masalah umum tatabahasa
salah --------------------------------- betul
75% dari kadar sebenar -------------75 peratus daripada kadar sebenar
banyak premis-premis --------------------------banyak premis
berbanyak terima kasih -----------------berbanyak-banyak terima kasih
bermacam barang ----------------------------bermacam-macam barang
bilangan pekerja-pekerja ------------------------bilangan pekerja
dalam kawasan ------------------------------------di dalam kawasan
dari tuan -------------------------------------------daripada tuan
demi untuk negara ----------------------------demi negara/untuk negara
di alaf -----------------------------------------------pada alaf
di beri -----------------------------------------------diberi
di daftarkan ----------------------------------------didaftarkan
di dalam usaha -------------------------------------dalam usaha
di masa ----------------------------------------------pada masa
diperolehi ------------------------------------------ diperoleh
di tahun --------------------------------------------- pada tahun
di atas kejayaan ------------------------------------atas kejayaan
di zaman --------------------------------------------pada zaman
dilipat gandakan -----------------------------------dilipatgandakan
diperbuat dari kulit ----------------------------diperbuat daripada kulit
diubah suai ----------------------------------------diubahsuai
kearah -----------------------------------------------ke arah
kedua adiknya -------------------------------------kedua-dua adiknya
lain-lain arahan ------------------------------------arahan-arahan lain
lain-lain cadangan ------------------------------adangan-cadangan lain
tertumpu kepada ----------------------------------tertumpu pada
oleh kerana -----------------------------------------oleh sebab
sepertimana ----------------------------------------seperti/yang
segala aduan-aduan --------------------------------segala aduan
sumber: koleksi lembar bahasa,DBP
Seminar Sejarah Nasional Malaysia
Nov 27, 2008
27 nov '08
anjuran: Jabatan Sejarah Univ. Malaya, IKSEP & kerajaan Melaka
tempat: Fakulti Sastera & Sains Sosial, UM
anjuran: Jabatan Sejarah Univ. Malaya, IKSEP & kerajaan Melaka
tempat: Fakulti Sastera & Sains Sosial, UM
seminar sehari ini dihadiri sejarawan, pencinta sejarah & mereka yg berminat dlm persejarahan tanah air. objektif akhirnya ialah penulisan sebuah buku (ensiklopedia?) menyeluruh tentang sejarah malaysia, bermula dari zaman prasejarah hingga selepas merdeka. ini merupakan pembentangan awal utk rangka penulisan, maklum balas dan komentar sesama ahli sejarah tanah air dlm mencari titik temu yg diharapkan dapat menghasilkan penulisan sejarah nasional yg definitif, lengkap dan menyeluruh. Gabungan pakar sejarah dari pelbagai universiti tempatan & sejarawan terkemuka diletakkan tanggungjawab menzahirkan dan merealisasikan matlamat yg disasarkan itu.
antara yg membentangkan kertas kerja hari ini - prof emeritus khoo kay kim, prof. emeritus mohd yusof hashim, prof. dr nik anuar nik mahmud, prof. ramlah adam, prof. abdullah zakaria ghazali, prof. redzuan othman, prof. nik hassan shuhaimi (wakilnya).
di mana sahaja seminar, terutama berkaitan sejarah tanah air, sesi pembentangan prof. tan sri khoo, biasanya menarik tumpuan. bukan sekadar melontarkan ilmunya melalui penyelidikan kertas kerjanya tapi kesinisan & komentar luar tajuk yang mengujakan. antaranya:
- ramai yg 'buta sejarah' tapi memandai-mandai berbicara tentang sejarah
- pemimpin, guru, penggubal sukatan pelajaran subjek sejarah di sekolah sendiri tak menguasai sejarah
- mengapa di negara lain di dunia hanya ada seorang raja tapi di negara ini ada 9 raja?
