tuisyen.
kalau tak, mahunya meleret lagi jauh...
- tak semua perkara kena ikut buku -
Feb 19, 2013
nak buang pekerja atau ambik tindakan tatatertib pun ada peraturannya.
kalau kompeni tu bapak kita yg punya atau kita sendiri punya pun, tetap kena ikut peraturan.
kalau nak buang atau nak pecat staf, kena ada kaedahnya.
silap-silap kalau tak betul caranya, kita atau kompeni balik yg terkena.
kena saman atau kena denda oleh mahkamah, kalau mereka tuntut ikut prosedur undang-undang.
bukan sekadar 'awak dipecat!' atau 'you're fired...!' seperti rancangan tv donald trump tu...
seminggu lepas aku diberikan buku ni oleh kompeni.
lebih tepat, buku berbentuk garis panduan.
aku dah baca dah isi dalamnya.
segala tindakan perlu ikut step by step.
amaran, surat tunjuk sebab. bersemuka. sesi kaunseling. siasatan. bukti. semua kena ada.
itu kalau berdepan staf bermasalah.
kalau yg buat kerja mahu tak mahu, kerja cincai, asyik mengular.
kerja tak ikut SOP.
sasaran tak pernah dapat.
KPI tak capai.
buat kerja macam pahat dengan penukul. malas.
kerja dah bertahun-tahun tapi masih tak cekap. tak pandai-pandai.
macam mane pulak?
tapi bagi aku, untuk atasi sesetengah masalah kita tak perlu ikut sangat apa yg tertulis.
nak patuh bulat-bulat pada buku.
lebih-lebih lagi yg berkait dengan manusia.
atau orang sekarang sebut, modal insan.
misalnya, kalau anak-anak kita malas belajar.
ada banyak cara nak atasinya.
kalau tindakan keras, kita boleh rotan atau marahkan mereka.
atau paling tidak pun, kita berleter atau membebel.
ada jugak yg kata kita bagi dia motivasi dengan hadiah.
walaupun ada yg anggap ianya rasuah.
bagi gula-gula, mainan atau lain-lain.
atau dengan kata-kata cabaran "kalau dapat 5A....papa belikan basikal, PS2, iphone atau apa-apa ajelah...
apa kata kalau staf yg selalu datang lewat...
kita belikan dia jam tangan.
jadi dia takde alasan...jam mati, lupa nak kunci alarm.
dia nak datang lewat pun jadi segan.
nak elakkan staf yang mengular atau selalu hilang, asyik lepak kafe
kita sediakan tea lady, sediakan minuman untuk staf.
nak order teh tarik ke, milo ke...tak payah keluar.
semua ada in house. order je...free
kepada yg tak ikut SOP, kerja cincai, KPI tak capai, tak cekap-cekap atau mahir.
kita hantar dia pergi kursus, bengkel, kem bina semangat, kem motivasi.
selagi diorang tak boleh capai atau tak boleh ikut, tak payah masuk ofis.
tak payah datang kerja.
sampai muntah hijau dengar ceramah.
pergi kursus je sampai dia muak....!
ataupun buat reverse psikologi.
selalu kat bank atau supermarket, kedai jual kereta ada terpampang nama dan gambar staf terbaik bulan ini atau salesman terbaik bulan ni.
tapi kat kompeni kita, letakkan gambar dan nama terpampang 'staf paling banyak ponteng bulan ini', 'staf paling kerap lepak kafe bulan ni..." atau seumpamanya.
ini sebagai amaran kepada staf supaya mengelakkannya.
kalau tak tahan atau tak boleh ikut, diorang akan berhenti dengan rela hati
tak payah surat tunjuk sebab, surat amaran dsb
ada banyak alternatif atau cara kreatif lain.
bukan sekadar ikut buku saja.
ada tak agaknya, kompeni yg nak buat cenggitu...hahaha
- seribu sesalan tak bermakna lagi -
Feb 18, 2013
jam 3:30 pagi.
waktu tu jalan raya lengang.
din baru balik dari kerja shif.
mata mengantuk. nak cepat sampai rumah.
sampai di traffic light simpang empat.
takde kereta. lampu belah laluan din, merah.
arghhh...takkan nak tunggu.
mana ada polis nak saman waktu begini.
redah saja lah....
sebaik sampai tengah-tengah simpang empat.
tiba-tiba muncul entah dari mana, sebuah motosikal.
laju sambil membunyikan hon panjang.
memang giliran laluannya, lampu hijau.
memang motor tu patut jalan dulu.
tak sempat buat apa-apa dah...
motor melanggar sisi kereta.
