- perjalanan terakhir seorang teman -

May 30, 2011



aku sedang memandu dalam perjalanan ke kampung sabtu lepas untuk ziarah singkat, bila wifey terima panggilan daripada abangnya. berita menyedihkan baru saja diterima. kawan kami, lamin diberitakan meninggal dunia secara mengejut. lamin juga adalah sedara wifey atau suami kepada sepupu wifey. lamin bukanlah sebaya dengan kami, usianya lebih 10 tahun.


aku yg terkejut dengan berita itu, cuba untuk terus fokus memandu. fikiran aku sedikit celaru. segera masuk imbas kembali kenangan aku dengan lamin. sedikit terganggu pemanduan, menjadi sedikit perlahan kelajuan kereta. kemudain bertalu-talu panggilan masuk dan sms daripada sedara mara yg lain. masing-masing menyampaikan dan cuba mengesahkan berita yg baru diterima. waktu itu jam 10:30 pagi. ada pelbagai versi cerita, akan punca kepergiannya.


mula-mula kami menjangkakan, ia kerana serangan jantung. kerana semasa kami berkunjung ke rumahnya pada hari raya tahun lepas, lamin ada menyatakan yg dia baru pulih daripada serangan sakit jantung. tapi berita yg diterima lebih menejutkan, pemergiannya itu diakibatkan oleh kemalangan jalan raya. akhirnya, panggilan masuk terkemudian mengesahkan perincian yg lebih nyata.


pagi itu kira-kira jam 8:45 lamin, isteri dan dua orang anaknya dalam perjalanan ke jengka pusat, untuk menghantar salah seorang anaknya, mendaftar untuk sesi baru pengajian di kampus cawangan, uitm. semasa dalam perjalanan kira-kira beberapa kilometer dari bandar muadzam shah mereka sekeluarga terlibat dalam kemalangan ngeri. kisah ini diceritakan oleh isterinya, yg terselamat tanpa sebarang kecederaan. lamin cuba mengelakkan keretanya daripada melanggar seekor babi hutan, yg melintas jalan raya. dia tidak sempat membrek sebaliknya melanggar babi itu. ekoran impak pelanggaran & reaksi spontan untuk mengelakkannya, kereta yg dipandu lamin terbabas ke sebelah kanan jalan, memasuki lorong bertentangan. malang baginya, kereta dari arah hadapan bertembung dengan kereta yg dipandunya. lamin tersepit di tempat duduknya dan meninggal dunia di tempat kejadian. anaknya yg duduk di belakang, seorang cedera parah, tulang belakangnya diberitakan patah kerana terhentak kuat. seorang lagi anaknya, patah kaki kanan dan cedera di kepala terkena serpihan kaca. pemandu kereta yg satu lagi, yg dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah syarikat berhampiran, turut meninggal dunia di tempat kejadian. isteri lamin, ziyah, ajaibnya tidak mengalami sebarang kecederaan. kedua-dua kereta menurut saksi di tempat kejadian, rosak teruk atau istilah insuransnya - total loss.


mula-mula kami merancang untuk terus saja ke rumahnya di kuala rompin, tetapi dpd maklumat, jenazahnya masih dibedah siasat di hospital muadzam shah. lalu kami mengambil keputusan terus saja singgah di hospital. di sana kami temui ziyah & anak sulungnya. ziyah & wifey mengangis berpelukan. anaknya, nuar memelukku sambil menangis. masakan tidak kehilangan orang tersayang dalam sekelip mata. mereka sendiri terkejut bagaimana kami begitu cepat sampai. kami terangkan yg itu kebetulan saja, bahawa, kami dalam perjalanan ke kampung kebetulan melalui laluan sama untuk singgah di situ. malah dalam kereta tadi, aku dan wifey ada bercadang untuk singgah ke rumah lamin/ziyah, jika waktu mengizinkan. tapi nampaknya kita hanya merancang, Allah lebih mengetahui. pertemuan kami yg terakhir dengan arwah lamin, ialah di hospital ini.