- di negara ini kajian budaya, etnik dan sejarah sering kali dikesampingkan & dianggap kurang kepentingannya atau sumbangannya kepada negara
- kurangnya peruntukan atau penajaan kepada usaha kajian etnik, budaya & sejarah jika dibandingkan dgn penyelidikan dlm bidang sains misalnya yg diberi peruntukan jutaan ringgit sedangkan hasilnya yg sekadar minimum
- melontarkan cabaran kepada tokoh sejarah dan pengkaji sejarah supaya lebih berani & proaktif meneroka & merungkai sumber sejarah negara ini yg tersimpan di serata dunia
- kurangnya perhatian dpd pihak atasan malahan pentadbir universiti sendiri tentang kepentingan kajian persejarahan
- fakta yg silap tentang sejarah tanah air sering diulang-ulang hingga dianggap betul contohnya negara ini dijajah oleh portugis & belanda sedangkan mereka tak pernah menjajah malah tak pun campur tangan sebaliknya hanya menguasai melaka
- sudah ada 'suara sumbang' yg berani memperkatakan tentang sejarah yg memetik sumber yg tak ketahuan sahihnya spt orang melayu adalah pendatang, ketuanan melayu sbg mitos, chin peng adalah pejuang kemerdekaan terawal, komunis diiktiraf sbg sama taraf dengan tokoh nasionalis yang lain - wajar ditempelak ditegur & diperbetul
matlamat sasar yg besar ini, wajar disokong & didukung oleh semua pihak yg mencintai sejarah & mereka yg terlibat dlm penulisan persejarahan negara ini. Usaha & keterlibatan pengelola projek ini & sokongan moral semua pihak terbabit kalau tdk pun penajaan seboleh-bolehnya berterusan sehingga matlamat akhirnya mencapai hasrat. pujian harus diberi kpd kerajaan melaka (ds ali rustam) atas sokongan pada projek ini.
seminar penerbitan saintifik
Nov 25, 2008
anjuran bersama MOSTI dan MARPA.
pada 25-26 Nov. 2008
pada 25-26 Nov. 2008
litupan seminar ini antaranya membincangkan hak cipta penerbitan saintifik, cabaran penerbitan saintifik, keselamatan maklumat, pemasaran terbitan elektronik, masa depan penerbitan saintifik dsb.
kesungguhan & usaha murni penganjur harus diberikan pujian. dlm usaha memupuk kesedaran mereka yg terlibat dlm penerbitan bahan saintifik. masih banyak ruang yg perlu diperbaiki. menzahirkan semangat memelihara integriti & hak cipta penerbitan saintifik perlukan kesungguhan terutama mereka yg terbabit dlmnya & masyarakat umum.
apakah peranan yg dapat dimainkan oleh penerbitan saintifik seiring masyarakat maju yg dilambung arus globalisasi?
apakah masa depan & cabaran menanti mereka yg terbabit dlm bidang tersebut seiring kepesatan dunia siber?
apakah masa depan & cabaran menanti mereka yg terbabit dlm bidang tersebut seiring kepesatan dunia siber?
sesetengah kertas kerja yg dibentangkan memang menarik perhatian & dpt merungkaikan persoalan dgn hujahan yg kemas.
sesetengah yg lain menambah lagi persoalan tanpa alternatif penyelesaiannya.
ada pembentang kertas kerja yg memang bersedia & menjalankan penyelidikan yg mendalam.
ada pula pembentang yg lain kertas kerjanya agak dangkal, ringkas & sekadar membentangkan kertas kerja menggunakan point form atau powerpoint shj.
apapun sekalung tahniah buat penganjur yg dedikasi & ajknya yg berhemah.
jalan-jalan cari makan
Nov 23, 2008
rutin sabtu
cuti sekolah. bebudak ada kat rumah. wife pulak kerja - masih ada yang kerja hari sabtu...
biasalah... lepas subuh tidur semula. sedar-sedar dah pukul 8:oo.
rutin sabtu mcm biasa.
kemas rumah - sapu rumah lebih kurang + sidai baju yg sudah dibasuh oleh wife - washing machine yg basuh..huhu
10:00 siap
sarapan pagi di restoran qadir maju - 1km je dari rumah.
taklah lapar sangat, sbb malam tadi makan berat di buluh perindu - tom yam ayam + ikan goreng biasa + daging masak merah + telur dadar + timun/sambal belacan
pagi ni, pekena tosei garing - tak berapa gemar tosei biasa - dan air suam. bebudak mkn tosei + roti canai + milo ais.
lepas tu bergerak ke cempaka. singgah kedai gambar sun lock. nak print out gambar famili utk kemas kini kad perubatan yg diperlukan majikan TS. mudah aje cetak daripada cd gambar yang diambil hari raya lepas.
pergi kedai gunting rambut daarrshan. sebaris dengan kedai gambar. walaupun cuti sekolah, tetap gunting rambut bebudak. panjang sangat. rimas tengok. bak kata wife TS "dah macam rupa kumpulan Hujan".