melambung penunggangnya. dan kemudiannya jatuh macam nangka busuk.
motor tercampak ke tepi jalan. selepas berberapa kali berpusing.
penunggang motor tak bergerak-gerak.
bukan seorang tapi berdua dengan pemboncengnya.
dari kelibat mereka yg sempat ditoleh oleh din, seorang lelaki dan seorang perempuan.
din jadi panik.
sama ada nak menghentikan kereta dan tolong penunggang motor tu.
ataupun buat laporan kepada polis tentang kejadian itu.
atau terus pecut kereta dan cabut.
lagipun takde sesiapa kat situ.
takde saksi kejadian.
tambahan pulak, din tahu yg dia memang salah.
dia langgar lampu trafik merah.
dan....kalau penunggang motor atau pemboncengnya tu mati, macam mana?
berat kesalahannya tu.
bukan seorang, tapi 2 orang...
akhirnya, din ambik keputusan untuk meninggalkan saja tempat tu.
esoknya, ada berita di tv dan surat khabar pasal kejadian eksiden itu.
sepasang suami isteri terlibat kemalangan.
isterinya maut, sementara suaminya cedera parah.
dipercayai kejadian langgar lari.
si isteri yg meninggal dunia itu sedang sarat mengandung.
motor ditunggang suaminya untuk menjemput isterinya itu yg kerja shif malam di sebuah hospital berdekatan.
sudah pasti din akan dicengkam dan dihimpit rasa bersalah.
walaupun tidak ada siapa yg tahu bahawa dialah punca kejadian.
biarpun dia tak didakwa atas kesalahannya itu.
dialah orang yg bersalah mengakibatkan kematian.
bukan satu tapi dua nyawa.
apakah perasaan si suami itu - jika dia pulih - bila dapat khabar kehilangan isteri dan bakal anaknya akibat kejadian itu?
disebabkan kecuaian dan ketidaksabaran orang lain.
********
sebenarnya sejak beberapa tahun, din melalui jalan yang sama.
setiap kali pergi dan balik kerja.
malah setiap kali balik kerja shif dia akan melintasi simpang empat itu.
tidak pernah sekalipun dia melanggar lampu merah.
biarpun dia tahu, waktu tu jarang sekali ada kenderaan lain melintasinya.
entah kenapa pada hari kejadian itu, dia melanggar peraturan lalu lintas yang asas.
lampu merah tandanya berhenti...
mungkin kerana terlalu mengantuk dan hendak cepat sampai.
ketidaksabaran dan detik hatinya pada hari itu, mengundang tragedi.
yang pasti menghantuinya sepanjang hayat....!
***
daripada kejadian sebenar.
moral cerita ini - sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna...!
- anak rusa nani, baru kembang ekor... -
Feb 15, 2013
bila ada staf baru masuk.
kita sebagai staf yg lama ni, biasanya nak tunjuk sombong sikit.
weh...kita orang senior kat sini la.
kalau kau nak tahu apa-apa pasal kerja, kenalah tanya.
takdenya kita orang nak baik hati sangat nak tunjuk itu ni.
yg baru kenalah hormat yg lama.
malu bertanya sesat jalan kan...
hehehe...
aku rasa ramai yg ada sikap begitu kan?
staf baru kenalah peramah sikit.
bagi salam atau tegur sapa bila berjumpa atau berselisih bahu.
kena buat muka 'toye'. muka innocent.
duduk je kat kerusi buat kerja.
nak pergi toilet pun rasa segan-segan sikit.
hehehe...
itu pengalaman baru kerja, atau masuk kerja tempat baru.
ramai yg dah rasa pengalaman baru mula bekerja.
ada yg nasib baik (...atau nasib tak baik) kerja satu tempat sampai ke tua.
ada yg kerja banyak tempat. kejap kerja kompeni tu. lepas tu kompeni lain.
macam aku ni, masa mula-mula kerja dulu asyik tukar kerja.
tapi bila dapat kerja kompeni ni, rasa dah stabil. dah serba cukup.
jadi aku kekal lah di sini. takde perancangan lain buat masa ni.
aku dah jumpa dan berkenal dengan ramai orang di sini.
macam-macam ragam dah aku tengok.
yang datang. yang pergi. yang baru. yang lama. dan yang dah bersara.
aku suka perhati gelagat staf baru.
ada sesetengahnya kita boleh nampak, akan kekal lama.
ada sesetengahnya kita boleh agak, takkan bekerja lama.
aku selalu nasihatkan staf baru.
yang kebanyakannya pada peringkat adik-adik.
disiplin kerja dan cara bekerja memang penting.
