~ resensi 24 ~

Jan 19, 2011


tajuk: Konflik Pemikiran Hanafi-Syafii
pengarang: Miftahurrohim N. Syarkun
halaman: 262
terbitan: penerbit universiti malaya/2010
sinopsis
buku ini memaparkan konflik pemikiran imam abu hanifah dengan imam syafii, sebagai lanjutan perbezaan pemikiran dalam kalangan para sahabat selepas wafatnya Rasulullah saw.Bermula antara ibnu abbas yg bermarkas di madinah yg melahirkan ahlu al-hadith dan imam syafii sebagai ikonnya dengan ibnu mas'ud di iraq yg melahirkan ahlu al-ray dan imam abu hanifah sebagai ikonnya. apabila imam syafii secara terbuka membatalkan dan mengharamkan metode istihsan sebagai metode berfikir imam abu hanifah, ternyata memberikan pengaruh konflik yg luar biasa terhadap para pengikut mereka. imam al-jassas pengikut mazhab hanafi, mengkritik imam syafii dengan mengatakan "pada dasarnya imam syafii tidak memahami hakikat istihsan yg sebenarnya". kemudian imam syafii dibela oleh imam ghazali yg menegaskan "imam syafii mengatakan sesuatu perkara yg tidak mengerti apa yg beliau ungkapkan, itu adalah mustahil'. daripada pergolakan pemikiran tersebut, melahirkan tiga sejarah perkembangan hukum islam: zaman kejayaan, zaman kemunduran, & zaman kebangkitan. perbincangan buku ini juga memaparkan pelbagai faktor yg menjadi punca konflik kedua-dua pemikiran. di samping itu menganalisis secara objektif manhaj al-fikr (metode berfikir) yg mana lebih baik dan relevan untuk diimplementasikan untuk menghadapi konflik radikalisme & liberalisme di tengah arus globalisasi & pembangunan teknologi.
keistimewaan buku ini mampu menyatukan kompromi antara konflik pemikiran imam abu hanifah dengan imam syafii. belum ada lagi ilmuwan cuba mengkaji dengan terperinci secara akademik yg mampu merumuskan kompromi antara kedua-dua imam tersebut. sehinggalah penulisan buku ini menemukan teori, bahawa manhaj al-fikr imam abu hanifah dengan manhaj al-fikr imam syafii seperti dua sayap yg boleh membangunkan suatu peradaban.

0 refleksi: