- Catatan Terawih Day 6 -

Jul 16, 2013


Selepas 4 rakaat terawih malam tadi jemaah dibahagi dua.
Sebahagian meneruskan tarawih.
Yang satu lagi solat jenazah di tingkat bawah.
Jemaah umrah wanita meninggal dunia di KLIA sebaik tiba dari Jeddah.
Jenazah dihantar ke masjid kami untuk diuruskan.

Diberitakan suaminya telah meninggal dunia 2 hari lepas di Makkah. 
Niat mereka untuk menunaikan umrah sudah termakbul.
Sayangnya, seorang meninggal dunia di sana, seorang lagi di sini.

Kematian itu pasti tiba.
Bila, di mana, bagaimana adalah rahsia Allah.
Tugas kita mengumpul bekalan untuk dibawa bersama.
Wallahua´lam.


3 refleksi:

rahimin said...


semuanya perancangan tuhan...
sedih gak baca.

Irfa said...

alfatihah

||aLeaSaRa|| said...

al-fatihah..sebak pulak...masa kita dipanggil pergi bagaimana & di mana pulak ye :)

selamat berbuka ye