- popia dan cucur udang spesel kak lang -

Jul 15, 2013


...dah 5 hari berpuasa.
insya-Allah hari ni masuk yang ke-6.
setakat ni eril, erol dan erin masih bertahan.
mungkin kalau hari sekolah, lebih mudah.
sabtu & ahad, sebab duduk sepanjang hari di rumah, agak mencabar sikit.
dan hari cuti pun terasa lebih panjang.

sabtu, berbuka di rumah kak lang.
kak lang buatkan popia basah dan cucur udang.
popia, yg intinya padat macam nak terkeluar.
cucur udang, yg rangup dan setiap satunya ada udang tersembul.
bukan cucur udang yg takde udang macam kat bazar Ramadan.
itu cucur 'perasa' udang, bukan udang sebenar....ha ha ha

aku cuba jugak bayangkan.
kalaulah kak lang buka gerai popia atau cucur udang di bazar Ramadan.
gerenti pelanggan sanggup beratur panjang, nak beli.



kita selalu mengeluh, bila balik bazar Ramadan.
bihun sup yg cair dan tawar.
nasi ayam yg ayamnya ciput, bagai dikerat 44.
kuih karipap yg intinya cuma separuh.


********

kat masjid aku, tengah-tengah solat terawih ada tazkirah.
biasalah, ada setengah masjid buat, ada yang tak buat.
kengkadang bila dengar tazkirah.
buat kita kata dalam hati "bila nak habis ni..."
bukan sebab isi tazkirah tu, tapi sebab penyampaiannya tak menarik.
kengkadang seronok juga, "biar panjang sikit pun tak pe..."

malam tadi tazkirah pasal reda (ikut ejaan DBP)
ada orang sebut redha atau redho.
sama je maksudnya.

termasuklah pasal apa yg kita makan.
kalau kita beli bihun sup yg cair dan tawar...redha.
terbeli nasi ayam yang ayamnya ciput...redha.
karipap yg intinya separuh...redha
jangan merungut atau mengeluh.
mungkin bukan rezki kita nak dapat makan yg sedap.
walaupun nampak je sedap masa kat gerai, sebab perut lapar.

kalau kerja di KL, tersangkut dalam jem.
tak sempat berbuka di rumah.
berbuka dalam kereta dengan air mineral atau air kotak je...redha.
ini untuk kengkawan satu ofis dan sewaktu dengannya.

dalam kes macam aku.
terpaksa redah jem di KL untuk balik ke nilai, hari-hari.
berhimpit, bersesak, cilok-mencilok.
semata-mata nak berbuka puasa dengan eril, erol dan erin di rumah.

tak perlu nak mengeluh atau merungut.
redha...


4 refleksi:

Irfa said...

KALAU SEMUA REDHA TAKDELA KES TAK PUAS HATI :)

rahimin said...


apa yg kita boleh buat, next time kita blacklist gerai tu...;0

bangsawan nilai said...


irfa,
tak puas hati ttp tak puas hati, tapi redha aje la kan

min,
aku rasa dah separuh gerai kat bazar tu aku blacklistkan ha ha ha

||aLeaSaRa|| said...

pergh separuh gerai biar betul ni he3..surau kat kota warisan pun buat tazkirah masa tengah2 solat terawih tu :)

ye kenalah redha.macam Nabi Muhammad SAW,bila disajikan makanan yang tiada bergaram,baginda mampu habiskan siap senyum lagi.kalau kita???