- angkara berbual dengan si leman -

Apr 6, 2012

bila berjumpa dan berbual dengan kawan lama, rasa macam tak cukup masa. ada banyak info yg kita dapat ( heh heh...info la sangat). terutama mengenai berita kawan-kawan lama yg lain.

"eh kau tahu tak si anu ...."
"kau ingat lagi tak masa sekolah dulu ...."

ya. malam tadi aku berbual panjang di telefon dengan leman. kawan aku sejak sekolah rendah. sama-sama kerabat bangsawan nilai. kami berkawan hinggalah ke sekolah menengah. selalunya, hujung minggu aku akan ke rumahnya atau dia datang ke rumah aku. oleh sebab dia tinggal di estet, menjadi cabaran bagi aku untuk berbasikal melalui jalan tanah merah. tapi itu tak pernah menghalang aku berkawan rapat dengannya. bila aku masuk U, leman mengulang di upper six. lepas tu dia kerja dan kahwin. kami terus lost contact. sehinggalah beberapa bulan dulu, aku dapat contact dia melalui no. telefon yg diberi oleh seorang lagi kawan lama.

aku cuma menghantar sms padanya. mengkhabarkan perihal kesihatan L yg aku sempat ziarah, baru saja menjalani pembedahan akibat serangan jantung. L juga kawan satu sekolah kami, yg juga warga nilai.

dia tidak membalas sms itu. hinggalah beberapa minit kemudian dia menelefon. katanya, nak tulis sms rasanya dah jadi macam cerpen, lebih baik telefon saja. paham-paham sajalah bila 2 kawan lama dapat peluang berbual. menyedari perbualan kami agak 'eksklusif', aku  yg menerima panggilan ketika menonton 'buletin utama', terus saja keluar ke porch.


***********

sedang rancak berbual, tiba-tiba terputus. oleh sebab dia yg menelefon aku, aku tunggu juga dia telefon balik. nanti bertembung pula panggilan kami. beberapa detik, kemudain bila tiada bunyi deringan, aku buat keputusan menelefonnya semula.

rupanya bukan sebab terputus, tapi dia kehabisan kredit telefonnya. begitulah padahnya, berbual panjang sangat, hingga kredit pun habis. dan itu jugak padahnya kalau pakai pre-paid. mujur juga aku pakai pascabayar, sebab aku selalu cakap pada wifey, pre-paid tu "untuk budak-budak baru naik aje..."

dan seperti biasa juga, kalau perbualan itu tak mengaitkan perihal, berita dan kemas kini kawan-kawan yg lain. "eh kau tahu tak si anu...?" "kau ingat tak masa sekolah dulu..." memang tak pernah habis, sentiasa bersambung.

berikut adalah sebahagian transkrip perbualan kami...ha ha

"kau tahu tak si leha, yg dulu macam tomboi, sekarang ni anak dia ada 9 orang. boleh buat team netball"  sampaiku pada leman. disambut hilaian ketawa.

"sharom keje dengan maybank. dulu aku bukak akaun, dia yg buatkan..." cerita leman pula.

"aku pernah jumpa nawi. kat masjid, selepas sembahyang raya. lepas tu dia datang beraya rumah aku. tapi aku try contact dia lepas tu, no. henfon dia dah tak boleh pakai...dia keje H.A..." cerita aku pasal nawi yg junior setahun di sekolah dulu.

'mahadir sekarang businessman. musa pun dah jadi kontraktor berjaya...." kata leman.
dan aku pun sambut "ya, aku pernah jumpa musa. masih macam dulu, dengan pakaian kemas dan lagak playboynya macam kat sekolah dulu. ada dua bini tu..."

"cuba kau bayangkan, mizan kata dia dah keje di 83 tempat. dia ni tukang masak. keje dengan hotel la, katering la, hospital la, restoran la. sebab dulu dia masuk i.t.m,  ambik kursus. hotel n catering." cerita leman lagi.
lalu aku sambung "ya, aku pernah jumpa mizan. dekat hospital pantai, KL. katanya masa tu dia jadi tukang masak kat situ...fuh 83 tempat tu kerja...."

seperti yg aku mulakan tadi. memang tak pernah habis modal, kalau bercerita dengan kengkawan.

dan bila aku tengok tempoh masa kami berbual tu dicatatkan pada henfon, 35 minit!
itu tak termasuk masa berbual guna kredit leman yg habis tu...!


*********

bila aku masuk semula ke rumah....

erol bagi tahu "kita orang semua dah makan dah...papa lama sangat borak.
kita orang dah lapar..!"

dan wifey hanya menjeling tajam. sambil mengemaskan meja dan menyediakan hidangan makan malam untuk aku pulak. nampaknya, aku kena makan sorang-sorang. 

mungkin dalam hatinya berkata "dapat borak dengan kawan sampai lupa anak isteri...!"

3 refleksi:

rahimin said...

padan muka kena mkn sorang2 ha ha nasib baik nasik/lauk tak habis!

Irfa said...

hihi..
wifey muskil gak tu dgn sapa ko meyembang lama sgt ;)

tp mmglah..borak ngan kawan lama nak apdet satu kelas punya citer ambik masa yg panjang..tu belum lagi citer psl cikgu2.

editor kampung said...

ha ha mmg tak dear bila dpt sembang kwn lama. itu di telefon, kalau jumpa mau x blk rumah...