- bercerita tentang boss dan budak praktikal -

Mar 21, 2012

Boss

boss aku sekarang ialah yg ke-11 sejak aku mula menjejakkan kaki ke alam pekerjaan.
mungkin ada antara kita yg bekerja di bawah satu boss sahaja sepanjang pengalamannya.
aku banyak boss sebab kerja di banyak kompeni.
kompeni yg aku kerja sekarang ni, kira paling lama aku bertahan. dan sudah 3 orang boss datang dan pergi.
september lepas aku dapat boss baru.

kita kena menyesuaikan diri dengan boss tempat kita bekerja.
cuba sebaik mungkin memahami mereka.
lain orang lain stailnya. kitalah sebagai orang bawahan yg kena ikut.

dua hari lepas, seorang daripada boss lama singgah di ofis.
bertanyakan khabar.

dan soalan lazim, tentulah...

"macam mana dengan boss sekarang? ok?"

jawapan 'politik'nya ialah "ok...."


 
Budak Praktikal
petang semalam aku dikunjungi 2 bekas pelatih kompeni aku.
mereka sebenarnya selalu kita panggil sebagai pelajar praktikal atau budak praktikal. iyalah, mahasiswa universiti perlu menjalani latihan praktikal untuk memenuhi keperluan jam kredit dalam kursus universiti yg mereka ambil.
jarang sekali pelajar praktikal yg datang jengok kita semula selepas mereka tamat menjalani latihan. tapi seingat aku, sudah ramai juga pelajar yg di bawah seliaan aku. aku ni taklah cerewat sangat, malah mereka beruntung kalau ditempatkan di bawah seliaan aku.
kalau tak banyak kerenah dan buat kerja yg aku suruh, maknanya laporan praktikal mereka gerenti A.
selalunya pada hari terakhir aku akan bagi 'ceramah' pada mereka. dan selalu ingatkan mereka "ini memang hari terakhir, tapi tak bermakna semuanya berakhir di sini. kalau ada masa, singgah-singgahlah jengok saya di sini".

dulu ada seorang pelajar praktikal yg selalu singgah di ofis dan bawa buah tangan untuk aku. biasanya keropok lekor sebab dia orang terengganu.

seorang lagi selalu ajak aku makan tengah hari selepas dia bekerja di kompeni korporat yg ternama.

ada beberapa yg lain masih tak putus hubungan. akan hantar sms bertanya khabar dan mengucapkan selamat hari raya.

yg datang semalam, seorang daripadanya sudah bekerja, manakala seorang lagi sedang melanjutkan pelajaran. kebetulan semalam juga aku pakai baju kemeja yg mereka hadiahkan semasa hari terakhir praktikal mereka.
tak tahu pula aku mereka perasan atau tidak.....


3 refleksi:

Irfa said...

ORG BERBUDI KITA BERBAHASA :)

bangsawan nilai said...

aku bagi A dpt keropok lekor...ha ha

rahimin said...

untungla dpt mentor mcm kau....