- khabar angin, bisik-bisik, rumours, gosip... -

May 19, 2011

minggu lepas aku dah dengar dah. tapi aku diamkan saja. selagi takde sebarang pengesahan. takde tanda sahih atau berita hitam putih. aku simpan sorang-sorang. nanti kalau aku sebar, jika betul, kira okeylah. tapi kalau tak betul...tak ke aku pulak nanti dipandang serong. dicop sebagai penyebar khabar angin.


jadi aku anggap selagi tak disahkan, kira status berita itu sekadar khabar angin. walaupun aku dapat maklumat daripada sumber yg boleh dipercayai sangat-sangat. dan kukuh versinya.


selepas seminggu, berita itu mula tersebar. hari ini, bukan datangnya dari mulut aku tapi dari mulut orang lain. dan secepat kilat, berita itu tersebar bagai api yg marak membakar. berita yg sama disampaikan kepada aku seminggu lalu.


macam mana aku tahu ianya tersebar? seorang kawan menyampaikannya pada aku, yg si polan itu memberitahunya. selepas itu, seorang lagi menyampaikannya pada aku. pendeknya daripada sumber yg sama, si polan itu.


jadi, itu bukan rahsia lagi. ramai yg dah tahu. kawan-kawan aku heran, sebab aku tidak pun terkejut. sebabnya, aku sudah tahu terlebih awal. tapi yg pastinya, berita itu masih di peringkat khabar angin. belum sah, belum sahih. belum ada hitam putih. selagi itulah, ianya berstatus khabar angin, bukan berita yg sah.


tak mengapalah, terpulanglah kepada yg nak percaya. asalkan, khabar angin itu bukan datang dari mulut aku...!

0 refleksi: