- perihal masjid bertangga -

Oct 11, 2011

masjid sekarang ni dibina besar-besar. cantik. dan mungkin juga mahal kos membinanya. eloklah tu. ramai orang yg boleh buat amal ibadat. tapi besar saja tidak cukup kalau tidak diimarahkan dengan pelbagai aktiviti ibadah atau majlis ilmu. apatah lagi kalau masjid besar tapi kariah yg solat berjamaah hanya sebaris dua safnya.

masjid dulu kecil. taklah cantik sangat. saiznya standard surau aje. tapi praktikal dengan jumlah kariahnya. sekarang ni, ummah manusia makin ramai. jadi masjid perlu lebih besar saiznya dan lebih banyak jumlahnya.

kebanyakan masjid yg dibina sekarang, bertingkat. maksudnya di bahagian bawah disediakan tempat ambil wuduk. atau disediakan ruang aktiviti seperti tempat ceramah, tempat kursus, bilik mesyuarat, bilik pentadbir masjid, stor dan lain-lain. untuk memasuki ruang solat atau ruang utama biasanya terletak di tingkat atas. jadi untuk ke bahagian atas, perlu menaiki tangga. untuk masjid yg besar, tangganya tinggi dan curam atau anak tangganya banyak.

kalau hari hujan, tangga itu jadi licin. menyukarkan dan sedikit membahayakan kalau tak berhati-hati. masjid di kawasan perumahan aku, begitulah struktur seni binanya. dan kebanyakan masjid baru, demikian juga seni binanya.

aku cuma membayangkan kalangan mereka yg tua dan uzur. tentunya menyusahkan. atau menjadikan ianya satu halangan yg tidak sepatutnya. memanglah kalau hendak (ke masjid) seribu daya...tetapi alangkah baiknya kalau ianya dipermudahkan. apatah lagi kepada kalangan warga emas yg berniat nak menghabiskan usia tua dengan beramal ibadat di masjid. yg muda atau separuh umur lagikan sukar untuk turun naik tangga inikan pula yg tua dan uzur. apatah lagi kalangan OKU. tak praktikal dan peka langsung arkitek dan engineer yg mereka bentuk masjid ni! harapkan cantik je boleh harap!

ada satu kejadian minggu lepas, di masjid berhampiran rumahku. seorang anak muda* terjatuh semasa menuruni tangga masjid sewaktu jemaah pulang selepas selesai solat jumaat. ketika itu baru lepas hujan. anak-anak tangga yang basah dan licin menjadi puncanya. mujur juga dia tak cedera, lagipun tergelincir sekadar dua atau tiga mata tangga sahaja dan dia sempat menahan dengan tangan dan kudratnya masih kuat. bayangkan kalau seorang tua atau uzur yg jatuh...mungkin lebih teruk keadaannya.

ya, besar dan cantik itu tak salah. tapi dari segi kesesuaian dan praktikalitinya, masih boleh diperbaiki dan diambil perhatian.

* anak muda yg terjatuh itu ialah aku


2 refleksi:

HappyIrfa said...

teringat kisah bawa mak melawat masjid putrajaya..

kata mak

'jauhnya tpt solat dengan tpt wuduk.boleh terkentut nak sampai ke tpt solat..jauh sgt jalan'

emmm..

kesian anak muda itu?muda ke?hehe

bangsawan nilai said...

Ha ha kasi can la, muda...