tapi yg lebih utama, bagaimana kita membina hubungan dengan rakan sekerja.
dan kemudian kita menjaga hubungan itu sehingga mereka menjadi kawan kita yg akrab.
bukan saja kawan semasa bekerja, tetapi kawan jugak di luar waktu kerja.
sebab tu kita boleh nampak. ada staf yg disenangi ramai. ada yg tidak.
aku percaya, ada ramai yg tetap bekerja kat satu-satu tempat tu sebab dia seronok bekerja dengan rakan sekerja yg lain.
semata-mata kerana itu sahaja. bukan sebab lain.
walaupun mungkin dia ada peluang lebih baik atau membina kerjaya lebih maju jika bekerja di tempat lain.
suasana atau persekitaran tempat kerja membuatkan ramai yg mahu kekal saja di satu tempat.
pada staf baru, aku selalu cakap hal yg sama.
jagalah hubungan dengan rakan sekerja lain.
pada minggu pertama aku bekerja di kompeni ni.
pada hari pertama aku bekerja, makan tengah hari aku dibelanja oleh mr O.
esoknya tanpa aku sangka kak S tapaukan aku nasi campur.
hari ke-3, kak A kongsikan sarapan nasi lemak yg dimasakknya sebagai bekalan dari rumah.
hari seterusnya, minum petang teh tarik dan karipap dibayar oleh din.
pada jumaat, lepas solat di masjid berhampiran, aku dibelanja rojak dan cendol oleh nik.
jadi seminggu pertama itulah sebenarnya mengikat aku dengan kengkawan lain.
dan aku kekal bekerja di sini hingga hari ini.
aku percaya...
bila kita buat orang menyenangi kita, kita akan disenangi orang...
walaupun kita ni pekerja terbaik sekalipun.
atau sekurang-kurangnya kita dipandang staf yg baik oleh boss.
tidak ada maknanya kalau kita bukan rakan sekerja yg baik di mata pekerja yg lain.
terlebih penting lagi ialah pandangan staf atau rakan sekerja terhadap kita.
aku sebenarnya tulis benda-benda ni sebab sejak minggu lepas dan minggu ni saja.
ada dua staf baru masuk.
sikap yg seorang itu agak kurang menyenangkan.
takpelah....
kita tengok dari jauh dulu perkembangan diaorang tu.
kalau takde perubahan jugak....kita tulis dalam blog.
he he he
- ini kes lupa yang ekstrem -
Feb 14, 2013
aku pernah bawak motor tapi tak pakai helmet dari nilai ke bangi.
masa tu aku nak pergi KL. janji dengan kawan, nak beli jeans levi's.
patutlah banyak kereta yg hon.
kengkawan mat motor pun hon.
dan tunjuk-tunjuk ke arah kepala diorang.
aku balas dengan tunjuk jari....hahahaha
iya lah, aku ingatkan diorang ajak challenge untuk merempit!
padanlah jugak aku rasa kepala aku ni 'berangin' aje.
rupa-rupanya helmet tak pakai...
kalau ada polis ke, jpj ke, sah dah aku kena saman.
kompaunnya tentulah paling maksimum.
itu kalau kena saman, kalau eksiden fuh....mintak dijauhkan.
pada satu kursus masa aku mula-mula kerja kompeni sekarang.
kursus dianjurkan kat hotel.
sebab aku dah lambat, aku parking kereta tepi jalan, depan hotel.
lagipun nak jimat bayar duit parking kat hotel kan mahal, kononnya.
nak tunggu duit claim nanti lambat la. tengah pokai.
habis kursus satu hari, masa masuk kereta semula...
baru aku sedar yg tingkap kereta aku lupa nak naikkan.
kalau hujan gerenti dah 'banjir' kereta tu.
apatah lagi macam mengundang pencuri bawak lari.
aduhai...tak ke naya.
*******
ini semua kes leka atau lalai atau cuai.
atau faktor ambik mudah. atau terlalu over konfiden.
tapi semalam antara lupa atau tak ingat atau leka atau lalai paling ekstrem.
dalam perjalanan balik semalam wifey sms, pesan untuk tapau makan malam.
aku pun singgah kedai tomyam regular tepi jalan.
aku order tomyam, ikan goreng, telur dadar dan daging masak merah.
cantiiikk...punya order.
masa nak bayar baru aku sedar yg aku takde wallet.
aku cari bawah meja...kot kot terjatuh.
aku pergi kat kereta. cari kat dashboard. cari bawah seat, takde...arghhh sudah!
brader kasyier dah tunggu. sambil sengih tengok aku tengah gabra...