urusan jenazah masih belum selesai sehingga tengah hari. kami dan ahli keluarga lain menemankan ziyah & anaknya. oleh sebab kecederaan kedua-dua anaknya agak serius, mereka terpaksa dipindahkan ke hospital kuantan, untuk pembedahan dan rawatan lanjut. mereka dihantar dengan ambulans ke sana. kemudain kami dipelawa oleh seorang sedara untuk singgah ke rumahnya berehat, makan tengah hari & solat zohor. kemudian kami ke hospital semual untuk mengiringi van jenazah membawa arwah lamin ke rumahnya. perjalanan konvoi dar muadzam ke rompin, begitu sayu aku rasakan. kami diam membisu sepnjang perjalanan. eril, erol & erin meskipun masih kecil, tetapi seakan-akan memahami keadaan, mereka turut berdiam.


sampai di rumah lamin untuk penghormatan terakhir, sanak saudara, kenalan & jiran tetangga penuh sesak untuk ziarah terakhir. termasuk juga rakan cikgu sekolah, ya lamin seorang guru mengajar subjek b. inggeris. anak-anak muridnya memanggil, sir lamin. ramai anak-anak muridnya yg hadir. masing-masing bercerita hal yg naik-baik saja tentang lamin. tidak ada yg tidak baik, melainkan baik sahaja. kami dibenarkan menatap wajah arwah buat kali terakhir. wajahnya tenang. tiada kesan cedera yg teruk. mungkin kecederaan dalaman sahaja yg membawa kepada kematiannya.


kemudian, lamin disemadikan di kawasan tanah perkuburan yg terletak tidak jauh dari rumahnya. tamatlah kisah kehidupan lamin di dunia. selepas ini, tiada lagilah pertemuan dan gurau mesra kami setiap kali berkunjung ke rumahnya. ada saja sajian istimewa disediakan. setiap kali ada kelapangan bila pulang ke kampung, kami akan singgah ke rumah mereka. bila kami lama tak singgah, mereka akan bertanyakan khabar, berkirim salam, berkirim rindu. malah, lamin sekeluarga pernah berkunjung ke rumah kami beberapa tahun dulu.


sekitar tahun lepas, lamin dengan gembira dan bangganya memberitahu yg dia sudah memperoleh ijazah dari universiti setelah bertahun-tahun bertungkus lumus mengejarnya. cita-citanya tercapai untuk menambah ilmu sekali gus menjamin masa depan yg lebih stabil untuk keluarganya. dalam usia yg meningkat dan sudah berkeluarga, pasti sukar belajar sambil bekerja. tapi itu semua diharungi dengan tabah.


arwah juga baru saja membuat ubah suai rumah. membesarkan dan mengecat baru. cuma pintu pagarnya masih belum siap. pasti dia bangga dan berjasa meninggalkan keluarganya tempat berteduh yg sempurna dan cantik. kematiannya yg tragis itu membuatkan kami sukar melupakannya. apalagi misteri, mengapa arwah menggunakan laluan tersebut sedangkan ada laluan lain yg iasa digunkan oleh orang lain iaitu rompin-pekan-kuantan jengka berbanding laluan yg dipilihnya pagi itu, rompin-muadzam-kuantan-jengka. dan tak semena-mena pula seekor babi hutan melintas jalan itu, sedangkan di situ bukanlah kawasan hutan tebal tetapi hanyalah ladang kelapa sawit. kemungkinan babi itu (seekor saja) sesat jalan.


yg pastinya, jika ada luang dan kelapangan, kami akan singgah lagi ke rumah itu, meski tanpa arwah lamin lagi. tetapi ziyah & anaknya tetap akan kami ziarah. kata orang, "orang baik-baik biasanya mati awal". moga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman...


selepas semuanya selesai, kami sekeluarga meneruskan perjalanan pulang. kami melalui tempat kejadian kemalangan itu. masih ada sisa bahagian kenderaan yg hancur & kaca berselerakan di tepi jalan. sungguh menyayatkan hati memikirkan kesakitan & kepergian arwah sekelip dalam tragedi yg tak terduga. kehilanganmu akan kami kenang sampai bila-bila...
al-fatehah....


pic arwah lamin diambil dpd laman facebook nya.




3 refleksi:

ღ p!nk veLvet ღ said...

al-fatihah d ucapkan

Anonymous said...

al-fatehah....

Anonymous said...

al-fatihah.....