- mengulit kenangan -

May 4, 2011

"pernah tak papa nyanyi kat depan orang ramai, naik pentas?" aku masih ingat pertanyaan eril kira-kira dua bulan dulu. dia nak bagitahu yg dia terpilih untuk menyanyi nasyid ramai-ramai sempena maulidul rasul dalam satu majlis sambutan di sekolah.


seingat aku, pernahlah jugak beberapa kali. pertamanya, semasa konsert hari penyampaian hadiah masa darjah satu. kena nyanyi ramai-ramai ala koir. lagu 'kenek-kenek udang'. siap cikgu ajar menggayakan aksi di pentas.


"kenek kenek la ude, lembu patoh tanduk, cek mek kene la gode, cek awe keno tumbuk...uwa, u wa u, wa uuuu..."! lagu rakyat la kira-kiranya dengan loghat kelantan kalau tak silap. tunjuk aksi, letak jari telunjuk di kepala & aksi menumbuk "awe". dan aku masih ingat, persembahan kami mendapat tepukan gemuruh!


semasa darjah 5, ustazah suruh nyanyi nasyid. sempena majlis meraikan timbalan menteri pelajaran yg datang melawat sekolah. merasmikan surau baru sekolah kalau tak silap. mula-mula kumpulan nasyid tu hanya terdiri daripada pelajar perempuan. tetapi guru besar tak berapa berkenan. dia suruh ustazah ambik pelajar lelaki sama-sama nyanyi. ustazah mulanya minta sesiapa yg nak join secara sukarela. tapi takde seorang pun yg angkat tangan. jadi, hukum paksa, ustazah 'tarik' 5 pelajar lelaki jadi penyanyi nasyid. salah seorang yg bernasib baik ialah aku... tunggang langganglah nak hafal lirik & harmonikan suara dalam masa 3 hari nak praktis. sebab kami ni bidan terjun atas 'arahan' guru besar. kira last minute la. apa lagi, kami asyik kena perli oleh kengkawan sekolah yg lain. "ustaz..." ajuk mereka.


tak sangka pulak, fenomena nasyid pernah meletus di negara ini terutama dengan kemunculan kumpulan raihan. dengan album terjual ratusan ribu. lebih awal daripada fenomena mawi atau yg terkini maher zin. sempatlah jugak beli cd raihan untuk dipasang di kereta. paling meletup lagu berjudul "iman mutiara". mungkin masa tu ramai yg nak jadi penyanyi nasyid. dan kumpulan nasyid pun macam cendawan tumbuh selepas hujan. kalaulah aku tahu, mungkin aku boleh jadi penyanyi nasyid yg berjaya kerana pengalaman di sekolah dulu. dan tentu sekali kengkawan yg mengajuk dan mengejek kami semasa di sekolah dulu, akan respek kami sebagai perintis kebangkitan nasyid di persada seni tanah air!



pengalaman naik ke pentas yg lain tu pernah jugak. tapi dalam keadaan tertutupla. misalnya makan malam tahunan kompeni tempat aku kerja. ataupun perjumpaan dengan kengkawan lama, majlis reunion yg kecik-kecik. biasanya ada karaoke. kat situlah memasing tunjuk bakat terpendam. tak kesah sangat, sekadar suka-suka. nak bertanding tak adalah, tahulah takat mana kemampuan atau 'kesumbangan' suara sendiri. nak kata hebat tu tidaklah, tapi kalau setakat lagu jamal abdillah, aris ariwatan atau hattan (pic)...takdo hal punyo!


nak suruh aku nyanyi lagu yg baru-baru sekarang, tak berapa nak hafal lirik. nak pulak lagu indon. kalau dulu cd dalam kereta ialah album search, scorpions, wings, hattan atau jamal. sekarang yg ada cuma cd maher zin, ungu atau wali band je. ataupun paling tidak bukak siaran sinar fm atau suria fm. saluran lain tak berapa nak ngam. banyak sangat celoteh dj nya yg glamor mengalahkan artis. iklan yg bersambung-sambung, usah cerita la. lagipun kata orang, kalau nak rasa muda kita kena masuk dalam 'era kegemilangan' usia kita. kalau tak kita akan rasa ketinggalan atau rasa tua sebelum waktunya....ha ha. sebab tulah aku tak boleh tengok AF ke, mentor ke. sebab kalau tengok rancangan sukan terutama bola sepak kita lebih menjiwainya. kerana sukan tiada batas usia...hujah yg mantap!

3 refleksi:

rahimin said...

iyela...sora nko mmg ada iras hattan (masa dia selesema...ha ha)

editor kampung said...

awak patutnya jd penyanyi nasyid sbb dah ada pengalaman...he he
penyanyi nasyid tapi suara rock mcm hattan atau amy search

sha'aban ben moestapha said...

ha ha...
min, nko mmg jeles

EK, nasyid rock!