- catatan terawih day 11: angkara fesbuk -

Jul 25, 2013


aiseh...
ada problem selepas cuba tukar template blog ni.
tak boleh nak sign in dan update.
sehinggalah semalam, bila semuanya jadi ok.
ingatkan blog bangsawan nilai ni dah 'hanyut'.
kalau hanyut maknanya aku tak boleh pegang status bangsawan dah.
kena jadi orang kebanyakan je...he he

entri ni aku tulis panjang sikit, lepas gian...


********

sebelum puasa hari tu ada buat majlis tahlil dan baca yasiin.
adik-beradik je.
macam biasa kumpul di rumah kak lang.
tapi aku hanya sempat dapat join makan-makan je.
sebab hujung minggu tu aku ada urusan kerja di palm garden hotel, putrajaya.
lagipun tak semua dapat berkumpul.
andak dan famili, abang ngah dan famili tak dapat datang.
anjang datang dengan anaknya aje. itam datang sorang je.
anak sedara yg besar-besar  pun tak ramai yg dapat datang.


********

segalanya bermula daripada cabar-mencabar di fesbuk.
achik membuka status, "masterchef buat potluck untuk iftar ada bran?"
kalau ikutkan status, takde apa-apa. biasa je.
tapi cabarannya ialah yg lelaki kena masak!!

kalau ikutkan, memang lah tak heran kalau lelaki yg memasak.
chef yg handal pun memang kalangan lelaki.
tapi lelaki di alam nyata macam aku ni dah bertahun-tahun tak pegang sudip.
mana letak garam atau gula pun aku tak sure kat dapur tu...
tapi kerana dicabar dan ego lelaki punya pasal.
"pantang den kono cabar ni..." bak kata andak
semua yg lelaki kalangan adik beradik pun sahut cabaran.
jadi semuanya on...

setiap famili kena bawak signature dish memasing.

sebagai contoh, oleh sebab diorang suka makan mee kari yg wifey selalu masak bila diorang datang ke rumah kami, maka kali ini aku pula lah yg kena masak mee kari tu...!

achik sanggup masak gulai udang masak lomak cili api, yang kak chik selalu masak tu.

abang ngah tak aci, dia kata nak bawak ikan bakar je.
huk alooh... senang je.

abang long pun macam ada sikit tak percaya la, sebab dia kata nak bawak satey.
lagipun, memang abang long duduk kajang!
huh...!

abang anjang (suami anjang) dengan berlagaknya kata dia nak buat bubur lambuk spesel.
katanya, lebih sedap daripada bubur lambuk kampung baru...!

itam pun macam nak main selamat je.
dia nak buat cucur udang.

andak kata nak buat ubi rebus cicah dengan sambal tumis ikan bilis.
wah, ni pun macam best gak. resipi dulu-dulu...

usu tak join.
semasa kejadian 'cabar-mencabar' berlaku, dia sedang mengerjakan umrah.
sehari sebelum nak buat buka puasa baru dia balik.
jadi, tarikh sengaja dipilih supaya dia dapat join sama.
mungkin yg spesel, dia bawak air zam-zam dengan kurma mekah aje la...ha ha

kak lang dan atih akan jadi juri.
sebab diorang tu masterchef tahap world class...!!


********

aku terpaksalah guna 'tunjuk ajar ku sifu', wifey.
menjadi jugak mee kari Pahang tu.
malah dapat pujian lagi daripada juri, terutama kak lang.
"sodap....lenkali buleh buek lagi" komennya.

achik pun 'menyerlah' dengan gulai udang masak lomak cili apinya.
abang ngah dengan ikan bakarnya yg fresh. cicah asamnya pedas tapi sodap!
abang long seperti diduga, sateynya adalah satey yg dibeli kat kedai hj samuri, kajang...hu hu
abang anjang dengan bubur lambuk ala kg barunya pun, menjadi jugak.
cucur udang itam pun boleh tahan.
ubi kayu rebus dengan sambal tumis ikan bilis, andak pun mengancam jugak.

jadi, semuanya adalah pemenang, tiada pengalah.
apatah lagi yg kena singkir! ha ha ha

kali ni jumlah kehadiran 100%.


********

itulah majlis berbuka puasa paling meriah pernah aku rasa.
jamuan buka puasa kat hotel five star pun tak boleh lawan.

malam tu kita orang berterawih di rumah kak lang je.
ramai-ramai satu famili.
diimamkan oleh abang ngah.

lepas terawih kita orang sambung makan lagi.
kiranya 'moreh' la tu...
sambil borak panjang sampai tengah malam.
lagipun raya nanti tak semua dapat berkumpul.
iyalah, ada yg beraya rumah mentua dulu, ikut turn.

itulah oleh sebab teruja dan seronok sangat, sorang pun tak ingat nak ambik gambar kenangan!
isu tu menjadi bahan status untuk fesbuk berikutnya.


2 refleksi:

rahimin said...


aku boleh bygkan kekecohan dan meriahnya...
"kita bukan tak pandai masak, malas je" - lelaki

Irfa said...

hebat ;)