11:45
singgah beli mkn tengah hari. malas nak keluar semula nanti beli makanan.
bungkus nasi kandar dari kedai nasi kandar, berhampiran flat kos rendah dekat sekolah desa cempaka. dulu nasik kandar ayam penuh rm4.00 je (2000) sekarang ni dah naik rm6.50 (2008). tapi rasa, saiz ayam & karinya tetap sama..oklah kot
selesai masalah mkn tengah hari.
petang - buat kerja ofis sekejap.
lepas tu tengok tv ada live - separuh akhir badmintan china open - chong wei masuk final, begitu jugak ee hui-pei-ty. tapi kean keat-boon heong kandas.
utk minum petang - buat sendiri kopi ali cafe + maruku + roti krim.
makan malam.
tapau beli burger dari gerai burger otai depan restoran al-falah. bungkus juga chaw kuew teow.
selamat bab makan malam.
malam
buat kerja ofis sekejap. melayari internet. main game internet dengan eyerol - five til, air hockey, spider web & water baloon.
sambil tu curi-curi tengok sehati berdansa - astro ria
11:30 tengok tv kejap - cerekarama tv3- iktikaf.
12:00 - 3:30 tonton tv - english premier league - astro espn + star sport - chelsea vs newcastle (0-0), liverpool vs fulham (0-0), man city vs arsenal (3-0), aston villa vs man utd (0-0)
apahal semua pasukan top tak menjadi minggu ni.
seminar antarabangsa pembudayaan bahasa Melayu
Nov 13, 2008
seminar ini dianjurkan bersama oleh fakulti bahasa moden dan komunikasi, UPM dgn DBP. berlangsung di dewan persidangan, pusat pengajian luar, UPM selama dua hari 11-12 november 2008. bayaran pendaftarannya rm70. ramai jugaklah yang hadir. penuh jugaklah dewan persidangan (jika dicampur dgn ajk & pelajar).
seminar dua hari ini, dirasmikan oleh datuk seri zahid hamidi, menteri di JPM. menariknya, dlm ucapan perasmiannya antara lain ds zahid melontarkan cabaran kpd pejuang bahasa 7 pendukung bahasa supaya bangkit mempertahan bahasa Melayu yg semakin diperlekeh dewasa ini. antaranya isu papan tanda di PP, perkara 152 & 158 diubah tafsirkan, bahasa rojak rancangan yg disiarkan di tv dll.
apakah ds zahid sekadar beretorik atau ikhlas - takpalah kita terima dengan positif.
kalaulah ds zahid dpt bangkitkannya 7 persoalkan kebiadaban kerajaan PP di parlimen ataupun bisikkan pd ds hisyam tentang penggunaan bahasa Inggeris sbg pengantar subjek sains & matematik di sekolah supaya dibahasa Melayukan shj - pasti tokoh bahasa & pejuang bahasa berdiri di belakang datuk seri!
antara ilmuwan yg hadir pd seminar itu & membentangkan ucap utama/kertas dasar/kertas kerja - dato' hassan ahmad, prof. hashim musa, prof. emeritus abdullah hasan, prof emeritus datuk nik safiah karim, prof. arbak othman begitu juga jemputan dpd luar negara seperti indonesia & brunei.
sempat jugak TS berkenalan dgn mas adeki, seorang bekas guru (pengetua) sekolah yg menghasilkan sebuah buku antologi gurindam; & beberapa peserta lain yg mempunyai minat sama dlm bidang bahasa.
harapan semoga, seminar kali ke IV (lebih 80 kertas kerja dibentangkan dlm masa dua hari) ini dpt mengemukakan resolusi yg ampuh & tidak hanya berakhir di bilik seminar saja.