mujurlah aku regular customer kat situ.
brader kasyier kata tak pe. lain kali aje bayar.
aku ucap terima kasih dengan muka merah padam....malu woooo!
macam mana aku lepas perjalanan dari KL ke nilai balik kerja?
sebab aku guna touch n go untuk bayar tol.
memang sah lah. aku tertinggal wallet kat ofis.
takut ada. bimbang ada. kalau ada apa-apa berlaku dalam perjalanan.
lesen takde, my kad takde. atm kad. duit tunai takde.
serba serbi 'nyawa' dalam wallet tu.
mujur juga ada kad touch n go masih banyak baki.
minyak kereta pun baru isi penuh semalam. boleh pakai 3-4 hari.
wifey tak tahu pun.
aku buat diam je. kalau dia tau, teruklah aku kena dengar tazkirah....!
solat subuh tadi aku, abu baca doa lebih panjang daripada biasa.
tak cukup doa bahasa arab aku pulun doa dalam bahasa melayu....hehehe!
aku tawakal.
aku redah perjalanan pagi ni.
mujur dan syukur perjalanan hari ni, dipermudahkan.
sampai di ofis, aku nampak wallet aku elok aje ada atas meja...!
- setakat alasan jalan jem tu apalah sangat... -
Feb 11, 2013
"engkorang nak balik kampung...balik lah. achik dah ok"
demikian kata abang chik. bila aku ziarah dia. tengah hari sabtu.
dia dah pun dipindahkan ke ward biasa.
dah semakin pulih. walaupun masih perlu dipantau.
aku keberatan nak balik kampung, walaupun dah rancang awal-awal.
takkan nak tinggalkan dia dalam keadaan begitu.
hati aku takkan senang.
isteri abang chik, kak lang, atih dan abang ngah pun cakap benda yg sama.
insyaAllah, kata mereka. abang chik tak apa-apa dah.
lega lah sikit.
petang sabtu, kami bergerak balik.
seperti dijangka, jalan sesak teruk.
mula dari plaza tol gombak.
merangkak-rangkak hingga ke terowong genting.
terus berinsut-insut sampai ke bentong.
lepas tu baru lah laju sikit hinggalah sampai karak dan highway LPT.
kalau setakat nak tempoh jem pun tak sanggup, jangan jadi orang lah.
kat kampung, mak bapak yg setia menunggu kita, jadikan sebagai pembakar semangat.
ha ha ha ....itu patut jadikan pedoman dan sorakan moral.
biarlah lenguh kaki sikit tekan pedal minyak dan brek.
habis duit minyak meredah jem dan perjalanan jauh.
demi nak jumpa keluarga tersayang masa cuti panjang begini, semua itu sepatutnya digagahkan juga.
setakat jem tu...apalah sangat kalau nak bandingkan besarnya erti kepulangan kita di kampung kepada orang tua dan sedara mara kita.
kepulangan kita yg sekejap itu pastinya menggembirakan hari-hari mereka.
ada jugak yg mengambil keputusan tak nak balik kampung.
tak sanggup meredah jem.
ada kawan-kawan di ofis aku sendiri yg mengaku begitu.
janganlah jem dijadikan alasan, tak nak balik.
lagipun bukan selalu, dapat cuti panjang tak payah korbankan cuti tahunan.
*********
sepanjang ahad, sejak lepas subuh hujan turun tak berhenti-henti di kampung wifey.
budak-budak yg dah plan nak turun ke tanah, jadi mati kutu.
terperap aje dalam rumah.
main indoor games....
apa barang kalau balik kampung main dalam rumah je!!!
tak syiok la kan....
mujurlah mak bapak mereka sporting.
iyalah, mak bapak pun paham.
orang bandar la katakan...haaa bandar la sanggaaattt....!!!!
maka diberikan 'lampu hijau' supaya mereka turun ke padang.
mandi hujan....!
padang kat depan rumah yg luas ni dah jadi macam bendang.
mana tidaknya, hujan sejak subuh sampai ke petang.
jadi, eril, erol, erin dan sepupu sepapat mereka tak lengah lagi.
main hujan sampai kecuuutttt!!
ikutkan hati mahu saja aku join sama...he he he
- andai itu takdir-Nya ... redhalah -
Feb 9, 2013
jumaat.
lepas maghrib semalam aku terus ke senawang specialist center.
walaupun aku dibagitau oleh isteri abang chik yg dia semakin stabil.
tak puas hati kalau tak dapat tengok sendiri.
sepanjang di ofis sebelah siangnya, aku terbayang-bayang saja abang chik memakai oxygen masknya.
