- kenapa perlu dibeza-bezakan? -

Oct 9, 2011

Petang ahad. Aku baru je habis menonton perlawanan ragbi world cup live di tv. Sesekali layan sukan selain bola sepak. Tanpa disuruh-suruh wifey sudah menyiapkan puding karamel dan hidangan teh untuk minum petang. Bagai pucuk dicita ulam mendatang.
Lepas tu aku pun ke laman rumah. Mengemas pokok-pokok bunga, merumput dan menyapu. Kami bergotong-royang sekeluarga. Kecuali erol yg sibuk dgn 'latihan' mengayuh basikalnya.
Sedang kami berpeluh- peluh mengerjakannya lalu sebuah lori yg mengumumkan melalui loud speakernya. Mereka adalah daripada persatuan harmoni kulai jaya. Mereka menawarkan kepada sesiapa saja unntuk mendermakan barangan terpakai. Termasuklah pakaian atau peralatan terpakai yg masih boleh digunakan. Ianya untuk didermakan untuk anak yatim, orang miskin atau oku. Hal ini aku tanyakan sendiri kpd 3 orang pemuda cina tempatan yg menaiki lori tersebut.
Mereka menjelaskan tiada batasan agama atau kaum yg berderma. Lagi ramai lagi bagus. Mereka akan menyalurkannya kpd yg memerlukan. Kebetulan kami ada 2 plastik besar berisi pakaian terpakai kami sekeluarga. Yg memang niat kami utk didermakan. Lalu kami berikan saja kepada mereka.
Kemudian mereka pun berlalu pergi dengan senang hati. Ada beberapa rumah lain juga yg turut menyumbang. Lalu kami pun menyambung kerja.
Tak lama kemudian datang seorang jiran. Dia meluahkan rasa kurang senangnya dengan tindakan kami menderma tadi. Katanya pahala derma tak sampai kalau menderma kpd bukan islam. Lalu kami pun cuba jelaskan yg persatuan cina itu akan menyalurkannya tanpa mengira kaum atau agama. Ttp jiran tadi itu tegas memperthan hujahnya. Kami juga memperthankan apa yg kami buat. Yg penting nawaitu. Kedua, konsep berderma sewajarnya tidak ada batas atau sempadan kaum dan agama. Ianya merentasi semuanya. Kemudian jiran itu pun berlau pergi sambil bercakap dgn diri sendir, masih tak puas hati agaknya.
Aku sebenarnya tak paham dgn sesetengah dpd kita. Terlau sempit fikiran taksub dgn sesetengah fikiran hinggakan tak nampak skop yg lebih luas. Kalau sendiri tak nak buat janganlah halang orang lain nak berbuat kebajikan. Biar apapun anggapan jiran itu aku tetap dgn pendirian bahawa berbuat kebajiikan sepatutnya tidak mengenal batasm kalau. Tsunami di jepun, mangsa kebuluran di somalia adakah kiat tak boleh berderma kpd mereka?
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2 refleksi:

Irfa said...

alahai..
manusia camni pun ada?
kalau setakat derma kain baju tu rasanya okey..lainla derma nak bina gereja @ kuil..yg tu mmg la jelas x baik

donia oh donia

bangsawan nilai said...

Ya mmg x paham kerenah manusia. Sesetengah alim melulu dan taasub dgn mengiku dgn melulu. Dia shjlah yg betul