sikit cukup...banyak habis!

May 5, 2009

saban mlm menjadi rutin TS sbg 'gabenor bank negara' akan memastikan wang saku atau duit belanja sekolah anak2 disediakan. dulu mrk diberikan beg duit, ttp masalahnya duit dgn beg duitnya sekali sudah beberapa kali hilang atau cicir (dicuri?). akhirnya kaedah yg diguna pakai ialah meletakkan duit pd bhg 'strategik' beg sekolah mrk. hanya mrk & keluarga mrk yg tau letaknya...he he.
ada jugak sekali dua, TS terlupa nk 'menyuntik dana' belanja harian mrk. maka kelaparanlah mrk di sekolah & akan 'mereportkan'kannya bila pulang sekolah pd petangnya. (walhal sebelum ke sekolah mrk makan tengah hari dulu di nurseri berbayar).menyedari kesilapan itu, TS akan cepat2 mintak maaf (papa jgk insan biasa yg tdk sunyi dpd kealpaan...cewah) biasanya akan bayar ganti rugi dgn wang saku "berganda" utk belanja sekolah keesokannya.
biasanya wang saku yg diberi sama amaunnya setiap hari. kecuali kalau ada aktiviti koku, kelas agama atau kelas tambahan di sekolah, maka wang saku diberi lebih dpd hari persekolahan biasa. semlm (isnin) wang saku mrk mendpt "tajaan luar". gara2 pulang ke kampung hujung minggu, mrk mendpt duit poket tambahan dpd nenek & sedara mara yg bermurah hati (...dan bnyk duit). anehnya mlm tadi bila diprovokasi oleh TS dgn kata-kata "esok papa tk bagi duit belanja sekolah, sbb tengah kaya kan, duit banyak". jawab ketiga2nya (hampir serentak). "dah abis dah duit tu..."dr segi moralnya, TS tak wajar 'mempersoal' perbelanjaan mrk dpd 'sumber luar'. tp dlm masa yg sama TS ingatkan mrk, kalau ada duit lebih, simpanlah atau berbelanjalah berdikit-dikit bukannya habiskan sekali gus. lebih2 lagi bila nampak eril bermain2 dgn buku nota bergambar x-men, erol dgn sticker2 ben 10nya & erin dgn set pensel barbienya. semua tu krn dpt duit poket lebih sepulangnya dr kampung. apa boleh buat...budak-budak!
itulah dlm istilah TS, bagi sikit cukup, bagi banyak, habis...

1 refleksi:

editor kampung said...

memang betul, bila ada duit lebih sikit kita yg dewasa ni pun jadi boros. inikan pula budak-budak. bila takda duit tu, pandai pulak berjimat. sikit cukup, banyak habis...memang tepat sekali.