~ laporan kaji cuaca ~

Jan 6, 2011

petang semalam hujan.
sepanjang jalan dari KL ke nilai, hujan hinggalah sampai ke rumah.
beli nasi lemask kukus di gerai tepi jalan - bungkus 3 ayam goreng, 1 paru & 1 sotong - pun dalam hujan.
adik yg bungkus nasik lemak pulak punyalah slow, tak nampak aku basah kena hujan ke?
sepanjang jalan short cut menuju ke kawasan perumahan aku, terpaksa mengelak air bertakung, dah macam banjir kilat pulak jadinya.
lain kali aku pastikan kalau cuaca hujan kena ikut jalan biasa, yg lebih selamat. biarlah lambat sikit, asal sampai dengan aman damai.
sehingga malam tadi hujan masih turun, tak sedar bila berhentinya, sementara aku tertidur.

pagi ini, hujan lagi.
sejak perjalanan dari bangi & semakin lebat di lebuh raya sg besi.
ada beberapa kemalangan kecil di lebuh raya sg besi & salak south.
dalam hujan, gelap & jalan licin - kemalangan lebih kerap berlaku.
sambil dengar radio, sambil celoteh dj yg tak dapat dielakkan, hujan terus turun.

anehnya, laporan cuaca di radio mengatakan cuaca baik & cerah sekitar KL sepanjang pagi ini.
hello...! yg dibaca tu ramalan saja.
sedangkan yg nyatanya, hujan lebat di sekitar KL.
jengoklah di luar tingkap tu, tak nampak hujan?
benda mudah macam tu pun tak boleh nak edit ke?
ni yg buat aku kepanasan dalam dingin ni....ha ha
pakai belasah aje, gunalah akal budi!

2 refleksi:

rahimin said...

ek eleeeh...
mentang2 la editor, ramalan kaji cuaca pun nk edit!

tp betul gak kengkdg, laporran cuaca mmg mengarut & meleset!

tg shaaban said...

ha ha...

bukan lah mcm tu.
laporan pakai boh aje, bikin hati gua panas!