- tak kenal salah, kenal pun salah -

Oct 20, 2011

beberapa minggu lalu melalui facebook aku dihubungi oleh seorang yg mengakui yg dia kawan lama. kawan sekolah. malah, kawan satu kelas. mati hidup balik pun aku tak ingat. walaupun seberapa daya aku cuba re-fresh memori aku ni. imbas balik, zaman sekolah dulu.

tak apalah. mungkin waktu yg berlalu, dan kerja yg menggunung sudah menelan sebahagian memori aku. macam biasa, adegan perkenalan semula dan soal jawab seperti "u duduk mana, kerja apa, anak berapa" menjadi topik. itu biasalah, sebagai kawan yg dah lama tak jumpa.

tidak habis takat tu sahaja. tak seperti kawan atau kenalan di facebook setakat berkenal dan bertegur sapa secara online, "kawan lama tapi baru" ini, beriya-iya sangat nak jumpa aku. katanya nak jumpa bersemuka. takde niat lain selain rasa teruja nak jumpa sebagai kawan lama.

masalahnya, dia ni perempuan. nak jumpa pulak berdua dengan aku saja. selalunya kalau aku jumpa kawan lama dalam facebook pun, kami kumpul ramai-ramai. macam gathering kecik la. yg ini pulak, nak jumpa aku one to one.

aku ambik sikap positif la tak syak apa-apa. aku pun setujulah nak jumpa dia. sebab dia pun beriya-iya sangat, macam orang nak pergi jauh. kalau tak diturutkan, rasa tak sampai hati pulak. jadi aku pun akhirnya setuju. bukan lah jumpa di tempat strategik. aku pilih tempat yg publik atau terbuka. tak mahu timbul fitnah orang atau syak wasangka. jadi, lebih mudah bistro mamak, jadi pilihan.

ahad lepas, pada waktu dan tempat yg dijanjikan kami pun berjumpa. walaupun selepas berjumpa... pun aku masih tak dapat ingat, siapa gerangannya. sembang punya sembang dengan teh o ais segelas dan mi goreng. memanglah dia kawan sekelas aku. satu skolah. sebab nama-nama kawan lain yg disebutnya, memang aku kenal. cerita pasal sekolah, pasal guru, memang betul.

akhirnya, dia pun 'menjelaskan tujuan sebenarnya' nak jumpa aku. ada niat terselindung. dia ni ada buat bisnes. boleh rasanya ditafsirkan begitu. buat MLM buat direct selling. katanya boleh dapat pulangan ribu riban macam dia. dia pun dah berhenti kerja. tumpukan pada kerja begini. tak terikat. bebas. boleh jadi boss sendiri tak ikut kata majikan. ikut waktu kerja sendiri. jadi dia pun explain dengan panjang lebar. sampai berbuih mulutnya. sampai tersengguk-sengguk pulak, aku mendengarnya.

sudahnya, pada akhir pertemuan itu sebagai penutup kata dan pemanis bicara aku katakan "nanti aku fikirkan dan pertimbangkan..."

ya, dia memang kawan lama aku. dan kalau boleh aku hanya mahu dia mengenaliku sebagai kawan sahaja. dan mahu terus kekal begitu. bukan downline, partner, profit sharing ke   atau apa saja yg dipanggil dalam sistem bisnesnya itu.....dan aku juga tak mahulah menganggap atau mentafsirkan pertemuan semula ini sebagai usaha kawan ku itu sekadar untuk mengambil kesempatan. malah aku juga tak pernah minat benda-benda begini. kalau tidak dah lama dah aku buat...

2 refleksi:

Irfa said...

so sad :-(

rahimin said...

kawan mcm ni pun ada ke....alahai