alhamdulillah.
memang jauh lebih balik dpd semalam yg keadaannya agak membimbangkan.
cuma masih perlu untuk berada di wad HDU/ICU utk pemantauan.
berkat doa sedara-mara, kawan-kawan dan semangat abang chik sendiri.
juga para doktor dan nurse yg memberikan rawatan dan khidmat terbaik mereka.
kalau progres kesihatannya semakin baik, dia akan dipindahkan ke wad biasa.
kemungkinan besar, tengah hari esoknya.
syukur dan lega rasanya...
pada malam sebelumnya, wad ICU tu hanya dihuni oleh abang chik saja.
tapi pada malam kedua, ada 3 orang lagi pesakit dimasukkan.
seorang daripadanya sangat kritikal.
bersebelahan dengan katil abang chik.
**********
sabtu.
katil sebalik abang chik tu dah kosong.
katil sebalik abang chik tu dah kosong.
pakcik yang berasal Lenggong tu dah pergi menuju alam baru.
tujuannya datang ke seremban nak jaga cucu-cucunya sementara anak dan menantu buat umrah.
dia dihantar ke hospital ni pada awalnya untuk rawatan kerana bisul.
tetapi tak semena-mena kemudiannya, dia kena serangan jantung.
bertambah buruk lagi dengan keadaan buah pinggangnya yg memang lemah.
kenduri doa selamat sepatutnya dibuat untuk anak dan menantunya nak ke umrah.
terpaksa disekalikan dengan solat hajat.
ward ICU itu kemudiannya jadi tempat berhimpun anak cucu untuk membacakan surah yaasiin...
sekarang sunyi sepi.
dia sudah pergi menghadap Ilahi.
itulah yg diceritakan oleh isteri abang chik.
bila aku bertanyakan, "mana orang sebelah ni, dah keluar ke...?" bila datang semula melawat abang chik tengah hari itu.
dia tak pula bertanya sama ada anak menantu arwah pakcik tu, jadi ke tidak pergi umrah seperti yg dijadualkan...
dia tak pula bertanya sama ada anak menantu arwah pakcik tu, jadi ke tidak pergi umrah seperti yg dijadualkan...
nak bertanya pun, tak sampai hati.
nurse tengah siapkan abang chik, nak dipindahkan ke wad biasa.
manakala pak cik sebelah katilnya pula dipindahkan ke alam baqa'.
andai itu takdir-Nya...redha lah.
nurse tengah siapkan abang chik, nak dipindahkan ke wad biasa.
manakala pak cik sebelah katilnya pula dipindahkan ke alam baqa'.
andai itu takdir-Nya...redha lah.
- doa kami untuk abang chik -
Feb 8, 2013
pagi ni mengantuk. bukan mengantuk sebarang. tapi gile punya mengantuk...
sampai ofis tadi aku lelapkan mata kejap. cari sudut dalam bilik ofis.
supaya staf lain tak nampak.
office hour belum mula. jadi aku setkan alarm.
sempat lah setengah jam.
mujur tak terlajak.
selalu tak cenggini, hatta tengok bola sepanjang dinihari pun, paginya di ofis macam biasa je.
mungkin sebab bukan saja letih fizikal, tetapi letih mental.
ya, itulah aku rasa punca utamanya.
sebaik pulang hantar erin dan erol ke kelas tuisyen, aku tengok henfon ada missed call.
aku sengaja tinggalkan sebab tengah cas bateri.
lagipun, hantar diorang ke tuisyen, pergi balik dalam 15 minit.
bukan satu tapi berderet. dari atih , anjang dan usu.
aku terus tak sedap hati.
mesti ada hal emergency ni...
aku cupa telefon atih. tak dapat. telefon usu pun tak lepas. engaged.
tiba-tiba masuk panggilan daripada anjang..
"bang chik on the way ke hospital. sesak nafas" katanya dengan nada cemas..
setahu aku bang chik, tak pernah sakit.
takde sejarah keluar masuk hospital.
lagipun baru lepas maghrib semalam aku singgah rumahnya.
nak ambik air zam-zam dan kurma yg dikirim oleh usu yg baru balik umrah.
nampaknya dia ok je. kami borak-borak kejap.