resensi...2
Nov 6, 2008
Judul: Segi Tiga Emas - Perniagaan Narkotik di Asia Tenggara
Pengarang: Roy Anthony Rogers
Penerbit: Penerbit Universiti Malaya
Halaman: 126
Tahun: 2008
Harga: RM48.00
Buku ini menganalisis perkembangan perniagaan narkotik di kawasan Segi Tiga Emas yang terletak di timur laut Myanmar, utara Thailand dan barat daya Laos. Kawasan ini merupakan pengeluar candu dan heroin yang paling utama di Asia Tenggara dan antara yang terbesar di dunia. Buku ini cuba menjawab persoalan bagaimana kawasan ini boleh menjadi pengeluar dadah. Faktor-faktor yang telah menyumbang kepada kemunculan Segi Tiga Emas ini sebagai kawasan dadah heroin yang terbesar di asia Tenggara seperti percaturan politik antara kuasa-kuasa besar ketika Perang Dingin, peranan raja-raja dadah, masalah pemberontakan dan konflik etnik di Myanmar dibincangkan dengan mendalam. Turut diperincikan ialah kesan perniagaan narkotik di Segi Tiga Emas terhadap politik dan keselamatan di rantau Asia Tenggara.
Di samping itu, buku ini juga menganalisis teknik dan rangkaian narkotik di Segi Tiga Emas. Ini merangkumi kumpulan-kumpulan yang terlibat dalam perniagaan narkotik, cara-cara penyeludupan serta proses penyucian wang. Buku ini juga membincangkan usaha pembanterasan yang telah diambil serta sejauh mana Segi Tiga Emas akan kekal menjadi kawasan pengeluaran dadah.
Roy Anthony Rogers adalah pensyarah kanan di Jabatan Pengajian Antarabangsa & Strategik, Fakulti Sastera & Sains Sosial, Universiti Malaya.
sumber: http://umpress.um.edu.my
yang betulnya...3
Nov 3, 2008
salah ----------------------------- betul
lagenda --------------------------- legenda
lakun ----------------------------- lakon
lalu-lintas ------------------------- lalu lintas
lebel ----------------------------- label
lebuhraya ------------------------- lebuh raya
lencungan ------------------------ lencongan
leukimia -------------------------- leukemia
lojik ------------------------------ logik
losyen ---------------------------- losen
maksima -------------------------- maksimum
manafaat ------------------------- manfaat
masaalah ------------------------- masalah
mee ------------------------------ mi
mekanisma ----------------------- mekanisme
pamir ----------------------------- pamer
mengambilkira -------------------- mengambil kira
komplek -------------------------- kompleks
mengenengahkan ----------------- mengetengahkan
mengenepikan -------------------- mengetepikan
mengswastakan ------------------- menswastakan
mengujudkan --------------------- mewujudkan
mentera -------------------------- mantera
merbahaya ----------------------- berbahaya
sumber: koleksi lembar bahasa, DBP

setan merah = red devils
Malaysian Red Devils watch the match at about 11pm on weekend matches. If it is an early kick-off, we have to have our dinner early or find a place with cable TV and have dinner together as the match kicks off around 7.30pm. Midweek matches like West Ham last night or Champions League games are at the worst times for us - they kick off at 3.30am in the early morning and finish at about 6am, leaving us with no sleep or maybe one hour's sleep before heading to work - happily after we won the match!
Everyone here in Malaysia would love to visit the Theatre of Dreams and be among other fans. However, our tiny currency and the current economy breakdown has made this even more difficult - the trip would cost approximately RM 6000! (RM = Malaysian Ringgit). The currency means shirts are also expensive for us - not everyone can afford it here but mine will be flying home soon from Manchester. We sometimes are jealous of how Europeans pay so little to own merchandise. A dream to watch United play in our country was shattered last year but the Reds' previous visit to Malaysia still lingers in my mind, even though many of the players like David Beckham and Ruud have since left.
Chasing the dream to watch a home match at Old Trafford is not an easy task. It takes months or even a year of savings. Time will tell but I will be there... one day! Any match will do... wait for me and save me a seat, please!
taken from 12 O'clock Blog on ManUtd.com
kita serupa, my friend!
debat vs pidato
calon ketua pemuda UMNO, kj mencadangkan supaya diadakan debat dalam kalangan calon yang bertanding. baginya itu sebagai forum untuk para calon menyampaikan mesej, visi, dan misi mereka untuk dinilai oleh perwakilan atau ahli yang akan mengundi dalam pemilihan. ringkasnya sama seperti debat pemilihan presiden amerika. soalnya, ini adalah calon sesama parti...apa perlunya berdebat? isu apa yang nak diperdebatkan? kalau daripada kumpulan berasingan mungkinlah sesuai. dengan itu, timbullah komen pro & kontra berhubung soal debat tadi.
