- taiping. . . yang indah itu kenangan -

Feb 20, 2013


malam tadi tak semena-mena zali call aku.
masa tu aku tengah melayan internet. sementara menunggu jemput erol dan erin dari kelas tuisyen diorang.
sementara tu eril tengah siapkan homeworknya.
wifey pulak sedang layan drama lah apa lagi. "cinta qaseh' kalau tak silap.
ya, walaupun tengah layan internet dan tenggelam dlm dunia siber, aku tahu apa yg orang lain tengah buat.
kena ambil peduli kan....he he

zali kawan lama aku masa zaman U dulu.
kami satu course dan sama kolej.
macam biasa bila dah borak dengan kawan lama jadi meleret-leret.
banyak kenangan aku dengan zali ni.

sekarang zali seorang cikgu. mengajar kat daerah taiping.
taiping jugak ialah tempat kelahirannya.
lepas grad dulu kita orang dah tak jumpa dah.
cuma jumpa dan berhubung dengan telefon dan fb.

sebaik grad, zali sambung buat diploma pendidikan.
kemudian kena posting ke daerah kapit, sarawak.
sekolah tempat dia mengajar, jauh ke pedalaman.
kalau nak pergi ke pekan kapit, sbg pekan terdekat, kena naik perahu atau bot.

kalau nak ikutkan peraturan, selepas 4-5 tahun, baru boleh transfer ke semenanjung.
tapi zali dapat transfer hanya selepas 2 tahun, atas alasan kesihatan.
itu menurut zali lah.
menurut sumber kengkawan yg lain, itu hanyalah 'helah standard' kepada cikgu semenanjung yg bertugas di sabah atau sarawak utk dapat transfer awal.
sebagai kawan, aku percayakan 100 persen, alasan si zali lah...he he he

pernah semasa satu cuti semester aku ikut zali balik kampung.
di batu kurau, taiping.
yg aku ingat kami naik kereta api kelas 3. pakai tiket konsesi untuk student.
kereta api ini berhenti di setiap stesen hatta stesen kecil sekalipun.
nyaris-nyaris kami ditinggalkan kereta api semasa singgah di stesen ipoh.
gara-gara beli kacang putih dan apam balik.
itu semua disebabkan promosi zali, kononnya apam balik di stesen kereta api ipoh adalah yg terbaik seantero malaysia. mana boleh miss...
perjalanan dari KL-Taiping seolah-olah macam pergi london, jauhnya.
kami sampai stesen kereta api taiping jam 4:30 pagi.
terpaksa tunggu jam 7:00 pagi, baru ada bas untuk ke batu kurau.
nak naik teksi atau prebet sapu, kita orang sengkek lagi zaman tu.
tidur lah atas pangkin, sementara menunggu siang.


aku lepak kat kampung zali 4 hari je.
aku dibawak 'melancong' sekitar bandar taiping lah.
masa tu takde shopping kompleks.
yg famous masa tu hanyalah taman tasik taiping dan zoo taiping.
tak boleh lepas peluang weh....
taman tasik dan zoo terbesar kat malaysia ketika tu.
nanti boleh cerita kat kengkawan U dan mak bapak aku kat kampung.
kami ronda pakai kapcai honda N50, bapak zali.
masih aku ingat kebetulan masa tu musim durian.
kampung zali tu memang banyak dusun durian.
pagi, petang, siang malam mesti ade je tema durian.
pengat durian, sambal tempoyak, dodol dan apa saja yg berkait dengan durian.
kemudian aku balik sorang-sorang naik bas.
sambung cuti kat kampung aku, di nilai pulak.

aku ada banyak kenangan lagi dengan zali.
aku percaya zali juga banyak kenangan bersama aku.
kalau boleh, nak bina kenangan yg baru.
tapi jarak dan waktu adalah pemisahnya...

perbualan panjang kami semalam hanya terhenti selepas aku diingatkan oleh eril - tentu sekali pesanan penaja dari wifey- yg waktu tu dah dekat jam 10.
kena jemput erol dan erin dari kelas tuisyen.
kalau tak, mahunya meleret lagi jauh...


2 refleksi:

rahimin said...

hahaha tiket konsesi kelas 3 mmg sengkek weh!

Irfa said...

memula dtg kl,bila cuti balik kg naik keta api..11 jam perjalanan tu.selamba je.skrg dgn anak2 x sggup aku duk dlm keta api lama2.nanti dah besar sikit mgkin boleh cuba.bg diorang rasa mcm mana naik keta api lama2