~ siri bercakap dengan erin... ~

Jan 17, 2011

hari sabtu. lepak-lepak bersama-sama anak-anak selepas sarapan di kedai mamak.
sarapan pun dah agak lewat. jam 11 pagi.
sebab budak-budak ni ambik kesempatan bangun lewat, maklumlah cuti sekolah.
dah pun tapau sekali bekalan untuk makan tengah hari. begitulah rutin aku dengan erin, eril & erol. sementara menunggu wifey pulang dari kerja, dan makan tengah hari bersama-sama.
tak payah nak susah-susahkan dia masak.

"dulu papa ada isap rokok tak?" tanya erin tiba-tiba . masa aku tengah duduk lepak baca paper.
dalam masa sama, pasang tv jugak.
"mana ada...." jawabku tak berapa endah. menafikan.
"dulu ada kan...?" erin bertanya lagi. sikit mendesak. suaranya dikuatkan sikit.
"mmmmm....dulu la. dah tak isap lagi..." aku mengaku aje.
"kenapa orang suka isap rokok. bukan ke tak baik..." erin mula bagi ceramah.
"memang tak baik...." aku mengiyakan saja. mata masih tertumpu pada paper.
"erin tau, papa isap rokok..." erin terus memancing.
"mana ada. nape cakap macam tu...?" heran jugak aku kenapa erin beriya-iya benar bertanya pasal aku dengan rokok. aku dah lama tak isap rokok. masa bujang dulu memangla.
sejak sekolah sebenarnya. malah pernah kena gantung asrama pun, pasal rokok.
aku berenti hisap rokok pun masa baru kahwin dengan 'mama erin' dulu.
tak tahan kena leteran. lagipun aku tak nak anak-anak yg bakal lahir nanti, yg tak pasal-pasal terjejas kesihatan kerana rokok.

"erin ada jumpa kotak rokok dalam kete papa..." akhirnya erin merungkaikan kisah mengapa dia berminat benar nak tahu yg aku hisap rokok atau tidak.
"kat mana erin jumpa...?" aku mula curiga. tidak lagi tertumpu pada paper. sebaliknya ingin mendengar penuh minat penjelasan erin.
"kat bawah tempat duduk kete papa. kete yang lama tu...." erin mula membongkar hasil siasatannya.
"tapi, kat dalam dia, tinggal satu je. lepas tu erin letak balik...." jelas erin. dengan muka sedikit rasa bersalah.
"agaknya, rokok kawan papa terjatuh kat situ kot..." aku cepat-cepat cover. bohong sunat.
"kawan papa isap rokok ke?" tanya erin semula.
"ah...ah...iya" jawabku pendek.
kemudian erin pun beredar. mungkin puas hati dengan jawapan aku.

okeylah aku mengaku. ada jugaklah sekali dua rasa teringin nak merokok. aku ada simpan sekotak dalam kereta, sesekali.
dan yang 'jatuh' bawah tempat duduk tu sebenarnya bukan jatuh, tetapi sengaja disorok.
nasib baik jugak si erin tak report kepada mamanya.
kalau tak kena leteran panjanglah aku.
perahsia jugak orangnya, si erin ini.
lama jugak dia simpan...mungkin tunggu masa yg sesuai.
boleh buat kawan ni....he he

2 refleksi:

rahimin said...

ha ha kantoiii...
baik punya cover up.

budak2 ni mmg jujur. kita pun kena bagi jawapan yg jujur. kdg2 kena jgk bohong sunat...ha ha

tg shaaban said...

ha ha ha...
budak2 mmg lurus.
kadang2 dia tanya soalan2 genius yg kita tk penah pikir...