- sepetang di rumah kak lang yg sunyi -

Oct 13, 2011

Sabtu lepas aku ke rumah kak lang. Menunaikan janji aku padanya yg aku akan 'tengok-tengokkan' rumahnya. Ini kerana kak lang pada ketika ini berada di tanah suci mekah, menunaikan fardu haji. Kak lang ke sana minggu lepas dan dijangka pulang dlm tempoh 40 hari.

Kak lang bukan pergi seorang tetapi dgn kak tih dan anjang. Ya, ketiga-tiga kakakku pergi serentak.

Rumah kak lang sebenarnya adalah ubahsuai daripada rumah pusaka. Oleh sebab kedua-dua orang tua kami sudah tiada maka rumah kak lang lah akan menjadi tuan rumah kalau adik beradik lain nak pulang berhari raya atau mengadakan kenduri kendara. Lagipun adik beradik yg lain tinggal di bandar atau kawasan perumahan moden kecuali kak lang.

Bukan itu yg aku nak ceritakan. Cuma kali ini bila ke rumah kak lang, suasananya terasa sunyi sekali tanpa penghuni. Rumah besar tapi kosong. Laman rumah yg luas menambah lagi kekosongan..rumah yg sentiasa meriah bila kami berkumpul dan anak-anak kecil berlari-larian di laman.

Tapi hari itu, begitu sunyi dan kosong. Segala kenangan bersama kak lang tiba-tiba datang mengusik emosi tatkala aku menyapu laman yg penuh daun kering dan menyirami pokok bunga yg sentiasa menjadi teman setia kak lang.

Moga kak lang dilindungi Allah di sana dan pulang ke rumahnya dalam suasana kampung yg damai ini dengan gelar seorang hajah nanti. Sesungguhnya menunaikan haji itu bukan sahaja sebagai ibadah tetapi juga suatu jihad yg tak ternilai pahalanya.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2 refleksi:

Irfa said...

begitulah keadaan rumah org tua kita bila mereka dah tiada/rumah yg selalu riuh rendah masa kita kecik2 akan sepi spt rumah usang.

kita juga begitu..bila anak2 dah kehidupan sendiri,rumah kita juga akan sunyi..sesekali je meriah bila tiba raya

sedihkan?

bangsawan nilai said...

Betul mmg menyedihkan.

So hargailah mrk selagi masih ada. Itulah yg aku cuba lakukan walaupun sekadar membersihkan laman rumah kak lang...