TS rasa dalam soal ini, pidato lebih sesuai berbanding debat. sebab calon adalah daripada kumpulan yang sama - sekadar untuk merebut jawatan sahaja - peringkat ketua pemuda pulak tu. melalui pidato bolehlah disampaikan mesej, visi dan misi mereka itu. bukan apa nanti timbul pula pemimpin yang hanya pintar berdebat, beretorik dan berteori sahaja - yang menang kerana hebat berhujah. bukan hebat memimpin. atau sekadar mengikut trend ala amerika. mereka debat kita debat. mereka pegang lilin, kita pun pegang lilin. mereka saman orang, kita pun saman orang.
debate - discuss or dispute about (an issue,proposal etc.) esp. formally in legislative assembly, public meeting, etc.
Oxford English Dictionary
debate - formal discussion, perdebatan,perbahasan contohnya perdebatan parlimen.
Kamus Inggeris Melayu Dewan
debat - bahas, perbahasan.
berdebat - bertukar fikiran (biasanya ygbertentangan) atau berbantahan berkenaan sesuatu perkara.
perdebatan - pertukaran fikiran biasanya mengenai sesuatu hal (pendirian dll) dgn masing-masing pihak mengeluarkan pendapat (alasan dsb), perbuatan berdebat, perbahasan, perbantahan
Kamus Dewan
pidato - ucapan yg disampaikan kepada khalayak ramai.
- ceramah yg membicarakan sesuatu perkara
Kamus Dewan
resensi...1
Judul: Undang-undang Islam di Malaysia: Prinsip dan Amalan
Editor: Ahmad Hidayat Buang
Penerbit: Penerbit Universiti Malaya
Halaman: 440
Editor: Ahmad Hidayat Buang
Penerbit: Penerbit Universiti Malaya
Halaman: 440
Harga: RM85.00
Tahun terbitan: 2007
Tahun terbitan: 2007
Perbincangan aspek undang-undang dalam buku ini dibahagikan kepada empat bahagian iaitu
(i) kekeluargaan; (ii) tatacara mahkamah, keterangan dan jenayah; (iii) perancangan harta; serta (iv) kewangan Islam dan muamalat. Pembahagian ini mewakili bidang pengkhususan pengajian dan amalan syariah masa kini di Malaysia. Ia dikupas demi memberi panduan umum dan awal kepada pembaca yang mahukan maklumat mengenai undang-undang syariah yang menyentuh hak mereka di negara ini. Oleh itu, pembacaan akan lebih fokus kerana setiap tajuk dalam bahagian berkenaan adalah saling berkaitan.
Tujuan utama penghasilan buku ini untuk bacaan umum. Sungguhpun demikian unsur-unsur ilmiah masih dikekalkan dengan memasukkan rujukan di dalam teks dan rujukan di akhir setiap bab. Dengan itu, buku ini sesuai dijadikan rujukan dan panduan pelajar institusi pengajian tinggi khususnya dalam bidang syariah dan ahli profesional seperti pengamal undang-undang.

Ahmad Hidayat Buang, editor buku ini adalah Profesor di Jabatan Syariah dan Undang-undang juga Pengarah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
TS: meskipun buku ini sudah berada di pasaran sejak tahun lepas (2007) tetapi isu-isu dan kupasan yang diketengahkan dalam buku ini sangat relevan terutama dalam kemelut hari ini terutama gejolak politik dan suara-suara 'nakal' yang menyentuh perundangan Islam di negara ini. buku ini wajar dimiliki sebagai panduan dan rujukan dalam memahami prinsip serta amalan undang-undang syariah.
sumber: http://umpress.um.edu.my
yang betulnya...2
kesilapan ejaan yang kerap didapati.
salah----------------------------betul
analisa ------------------------- analisis
aturcara ----------------------- atur cara
bowling ------------------------ boling
buffet ------------------------- bufet
bumiputra --------------------- bumiputera
calun -------------------------- calon
bistari ------------------------- bestari
catit --------------------------- catat
cendikiawan ------------------- cendekiawan
definasi ------------------------ definisi
ekspot ------------------------- eksport
injin --------------------------- enjin
insyaallah --------------------- insya-Allah
istirehat ----------------------- istirahat
jawatan kuasa ----------------- jawatankuasa
juwita ------------------------- juita
kadhi ------------------------- kadi
keredhaan -------------------- keredaan
kemaskini -------------------- kemas kini
ko-kurikulum ----------------- kokurikulum
komersil ---------------------- komersial

sivaji the BOSS
selepas selesai makan malam, TS pun bersantai depan tv tapi tumpuan taklah 100% pd rancangan yg disiarkan. sibuk melayan kerenah anak-anak terutama si kecik, aleya.
