antara teori, spekulasi dan yang terjadi . . .

Mar 26, 2014


tak semena-mena dalam 2 minggu ni kita baca banyak benda.
kita cuba faham banyak teori yg dikatakan datangnya dari pakar.
yg sebenarnya kita tak perlu tahu pun.

kita jadi keliru dengan macam-macam spekulasi.
sampai benda yg tak masuk akal pun kira rasa macam betul.

kemudian timbul pulak pasal konspirasi.
nak sembunyi hal sebenar atau ada kuasa besar yg cuba ambil kesempatan.

dah terlalu banyak orang bercerita pasal pesawat yg hilang tu.
aku cuba nak kongsi pasal spekulasi ni.
tapi takde kena-mengena pun dengan tragedi MH370 tu
ini tragedi yang menimpa aku sendiri.

masa study dulu, aku pernah ada pengalaman buruk dengan seorang profesor.
mungkin silap aku juga.
atau mungkin keegoan sang profesor enggan mengakui kemampuan anak muridnya....hehe perasan lak

tesis aku yang bertahun-tahun nak disiapkan.
dikritik hebat semasa viva oleh profesor itu.
walhal supervisor aku tak pernah tegur pun pasal hal yg sama.
puncanya aku meletakkan satu kenyataan pada bahagian kesimpulan dalam tesis itu.
lebih tepat lagi satu ayat sahaja...!

lebih kurang begini la ayatnya yg aku tulis.

"berdasarkan dapatan dan hasil kajian ini, nilai akan menjadi sebuah perbandaran atau bandar baru dalam tempoh 5 tahun akan datang terutama lokasinya yang strategik terletak di antara lembah klang dengan seremban..."

ada spekulasi ke kat situ?

aku cuma memberikan 'jangkaan' berdasarkan kajian tesis tu.
sebaliknya profesor itu menyatakan aku sekadar membuat spekulasi.
ayat itu terpaksa olah semula supaya tidak bersifat 'spekulasi'. spekulasi tidak sepatutnya ada dalam sebuah tesis ilmiah.
katanya, kemampuan dan ilmu aku belum sampai ke tahap boleh membuat spekulasi apatah lagi menciptakan teori.
siapalah aku untuk menyanggah ilmu seorang professor.
dan aku pun akur...

alangkan dalam tesis pun yang bersandarkan kajian dan fakta kita tak boleh mencipta spekulasi inikan pula sekadar logik akal, rujukan internet dan cut and paste.

pada waktu itu, nilai yang dulu, bukanlah yg sekarang...hahaha
mungkin juga profesor tu tak pernah datang ke nilai.
ternyatalah kenyataan yg dianggap 'spekulasi' oleh profesor itu, kemudiannya wujud di depan mata..
buktinya, lihat saja nilai yang ada pada hari ini...!

jadi, mungkinkah dalam banyak-banyak spekulasi pasal yg hilang itu ada yg mungkin betul?




2 refleksi:

Anonymous said...


antara reality dan fantasi

rahimin said...


apa tajuk kajuan tesis kau tu...aku nak cari. bukan senang dapat kawan yg hebat mengalahkan profesor