- car wash mat bangla -

Oct 28, 2011

bukan untuk menidakkan kerajinan orang kita. tapi kalau bab kerja buruh atau kerja remeh tapi berat, biasanya orang asing lebih sesuai, lebih rajin, lebih gigih. bukan nak cerita pasal kontraktor buat rumah, atau buat jalan. cukup saja bandingkan dengan tempat cuci kereta. atau sekarang ni merata-rata diorang tulis, car wash. yg aku maksudkan bukanlah car wash yg ada kat shopping complex atau kedai khusus. tapi car wash tepi jalan atau bawah pokok atau depan rumah.

kat tempat aku ni, mereta-rata ada car wash. pilih aje. yang bawah khemah, lot kedai atau bawah pokok. dah banyak tempat aku cuba. ada yg kualiti cuciannya sekadar sederhana, boleh lah, malah ada yg ala kadar saja. mungkin pekerjanya dah penat cuci kereta dari pagi. bila sampai ke sebelah petang, mereka pun pakat buat cincai aje. cuci tak bersih. kat rim tayar masih berminyak. selut masih ada celah pintu. vakum tak bersih. habuk masih melekat pada karpet. dashboard tak kilat. pendeknya, tak memuaskan hati. kalau setakat cuci cincai, baik aku cuci sendiri kat rumah. ini bisnes berbayar, pakai duit. kenalah ada kualiti, servis tip top. pernah satu kali, sistem audio aku rupanya diorang buka volum full blast, nyaris pecah speaker kereta aku! ada jugak yg bila beberapa hari lepas tu, baru sedar ada cd lagu yg hilang. bukan nak tuduh, lagipun takde bukti...tapi...?

bukanlah aku berkira sangat pasal duit. yg aku pentingkan kualiti servis yg mereka beri. kalau kerja ala kadar, tapi duit pelanggan kita nak, baik tak usah buat bisnes. mungkin mula-mula buka bisnes semuanya elok. tapi bila dah ramai pelanggan, mereka mula jadi leka. tak jaga bisnes dengan baik. itu yang pelanggan lari tempat lain, dan bisnes pun mula jadi hidup segan mati tak mahu. dunia bisnes sentiasa bersaing. ada banyak lagi yg jalankan bisnes yg sama. pelanggan akan banding kualiti servis. kalau bayar mahal pun mereka tak berkira kalau servisnya bagus.

aku dah jadi pelanggan tetap satu car wash ni. pekerjanya semuanya mat bangla. tapi tuan punyanya orang tempatan. dah banyak kali aku beralih tempat sebelum ni. semuanya pekerja tempatan. tak berapa nak elok kerja mereka. bukan aku nak puji sangat. tapi car wash ni pekerjanya rajin, kerjanya kemas, bersih. bila kita tak puas hati boleh tegur dan mereka akan cuci semula. kalau tempat lain memang mereka cuci semula tetapi akan merengus dan tarik muka masam.

lagi satu, tempat menunggunya bersih. ada pangkin dan kipas besar. ada surat khabar, ada majalah. yg penting, redup di bawah pokok. tandasnya pun bersih.

diorang dah kenal aku sekarang. hari tu diorang mengadu. semasa mencuci sebuah kereta, henfon salah seorang pekerjanya terjatuh tanpa disedari dalam kereta. sehinggalah tuan punya kereta tu beredar pergi. jadi mereka pun cuba menghubungi tuan punya kereta, sebaik menyedari kehilangan telefon itu. berkali-kali telefon dan nada dering jelas terdengar, tetapi langsung takde respons daripada tuan punya kereta tu.

"itu telefon, baru beli boss. manyak rugi la ini macam. itu worang, saya ingat sudah angkat pirgi itu telefon la..." adu Raman, salah seorang pekerja itu pada aku, dengan muka sedih, dan air mata bergenang.

3 refleksi:

HappyIrfa said...

kesiannya baca pasal Raman tu.
mesti lama dia simpan duit nak beli hp tu..x baik la org yg buat camtu.

carwash mana ni?citer la..
kawan penah kena.tempat main cd tu terkena cat apa tah..mungkin pencuci..so kawan komplen..sib baik dia ganti.so dapatlah kawan beli baru.buat keje cincai camtu la

rahimin said...

mmg banyak car wash yg tak senonoh. kengkdg baik cuci sendiri, buat sakit hati jek....

bangsawan nilai said...

happyirfa....
car wash depan kedai tomyam ikut jln lama ke nilai dari simpang ke kota seriemas

min..
masalahnya malas nk cuci sdr la ni...