selepas tamat siaran berita kira-kira jam 9:00 mulalah mencari saluran yg tayangkan program paling menarik 7 boleh ditonton sekeluarga - boleh kata semuanya menariklah jugak. tapi TS lebih tertarik dgn - sivaji the BOSS- yg ditayangkan sempena deepavali di tv2. seingat TS, ianya filem yg agak baru & tercatat sbg filem tamil box-office tidak lama dulu lakonan rajinikanh yg buat comeback. tapi anak-anak TS pilih & tonton cerita komedi pepaya tv3(popeye?), lepas tu TS pulak sambung tengok astro ria - deko bersama eric (botak) - rancangan tentang hiasan dalaman rumah. menarik jugak, dpd deko yg entah apa-apa menjadi ruang rumah yg berketerampilan (dengan bantuan penaja spt. lampu, perabot, langsir, barangan elektrik berjenama & mahal dll - TS pun boleh buat rasanya...heh heh).
bila semua dah ngantuk & masuk tidur, tinggallah TS seorang tukar-tukar saluran ...akhirnya memilih sivaji the BOSS.
walaupun tak paham sangat dialognya (sarikata pun lambat) & tengok filem tu dah separuh tayang...tapi semua ada, elemen komedi, sedih, serius, sepak terajang, muzik & nyanyian + tarian (dh tentu pusing keliling) unsur pengajaran, antirasuah/korupsi, baik hati, sedekah, ganas, tak logik, magik, orang jahat curi dpd orang jahat lepas tu beri pd orang miskin (ala robin hood moden)...dgn kata lain semua ada!
ceritanya punyala panjang. mula pukul 9:00 mlm sampai pukul 12:00 tengah mlm (break 12:00-12:30 dateline (berita akhir)) sambung 12:30-1:00 pagi baru tamat.

itu semua, menyebabkan TS tak boleh tidur. sambung pulak saluran axn - siri chuck - tentang chuck yg bekerja di bhg jualan & membaiki komputer sebuah pasar raya, yg punya kelebihan adiwira (superhero) selepas segala maklumat internet masuk ke fikirannya dgn tak sengaja ketika sedang membaiki komputer. jadi dia 'dipaksa' bekerjasama dgn agensi perisikan kerajaan menggunakan kelebihannya utk membanteras jenayah. dlm episod ini dia membantu ejen perisikan memerangkap pencuri lukisan berharga & penyeludup senjata api haram - seorang perempuan digelar el cuidad.
habis siri chuck - jam 2:00pagi- masih tk dpt lelapkan mata. sambung pulak tengok - EPL Highlights - sbb hujung minggu lepas tak dapat tengok live sbb rumah mak mertua di kampung takda saluran sukan terutama astro ESPN & star sport. tengoklah gol-gol menarik & komentar. yg tak bestnya - man u cuma seri 1-1 melawan everton. makin jauh ketinggalan dr puncak liga sekarang ni. patutla, penyokong liverpool dpd kalangan kawan-kawan mula naik tocang. tapi jangan lupa - it's already 18 years & counting - boooo.
habis bola, jam menunjukkan 3:00 pagi. tak boleh jadi ni. TS paksakan mata ini tidur. esok pagi-pagi dah kena bangun pergi kerja. sebelum tu set alarm pd telefon. yg pasti, esok gerenti mata kuyu, pepandailah cover.
damainya pantai Penyabung
cuti hujung minggu, bersambung cuti deepavali TS ambil kesempatan mengunjungi pantai Penyabung. letaknya tak jauh dr pekan Endau, Johor. lebih tepat lagi antara Endau dgn Mersing. agak jauh juga jaraknya dr jln utama (kira-kira 8km kot...) melalui jalan yg agak sempit merentas perkampungan melayu tradisional, kebun kelapa sawit & kampung nelayan.
