- pagi yg panas seperti cuaca yg panas -

May 10, 2011

pagi tadi boss call aku. suaranya berkeladak. "saya m.c..." katanya mengesahkan jangkaan aku. aku diberinya amanat. perlu mewakilinya pagi ini menghadiri satu mesyuarat. aku diberikan satu fail, untuk rujukan pasal mesyuarat. tak banyak maklumat yg ada. aku pun redah aje. dalam mesyuarat itu banyak 'hujung yg terbuka' yg perlu disimpulmatikan. aku tak boleh buat keputusan on the spot. perlu rujuk semula perinciannya dengan boss bila dia masuk kerja semula nanti.

sebaik aku melangkah masuk ofis, sekretari boss menegur.

sekretari: "lamanya mesyuarat...?!"
aku tak pasti, soalannya ikhlas atau sinis.

aku: "iyalah...mesyuarat. bukan pergi main-main...."
kakak sekretari diam aje.
aku tak pasti, sama ada aku jawab secara ikhlas atau sinis.

musim panas macam sekarang ni, kalau nak bergurau senda pun kena tengok 'angin' jugak.

0 refleksi: