~ naik dan terus naik ~

Jan 5, 2011

kebetulan aku isi minyak kereta tangki penuh , balik dari ofis petang semalam.
sebelah malamnya sms & status fb menghebahkan harga minyak naik.
ramai yg merungut. ramai yg komplen.
naik saja, sejak dua tiga bulan kebelakangan ni.
kata sumber kerajaan, ikut haraga pasaran minyak dunia yg dalam trend menaik sekarang ni.
trend menurun dulu, takde pulak turun sekerap naiknya.
tapi, oleh sebab ramai yg naik minyak, mereka tak perasan harga minyak yg naik ialah ron97 bukannya ron95 yg murah sikit.
ron95 digunakan ramai pengguna kenderaan. majoriti, sebenarnya.

aku pakai yg ron97 untuk kereta baru. kereta yg lama masih hanya pakai ron95.
apa boleh buat, dah nak naik. nak buat macam mana.
ramai yg merungut dan komplen harga mahal pun, tapi masih mampu beli kereta baru, model baru, kereta besar dan kereta mewah.
tapi bila harga minyak naik mereka yg pakai kereta besar, kereta baru, kereta mewah inilah yg paling kuat bisingnya, paling lantang salakannya.
kalau mampu beli kereta besar, cc enjin besar, kereta mewah, kereta baru...takkanlah tak mampu tampung harga minyak yg naik tu?
sendiri mau ingat la....

2 refleksi:

Anonymous said...

Kereta i guna ron 95... bunyi engine berderum2 macam kereta rosak. Cuba guna ron 97..tak pulak bunyi berderum2...elok pulak...bawak keter pun smooth aja. Ishhh, tak larat le nak guna ron97 selalu..gaji kecik..kopakkk. Tg tak palah...naik gaji...elaun pun tinggi..hehehe

tg shaaban said...

minyak naik semua org pun terasa...
tk kira gaji besau mana pun.
apa buleh buat, sendiri tanggung la.
org kata kena tukar kerajaan, tp ada jaminan harga ke minyak turun?

politik ni sama je, bila ada kuasa sikit....hanyut!!