kita digalakkan menziarah sedara mara, kawan-kawan dan kenalan yg sakit. bukan buah tangan utama, tetapi sebenarnya kehadiran kita sudah cukup memberikan semangat dan kekuatan pada mereka yg sakit. berasa diingati dan dihargai.
tunjukkan simpati. berikan kata-kata semangat. doakan mereka cepat sembuh. walaupun ada sesetengah mereka menanggung sakit yg berat. dan kemungkinan untuk sembuh adalah tipis. tetapi berikan mereka harapan. dengan sedikit harapan itulah yg akan menjadi penyambung nyawa mereka untuk meneruskan kehidupan.
janganlah diluahkan kata-kata yg kurang enak.
"itulah aku suruh berhenti merokok...kau tak nak. sekarang kan dah sakit"
"makan tak jaga. bersenam malas...inilah padahnya!"
"lain kali jangan makan main sedap tekak je...orang nasihat kau degil"!
sesungguhnya kata-kata sedemikian hanya akan menambah derita dan kesakitan orang yg sakit.
kalau dah nak sakit memang tak kira usia. tak semena-mena datangnya. ada yg tak menjangka langsung.
sabtu.
aku ke hospital serdang, untuk berziarah.
isteri kepada abang iparku atau biras (bukan beras bak kata p. ramlee) aku dimasukkan ke ICU.
tiba-tiba rebah di tengah padang.
dia datang dari kuantan, hadir ke acara sukan yg disertai oleh anaknya yg bersekolah di putrajaya.
sebelum tu tidak ada sebarang tanda-tanda dia sakit. atau mengadu demam atau kurang sihat.
dia dihantar ke bahagian kecemasan hospital. koma seketika.
sebelah petangnya, dia dah mula sedar.
doktor kata, puncanya terlampau penat dan pengsan sebab cuaca panas.
dia ditahan di wad untuk rawatan lanjut.
walaupun masih lemah, dia masih mampu tersenyum melihat kehadiran orang yg menziarahnya.
ahad.
aku ke kpj seremban.
menziarah anak sedara yg diserang asthma yg teruk.
budak muda yg sedang belajar di kolej.
setelah diperiksa, doktor jugak mendapati paru-parunya dijangkiti kuman.
antara perkara pertama yg dipesan pada emaknya sebelum masuk ke bilik rawatan "jangan lupa bagitau pak uda (aku) suruh dia datang..."
ya, dia antara anak sedara yg paling rapat dengan aku.
dan kehadiran aku menziarahnya sudah pasti memberinya kekuatan melawan kesakitan.
perkara 'kecil' sebegini. dengan hanya datang menziarah sahaja sudah cukup bagi mereka yg sakit. memberi mereka kekuatan dan sokongan moral.
kalau ada yg sakit, ziarahlah.
mana tahu, bila kita sakit. tiada siapa yg datang berziarah. tentu sedih kan.
ingatlah, kita tak selamanya sihat....
3 refleksi:
betul betul betul
ya, terutama org tua yg sakit. bila kita ziarah diorang jadi 'sihat'
kadangkala kata-kata kita menambah sakit org sakit yg sensitif
Post a Comment