- dulu aku pun student jugak ... -

Apr 17, 2012

sekarang tengah panas isu ptptn. sebenarnya sengaja dipanaskan. 
maklumlah dekat pilihan raya dah ni. ada pro dan kontranya. ramai yg lupa duit ptptn tu bukan saja utk biaya kos atau yuran belajar tetapi juga untuk tampung sara hidup pelajar. duit makan minum dan belanja harian.
perlu jugak diingat bukan semua pelajar tinggal di asrama, ramai yg menyewa rumah. jadi duit ptptn tu jugaklah digunakan untuk bayar sewa.

mungkin yg tak berapa kena atau adil  ialah caj ataupun faedah yg dikenakan pada peminjam. itu perlu dikaji dan kalau boleh dihapuskan caj perkhidmatan tu. lagipun tak payahlah aibkan mereka dengan blacklist di akhbar dan halangan imigresen bila nak ke luar negara, bila lambat bayar. mungkin ada yg belum dapat kerja lagi.

cara yg paling baik ialah belajar sehabis baik. kalau result bagus, tak kenalah bayar. kalau malas dan asyik nak bercouple je....sendiri mau ingat la. jangan nak harap semua benda free dan semua benda subsidi...!

masa aku belajar kat U dulu pun aku ambik pinjaman jugak bukannya biasiswa. mengada-ngada sangat ikut 'nasihat' kawan-kawan jangan ambik biasiswa jpa atau kementerian pelajaran sebab tak nak jadi cikgu. last-last mujur dpt ptptn.

duit pinjaman itulah yg tampung aku sepanjang di U. itulah duit belanja poket. itulah duit makan. itulah duit pergi pasar malam. itulah duit beli megi. itulah duit beli buku rujukan. duit fotostat. yuran persatuan. duit tengok wayang sesekali. duit beli kasut bola. beli rokok untuk yg nakal. duit minyak motor jangan kering. pendeknya, pandai-pandailah nak hidup.

ya, aku nekad beli motorsikal dengan duit pinjaman belajar. aku buat bayaran down payment dan bayar ansuran bulanan. sedangkan  ramai kengkawan lain yg menapak ke kuliah atau library. 

inilah strategi aku. ya, aku buat bisnes dengan 2 orang member kamcing.
aku sedar, keluarga aku bukan kaya-raya. aku jugak tak harap orang lain bagi free. kenalah usaha sendiri. kalau nak hidup bersenang perlulah bersusah sikit.

aku pernah borong keropok lekor dari kawan yg tinggal di terengganu. bila diorang balik cuti semester aku kirim untuk diorang belikan stok. kemudian aku goreng dan jual dengan harga berapa kali ganda. benda ni aku buat masa 1st year lagi sampai second year.

aku jugak jual t-shirt. yg berkisar pasal campus life. jual dari pintu ke pintu.dari dorm ke dorm. dari kolej ke kolej. kemudian bila trend t-shirt macam tu dah tak laku sebab diorang lebih minat t-shirt yg ada tulis nike, adidas, reebok. aku ambik inisiatif beli t-shirt tiruan dari siam.
aku borong t-shirt di padang besar. kebetulan masa tu abang long aku kerja dengan pasukan polis di sana. jadi, sambil menyelam minum air. kadang-kadang aku mintak abang long poskan aje, bila order banyak masuk.
harga lebih murah daripada yg ori. memang sold out masa tu. bukan orang tahu pun tiruan. yang penting ada gaya. sengkek pun bukan orang kenal....ha ha

selain tu aku jugak 'sewakan' motosikal aku. tapi sekadar kalangan kengkawan aje la. maklumlah masa tu ada motosikal dah kira mewah lah. tak macam sekarang, student pun ada kereta mewah. jadi, seingat aku, tak pernah isi minyak motor guna duit sendiri. siapa nak pergi ke pekan, aku kenakan rm5. nak pergi library rm2. nak pergi bank rm2. nak pergi beli nasi lemak panas kat gerai, kena bayar rm2.  jadi duit ansuran motor dah selamat dengan sewakan motor pada kengkawan aje. aku kena bayar ansuran rm100 sebulan. masa tu harga petrol taklah mahal macam sekarang...!

masuk final year. duit ansuran motor dah habis. aku boleh concentrate pada study dan siapkan tesis. kalau nak seribu daya...!

...dan yg lebih penting lagi. aku tak payah pun bayar duit  ptptn tu, sebab result aku cemerlang dan gemilang. tak payah susah-susah nak demo atau kena blacklist sebab tak bayar balik....

3 refleksi:

Irfa said...

wah..
kagum aku ngan ko
mmg ada bakat jd businessman la
pasni erol dah ada mentor :)

bangsawan nilai said...

nawaitu kena betul. aku cuma nak belajar & tak nak susahkan mak abah...bisnes tu part time je.

rahimin said...

aku mmg respek la bro...