thrill jugak memandu sbb terpaksa mengelak beberapa kali sekawanan lembu & kambing yg dibiarkan tuan punyanya berkeliaran. lembu & kambing sesuka hati melintas jalan atau melepak di kiri kanan jln. TS masih ingat ada yg berpesan elakkan dpd membunyikan hon kenderaan, bimbang haiwan itu terkejut atau bertindak balas. di samping tu jenuh jugalah mengelak 'periuk api' yg ditabur sepanjang jalan dek lembu & kambing tu.
ramai jugak pengunjung pagi ahad itu. ini kali pertama TS sampai ke situ. ada beberapa jeti di situ. jugak beberapa buah chalet. nampaknya ramai juga penyewa chalet (dilihat drp kenderaan yg parkir & yg berkumpulan ke pantai). ada juga aktiviti berkayak disediakan selain bot yg disediakan dengan bayaran tertentu dipandu ke tengah laut mengelilingi dua buah pulau yang terletak berhampiran pantai. mungkin kedudukan pantai ini yg terlindung oleh pulau-pulau tsbt menyebabkan ombak laut di sini tidaklah sekuat pantai lain yg menghadap laut china selatan spt mana pantai timur semenanjung lain. pantainya bersih, air lautnya jernih sesuai utk bermandi manda.
cuma mungkin kurang kemudahan untuk membilas badan selepas mandi laut dengan air pili atau bilik menyalin pakaian (hanya ada satu, itu pun terpaksa bergilir dgn pengunjung yg ramai) perlu diberi perhatian pihak berkuasa tempatan.
suasana tenang, nyaman, udara segar & pantai yg indah sesuai utk bercuti, berkelah atau sekadar mandi-manda atau makan angin. selain itu, ada jugak gerai yg menjual cenderahati. lebih menarik perhatian gerai makan yg menyediakan menu makanan laut yg segar dgn harga berpatutan. juga boleh menikmati & dibawa pulang makanan tempatan spt keropok, satar, otak-otak yg sedap serta dijual dgn harga murah (1kg keropok lekor = rm6/ 4 keping sata=rm1).
jika ada kesempatan, TS akan ke sana lagi. kalau ada kamera tentu lebih seronok.
yang betulnya...1
kecelaruan mengeja kata biasa.
salah ----------------------- betul
ampangan ------------------ empangan
hajjah ----------------------- hajah
kobis ------------------------ kubis
murtabak ------------------- martabak
pendita --------------------- pendeta
pesaka ---------------------- pusaka
taugeh ---------------------- tauge
taukeh ---------------------- tauke
zohor ----------------------- zuhur
atlit ------------------------- atlet
baucer ---------------------- baucar
dailog ----------------------- dialog
deraf ----------------------- draf
disel ------------------------ diesel
e-mail ---------------------- e-mel
faksimili -------------------- faksimile
insuran --------------------- insurans
komisyen ------------------- komisen
korum ---------------------- kuorum
lanskap --------------------- landskap
lebel ------------------------ label
pensil ----------------------- pensel
plan ------------------------- pelan
rebet ------------------------ rebat
skima ----------------------- skema
spesis ----------------------- spesies
stem ------------------------ setem
stesyen ---------------------- stesen
yunit ------------------------ unit
sumber: koleksi lembar bahasa, DBP
kita biasanya ambil mudah tentang ejaan. TS sengaja pilih ejaan yang biasa orang buat kesilapan atau sengaja tak ambil peduli ejaan mereka salah atau betul. atau mereka anggap betul tanpa perlu merujuk pada sumber yang betul.

meeting...oh...meeting
24 okt '08
pagi ni dept. meeting. normally, in final week of the month. may be sebab next week ramai yg bercuti deepavali atau last kopek bulan syawal...meeting tlh dipercepat.
9:00 am meeting bermula. siang-siang boss beritahu yg schedulenya very tight hari ni. kita org pun pandang sesama sendiri. ada gak yg tersenyum. maknanya, tentu meeting kali ini lebih singkat, cut short utk kejar schedulenya tu. kalau tak, meeting kalau tak cecah 2-4 jam tak sah. naik kematu punggung dibuatnya. tu yg kadang-kadang bila boss tanya atau ajak bincang (walaupun biasanya kuasa veto di tgn boss...tak guna nak argue pun) masing-masing buat diam. supaya lebih cepat meeting ditamatkan.
harapan cuma tinggal harapan. walaupun pd awal meeting dah 'isytihar' mungkin meeting kali ni dipendekkan, tapi cecah juga 2 jam 45 minit. aih...nasib badan. dah la pulak, hari ni banyak komennya ditujukan kpd bhg editorial & production. apa boleh buat. adatlah boss nak tunjuk kuasa. asalkan dia tak gila kuasa sudah. TS kena tegur pasal deadline & pemilihan heading. yang paling berdesing sekali bila dia bangkitkan tentang yearly target yg tak capai. "bonus tahun ni perlu dikaji semula, nak bagi atau tangguh". whoaa...terdengar keluhan staf...