...dan dia tolong ambilkan benih pokok selasih yg aku berkenan ditanam di laman rumahnya.
lepas dapat beberapa info dari anjang, aku pun bersiap.
aku ambik kak lang dan atih. mereka nak tumpang.
atih tak konfiden memandu malam. dan tak tahu lokasi hospital.
maklumlah yg dia tahu, sekitar area nilai je.
tak pernah memandu jauh-jauh.
sampai di hospital, kami diberitahu abang chik berada di icu.
kami bergilir-gilir masuk. hanya seorang saja dibenar masuk dalam satu-satu masa.
aku dulukan kak lang dan atih untuk masuk.
kemudiannya, aku masuk dengan eril, yg beriya-iya nak ikut.
ya, rabbi. banyaknya wayar yg berselirat di seluruh tubuh abang chik.
pernafasannya masih belum stabil. terpaksa dibantu oleh peralatan.
pelawat juga dilarang banyak bercakap dengan abang chik.
ternyata bang chik tak selesa. menahan kesakitan dan kepayahan bernafas.
aku sempat meneman abang chik beberapa minit saja.
sebaik saja seorang doktor pakar dan doktor yang in charge untuk abang chik masuk.
aku diminta keluar.
mereka nak buat beberap test. untuk tahu punca dan rawatan susulan segera.
kami menunggu di luar.
waktu tu dah jam 10 malam.
sewaktu menunggu itu, usu dan isteri, andak sekeluarga, abng ngah dan anaknya turut sampai.
mereka terpaksa tunggu dan tak dibenarkan masuk untuk melawat.
doktor masih ada di dalam.
abang long, anjang dan itam pun nak datang. tapi kami nasihatkan datang esoknya saja.
lagipun mereka tinggal jauh.
malam itu pun belum tentu boleh masuk untuk menziarah.
kami menunggu dengan rasa resah.
suasana senyap dan suram. masing-masing melayan fikiran.
tak tahu apa yang berlaku di dalam icu.
hampir jam 12 baru doktor siap menjalankan ujian dan rawatan.
kami diberitahu, daripada analisis awal doktor, abang chik mengalami serangan acute asthma, jangkitan kuman pada paru-paru, dan masalah jantung.
kami agak terkejut sebab abang chik langsung takde sejarah sakit asthma.
doktor dah bagi bantuan yg patut. dan menjalankan beberapa test.
apa yg doktor tu buat ialah menstabilkan keadaan abang chik terlebih dulu.
jam 9 pagi esoknya (pagi ini) baru dapat keputusan yang lebih terperinci dan apakah rawatan susulan yg bersesuaian.
giliran angah, andak dan usu pula bergilir-gilir masuk.
kami diberitahu keadaan abang chik semakin stabil berbanding sewaktu mula masuk sebelumnya.
kira-kira jam 1 pagi baru lah kami semua balik.
aku tak berapa lena tidur. memikirkan kesihatan abang chik.
itulah punca sebenar rasa mengantuk yg amat sangat di ofis, pagi ni.
aku amat berharap dan berdoa agar abang chik kembali pulih.
dalam keadaan begini, tak banyak yg mampu kita buat.
selain memberi kata-kata semangat supaya abang chik bertahan.
doktor dah cuba melakukan yg terbaik, sedaya upayanya.
tak sabar nak melawat abang chik, petang nanti.
sementara tu, isteri abang chik akan bagitau perkembangan di hospital.
pagi tadi, dia ada sms bagitau yg abang chik masih tidur.
sengaja diberikan dos ubat tidur oleh doktor.
- sampai ke derma kita pada yang memerlukan? -
Feb 7, 2013
seorang budak lelaki. berkopiah dan berselipar.
menjingjing bakul.
aku tak pasti dia jual apa.
yg pasti dia bukan daripada area kawasan perumahan ni.
sebab aku tak pernah nampak dia sebelum ini.
mungkin anak-anak yatim yg disuruh menjual sebagai 'latihan'.
mungkin diturunkan dengan van oleh 'cikgu' mereka untuk pergi dari rumah ke rumah.
atau ditinggalkan di stesen minyak, mintak derma. mintak sedekah.
diletakkan depan pintu bank.
siap tunjuk resit dan tabung. jual tisu, minyak angin dll.
atau kemungkinan sindiket yg menggunakan kanak-kanak untuk menjual barangan.
simpati dapat, barang boleh jual - duit pun dapat.
pic yg di'google' |
tapi aku rasa tidak.
budak ni aku rasa tak termasuk dalam sebarang 'kategori'.
sebab dia seorang diri aje.
mungkin anak orang kampung yg berjual nak tambah pendapatan.
aku tengah melayan erol main badminton di laman rumah.
mungkin dia segan.
dia cuma singgah rumah sebelah dan lalu saja melangkaui rumah aku.
"dik...meh sini jap. jual apa tu" aku panggil budak tu.
dia sedikit terkejut.
"ni ada jual cup cake dengan kerepek..." katanya sambil membuka tutup bakul.
