- moga ramadan kali ini lebih sempurna -

Jul 8, 2013


eril dah 2 tahun berturut-turut puasanya penuh.
erol ada jugak sehari dua yang 'berlubang'.
erin pun puasanya tak penuh.

tahun lepas aku bagi rm50 seorang sebagai 'upah' puasa.
eril macam tak puas hati.
tak puasa penuh pun dapat sama gak, katanya.
sebenarnya tu bukan duit 'upah' puasa.
tapi duit raya....
upah yg aku maksudkan tu sebagai galakan supaya diorang puasa.

aku tak pernah pun paksa diorang ni puasa.
sampai masanya, diorang akan faham tanggungjawab nak puasa.

masa aku kecik dulu, arwah mak dengan abah pun macam tu jugak.
cuma kalau tak puasa, tak boleh join makan masa berbuka nanti.
itu je dah cukup buatkan kita rasa tercabar...
jadi kuatkan jugak semangat, sampai melepek pun takpe.
asalkan puasa dapat bertahan dan berbuka ramai-ramai.
selalunya bulan puasa, arwah mak akan masak spesel sikit.
iyalah, dulu bazar ramadhan tak meriah macam sekarang.

sesekali, sebak jugak mengenangkan yg sudah tiada.
tatkala bila ramadhan menjelmakan diri.
tapi bila dikelilingi keletah anak-anak, terhibur rasa jiwa ni...

insya-Allah, 2 hari lagi kita akan sambut ramadhan.
bulan untuk memperbanyak ibadah dan muhasabah diri.
bukan bulan untuk memperbanyak makan waktu berbuka.
mentang-mentanglah juadah banyak di bazar ramadhan.
bukan juga nak shopping sakan untuk raya.
sebagai alasan nak melaram untuk raya termasuk tukar langsir rumah.



4 refleksi:

||aLeaSaRa|| said...

salam ramadhan juga untuk bro sekeluarga,ye.saya pun tahun ni nak latih si kceil 6 thn,dia nak bangun sshur dan puasa katanya.

yelah masakan bunda tercinta lagi sedap berbanding yang di gerai.al-fatihah untuk arwah bunda bro ye :)

bangsawan nilai said...


part bangun sahur ni kritikal skt. tak kejut nanti kesian, dikejut pun kesian.

t. kasih atas ucapan salam Ramadan.

rahimin said...


salam Ramadan & selamat berpuasa, moga bertambah barakah

Irfa said...

banyak kenangan dibulan posa masa kecik.kalau buat buku mgkin 800muka surat.hihi

maaf ye kalau ada salah silap selama duk mengomen kat blog ko ni

salam ramadhan ;)