11:45 am. tamat. "ts dan d tunggu, yang lain bersurai". libang-libu perut TS. apahal pulak TS dengan D kena stay. nak bambu kami supaya staf lain tak dengar. atau...
maka serta-merta darah TS naik & terbayang dah yang bukan-bukan. "cuba awak berdua go through senarai jawatankuasa publications yang saya nak usulkan dalam director board meeting nanti. coz both of you also in the committee. that's all, thanks". TS & D saling berpandangan...fuh lega.
till the next meeting...

Keputusannya...
22 okt. '08
man. utd 3 - celtic 0
UEFA Champions League group phase.
Berbatov 2 gol + Rooney 1
game tamat lebih kurang 4:35am. sempatlah tidur seround sebelum ke ofis.
daripada berita radio dapat tau, arsenGal pun menang jugak. real madrid kalah pulak.
tapi takpalah...you make my day, man utd. Glory - glory - man united!
man. utd 3 - celtic 0
UEFA Champions League group phase.
Berbatov 2 gol + Rooney 1
game bermula 2:45am. set alarm pukul 2:40am. cuci muka. minum air segelas. 'tercongok' depan tv seorang diri. membebel seorang diri. mengutuk pengadil dan linesman seorang diri. dan menjerit gooool!!! (lebih 10 x/walaupun cuma 3 yg bebetul 'gol').
half time - sempat makan nasi himpit + rendang + sambal tumis yang dipanaskan dengan microwave (tapau semasa open house rumah kawan tempoh hari).
game tamat lebih kurang 4:35am. sempatlah tidur seround sebelum ke ofis.
daripada berita radio dapat tau, arsenGal pun menang jugak. real madrid kalah pulak.
tapi takpalah...you make my day, man utd. Glory - glory - man united!
semalam, hari ini dan esok
hari ni...seperti juga semalam.
esok...mungkin sama seperti hari ini & semalam.
gitulah...rutin kerja makan gaji.
hari ni...khabarnya mawi yg popular tu nak umum tarikh perkahwinannya dgn ekin.
semalam...harga petrol di pasaran dunia USD67 setong.
emm...harap minggu ni kerajaan umum harga turun lagi.
esok...deadline utk hantar monthly report. cepat seminggu dpd biasa - boss nak cuti deepavali kot. petang nanti baru nak buat & submit.
semalam...petang hujan lebat.
hari ni...ramalan cuaca beritahu hujan 7 ribut petir jugak petang ni.
esok...harap-harap taklah hujan lagi. sbb hujan lebat = banjir kilat + jln raya jammed
hari ni...mungkin tidur lewat atau tak tidur sbb ada live bola sepak Champions League
Man. Utd vs Celtic
esok...ada live jugak, tapi mungkin tak stay up...emm tak tau lagi.
semalam...tidur awal, tak da mood nak tengok tv pun.
esok...cadangnya nak puasa. lepas-lepas raya ni banyak sangat pergi open house...berat dah naik.
hari ni...sarapan nasi lemak bungkus (RM1) dgn teh tarik kurang manis.
semalam...rasa-rasanya tak sarapan.
lunch nasi campur = lauk ikan cencaru masak taucu + sayur kubis goreng + kacang botol + sambal belacan.
makan malam = nasi putih + sup telur/cendawan + sambal tempoyak + serunding daging (lebihan bekalan untuk sahur tempoh hari)
semalam...prof. nik ada call - tanya pasal copyright.
hari ni...kejap tadi dr. jal call - nak bincang pasal manuskrip buku dia.
esok...cadang nak call prof. ismail - nak minta dia jadi penilai.
semalam...belum ada blog.
hari ni...dah mula tulis blog.
esok...esok...dan esok...akan terus menulis blog.

Subscribe to:
Posts (Atom)