- kem smart yang semak -

Apr 18, 2012


kem smart study islamik eril berlangsung selama 3 hari bermula petang jumaat. dan tamat tengah hari ahad minggu lepas. maknanya peserta kem dikehendaki tidur di sekolah 2 malam. dikenakan bayaran pendaftaran termasuk makan minum. kata eril, cikgu-cikgu yang akan menyediakan masakan untuk mereka. huh, rajin sungguh cikgu...ya.

aku terfikir jugak kenapa tak buat saja di luar sekolah. di kem bina semangat kat mana-mana. tempat tinggal lebih selesa. makan-minum disediakan. segala program, penganjur yg aturkan. bayar yuran penyertaan aje. 
tapi mungkin, pihak sekolah ada perancangan sendiri kot. asalkan ianya berfaedah dan bermanfaat untuk pelajar sekolah, aku tiada halangan.

cuma masalahnya di sekolah tu tidak ada asrama. jadi, nak tidur di mana?
sekolah tu tiada bilik mandi. jadi nak mandi di mana?

eril tunjukkan satu senarai panjang yg disediakan oleh cikgunya. termasuklah keperluan pakaian, baju melayu, baju sukan, tuala mandi, selipar, kasut, tempat tidur. maksud tempat tidur mungkinlah sama ada tikar atau toto atau tilam lipat yg dibawa sendiri dari rumah. kalau takde, kena belilah jawabnya. jangan lupa bantal dan selimut jugak kena ada.

untuk mandi, kenalah gunakan tandas. untuk mandi di situ, kenalah ada gayung dan peralatan mandi yg lain seperti sabun, berus gigi dan ubat gigi. 

mujurlah mama si eril tu sangat particular dan detail orangnya. semua sudah difikirkannya dan disiapkannya. eril cuma perlu bawak badan aje. untuk tidur pakai toto takkanlah nak dibentang saja atas simen dalam kelas. kotorlah jawabnya. jadi, malam sebelumnya terpaksalah aku belikan tikar plastik boleh lipat sebagai alasnya.

semasa pendaftaran tu, aku perhatikan pelajar lain jugak.
ya, seperti eril mereka jugak mengangkut tilam, bantal, beg pakaian dan segala peralatan lain.
tapi ramai jugak yg dihantar oleh mak bapak mereka datang 'berlenggang kangkung' saja. 
maksudnya dengan satu beg pakaian saja.

tergetus dalam hati aku.
macam mana diorang nak tidur malam nanti? 
adakah tidur atas lantai simen?
atau mengambil kesempatan menumpang dari kawan-kawan lain yg bersusah payah mengangkut tilam bantal dari rumah?


*********

pertanyaan aku itu terjawab selepas tamat kem itu.
bila aku bertanyakan hal itu pada eril. telahan aku tepat sekali.
eril mengaku, ada kawan-kawannya yg sekadar menumpang tilam, bantal dan selimut kawan yg lain.
bukan itu saja, ada juga yg menumpang tuala mandi, sabun, ubat gigi malahan berus gigi jugak.
selain meminjam sikat dan minyak rambut...

sama ada pelajar yg tak kisah. atau mak bapak mereka yg ambil mudah, tak prihatin...!
bukankah senarai keperluan sudah diberikan pada mereka.

lain kali, pihak sekolah kena sediakan tempat yg lebih selesa. takkanlah semua keperluan nak diangkut dari rumah!
dan mereka yg bersikap sambil lewa - terutama mak bapak - tak payah lah hantar anak mereka masuk kem seperti ini.


4 refleksi:

Irfa said...

amboi..banyak senang
aku yg baca pulak yg naik angin
kita susah payah cukupkan kelengkapan dia boleh dtg bawak badan je..bukan anak yg salah..mak ayahnya yg ambik mudah.budak2 tu apa tahu

bangsawan nilai said...

1. pihak sekolah kalau nak buat projek kena pastikanlah kemudahan dan keselesaan. takkan semua nak angkut dpd rumah.

2. sikap ibu bapa, jgnlah sambil lewa. kenalah serius sikit. janganlah lepas tangan. tak payah hantar lagi bagus...

rahimin said...

mcm mana nak smart kalau attitude tak smart langsung...!

editor kampung said...

mak bapak selalu salahkan sekolah bila anak tk pandai...tp tugas utama sebenarnya pd mereka sendiri