"dari mana ni...?" aku tanya.
"dari banting..." jawabnya. malu-malu sambil tunduk aje.
"siapa yg hantar. takkan jalan kaki...jauh tu."aku cuba provokasi.
"van....." suaranya antara dengar dengan tak dengar aje.
melihatkan dia sikit gelisah. aku tanyakan aje," berapa harga ni...?"
"yg ni rm10, yg ni 5 ringgit..."
aku beli mini cupcake.
"nah rm10, yg lebih rm10 lagi tu adik simpan sendiri. kira sedekah..."
ya.
sangkaan aku salah.
ini satu lagi budak yg memang termasuk dalam 'kategori' di atas.
disuruh berjual sebagai 'latihan' dan 'berkorban' untuk rumah anak yatim atau sekolah agama/tahfiz.
cuma dia tak bawak resit seperti lazim kita jumpa.
budak ini lebih kurang sebaya dengan erol.
patutnya sedang seronok main badminton petang-petang dengan ayahnya.
paling tidak pun, main-main basikal dengan kawan-kawan sebayanya...
sekurang-kurangnya, sedekah aku sampai terus kepada yg patut menerimanya.
biar pun kecil.
- tahu tak antartika tu kat mana? -
Feb 6, 2013
- siri bercakap dengan erin . . . 19
Feb 5, 2013
sejak 2-3 hari lepas erin mengadu giginya sakit.
iyalah gigi nak tercabut la tu.
nak ganti dengan gigi baru.
budak-budak gigi patah atau tercabut tu biasalah...
kalau orang dewasa, berganti gigi palsu la jawabnya.
petang semalam, balik kerja aku disambut oleh erin.
kali ni wajahnya lebih ceria tak suram macam 2-3 hari lepas.
biasanya kalau erin sambut aku balik, memang dia nak kenen sesuatu.
"papa gigi erin dah tercabut..." sambil ngangakan mulutnya.
"haaa...elok la. tak lah sakit lagi kan." jawab aku sambil membuka kasut.
"tapi tak cantik la. dah rongak..." keluh erin.
"tak pe. nanti tumbuh yg baru la..." aku cuba pujuk.
"tak payah pakai poliden ke papa...?" tanya erin. terpengaruh dengan iklan tv la tu.
"tak payah. budak-budak kalau gigi patah. ada gigi baru ganti. yang patah tu gigi susu. tak macam orang dewasa. gigi kekal, kena jaga betul-betul. kalau patah takde ganti..." aku cuba jelas pada erin dengan fakta saintifik.
huh...saintifik la sangaaat...!
"kenapa panggil gigi susu...papa?
kenapa dia tak panggil gigi milo. sebab erin suka minum milo..." erin mula lah mereka-reka.
macam mana aku nak patahkan saja pertanyaan erin.
hujah saintifik tadi, nampaknya memakan diri...
hahahaha....
- terbakar rumah nampak asap. . . sila sambung -
dah masuk bulan februari.
sticker kereta masih lagi yg lama.
bukan salah kami, tapi salah bhg sekuriti.
patutnya hujung disember lagi dah ada.
lembab...
semalam baru keluar pekeliling.
suruh buat sticker. dah available katanya.
permohonan boleh buat secara online.
tapi lawaknya, masih kena print borang.
dan beratur di kaunter.
manual la maknanya tu.
aisshh...
pagi-pagi buta tadi.
dah kena tahan dek sekuriti.
"incik, sila tukar sticker..."
fuh...efisien tahap gaban tu.
semalam keluar pekeliling, esok paginya dah tahan staf, mintak tukar sticker.
bagi lah tempoh seminggu ke, sebulan ke...
lagi pun dah lebih sebulan takde sticker kan
bikin panassss....
- lelaki sekarang semakin lembut -
Feb 4, 2013
wifey pernah tegur aku supaya 'garang' sikit dengan anak-anak.
katanya kalau kita tak garang nanti anak-anak akan naik lemak.
orang selalu dengar orang cakap, bapak kena garang. sebab dia ketua keluarga.
supaya anak-anak ada yg ditakutnya.
aku ni memang tak garang, kalau nak 'buat-buat' garang susah jugak.
dalam report prestasi tahunan pekerja baru-baru ni pun.
boss mintak aku lebih 'tegas' dengan staf bawahan.
dalam kata lain, supaya aku lebih 'garang'.
arwah bapak aku dulu memang garang.
berdehem atau dijegilkan matanya saja sudah buat kita orang kecut perut...
sekali dia marah, memang tak angkat muka lah.
pantangnya kalau kita keluar main, tapi tak balik sebelum maghrib.
makanya, memang birat la belakang kaki kena sebat.
cikgu dulu-dulu pun garang jugak.
kalau homework tak siap, lebih baik lah jangan masuk kelas.
cikgu disiplin aku masa sekolah dulu, sentiasa meronda keliling sekolah dengan rotan di tangannya.
sekarang ni aku pulak yg kena ingatkan anak-anak.
"eh...korang ni takde homework ke. rileks je tengok tv..."
diorang buat kerja ikut mood.
bila rajin dibuatnya. kalau tidak, rileks memanjang.
agaknya tak de cikgu yg garang kat sekolah lagi dah.
iyalah...kalau garang sangat rotan budak sekolah.
mak bapak akan datang mengadu kat pengetua.
buat aduan ke jabatan pelajaran.
malah ada yg buat report polis atau ugut saman...!!
ada kes mak bapak datang 'serang' cikgu kat sekolah. huh, melampau.
ada yg cakap, mak bapak sekarang tak boleh garang sangat.
kena guna ilmu psikologi.
kat sekolah pun, murid bermasalah akan diberi kaunseling.
diberi bimbingan oleh cikgu dan pakar psikologi
bukannya didenda atau dirotan...
cara macam dulu dah tak boleh pakai.
pendekatan mendidik anak dah berbeza zaman sekarang ni.
kalau tidak anak-anak akan memberontak.
anak-anak akan lari dari rumah.
maaf cakap lah.
rasanya dulu-dulu, zaman mak bapak garang dan cikgu garang.
memang jarang ada kes anak-anak lari dari rumah.
zaman yg kononnya pendekatan lebih moden makin menjadi-jadi pulak kes anak lari.
baru-baru ni aku ada dengar satu ceramah agama dari seorang tok guru.
katanya banyak masalah anak muda sekarang berpunca daripada mak bapak.
terutama kerana 'orang lelaki sekarang semakin lembut'.
jadi...perlu kah aku jadi garang?
- nikmat cuti bila orang lain tak cuti -
Feb 1, 2013
agak pelik bila kita cuti tapi orang lain tak cuti.
sedangkan kita tinggal di negeri yg sama dan lebih daripada itu dalam rumah yg sama.
ha ha ha
cuti hari wilayah. 1 feb.
aku rasa macam aku sorang je yg cuti dalam dunia ni.
area nilai, ni semua sekolah dibuka.
semua ofis bekerja dan semua kedai berniaga.
selepas pekena roti telur garing, kedai mamak.
yep, kedai mamak pun tak ramai pelanggan.
aku menuju ke mpn.
tarikh pada surat cukai pintu tu yg dihantar hujung tahun 2012.
jika bayaran tidak dibuat sebelum 28 februari, bayaran denda lewat akan dikenakan.
dulu persatuan penduduk tempat aku ni pernah kumpul tandatangan buat petisyen.
sebab cukai pintu area kami ni agak tinggi.
tambahan pulak takde kemudahan awam, patutnya dikurangkanlah.
takde pengangkutan awam, takde pejabat pos, takde perkhidmatan jabatan kerajaan yg lain.
kalau tempat lain, hal demikian diambil kira dalam meletakkan bayaran cukai.
tapi nampaknya, mpn tak layan pun.
ajak berdialog pun diorang tak datang.
"ikut nilai tanah", jawapan mereka secara lisan.
bila wakil kami datang dapatkan maklum balas.
jadi lepas sarapan tu, aku pergi bayarlah.
cukai pintu ni 2 kali setahun. pada yg tak tahu atau tak pernah nak ambil tahu...hahaha
kalau rumah kena sita, jangan pulak nanti bagi alasan lupa atau tak tahu.
tak ramai orang....kan semua orang kerja...he he he.
kejap je, tak sampai 5 minit dah setel...
kemudian sewaktu melalui tempat car wash aku tengok kereta lengang je.
pekerja diorang lepak borak-borak. tunggu kereta datang.
aku pun singgah.
ada 4 pekerja. semuanya mengerjakan kereta aku.
jadi kejap je kereta aku dibersihkan.
kalau hari cuti, mahunya kena tunggu giliran.
sejam belum tentu beres....he he he
sebelah petang aku hantar kereta untuk servis.
lagipun dah plan, raya cina nak balik kampung. jalan jauh.
lebih penting lagi, aku tak perlu tunggu lama untuk servis kereta.
tak payah booking pun.
arghhh......kalau lah cuti hari wilayah ni tiap-tiap bulan kan beesssstt!!
Subscribe to:
Posts (Atom)