sindrom sikit cukup, banyak habis ini ada pada semua orang.
bila sikit tak kira lah dari segi kewangan atau makanan. pandai-pandailah kita berjimat dan cepat kenyang.
tapi bila banyak pun seberapa boleh nak dihabiskan juga.
kalau makan di kedai, cukuplah makan nasi campur sepinggan. tapi bila makan di rumah kita tambah nasi 1-2 pinggan lagi. lauk jugak sebenarnya boleh dihidang untuk 10 orang makan sedangkan keluarga kecik saja.
begitu juga kalau kita ke majlis makan-makan. kalau pergi makan kenduri yg kecil-kecil atau jamuan yg kecil-kecil tahu pula kita bila nak berhenti makan. tapi bila pergi majlis dinner yg besar, makan kita macam tak mahu berhenti. nak pulak kalau jamuan secara buffet. maka berkali-kalilah kita pergi balik dari meja makan ke meja buffet.
lebih-lebih lagi kalau bulan puasa. sebenarnya cukup aje dan kenyang pun kalau makan sedikit. tapi bila ke bazar ramadhan segala macamnya kita akan beli. itu belum lagi kalau kita dijemput hadir ke majlis berbuka puasa. percuma!
jadi segala jenis makanan yg kita sumbat ke dalam perut. sebabnya banyak pilihan yg sedap-sedap depan mata.
kalau dari segi duit pun sama. kalau bulan ni bajet lari siki, kita pandai pulak adjustkan. supaya sampai hujung bulan masih ada duit untuk dibelanjakan.
tapi bila satu bulan tu kita ada duit lebih, claim lebih, atau dapat bonus ke...mulalah kita beli itu dan ini. dan yg banyak itu akan habis jugak.
contohnya, macam bulan ni, dapat tunggakan. belum dapat lagi kita dah rancang nak beli itu dan ini. yg sebenarnya bukan keperluan mendesak pun. sebab ada bajet lebih sikit, maka kita nak habiskan.
itulah dipanggil sindrom kalau sikit cukup, banyak pun habis jugak...!
********
sindrom yg sama jugak dah menjangkit kepada erol.
biasanya aku bagi duit belanja rm2 setiap seorang pada mereka.
tapi semalam, aku takde duit kecik. jadi aku bagi duit kertas rm5 pada erol.
"lebih nanti, guna untuk belanja esok..." pesan aku. erol cuma sengih aje.
malam tadi aku bagi rm2 pada erin dan eril saja. dengan anggapan erol masih ada duit belanja lebih semalam.
"mana erolnya duit belanja...?" erol menuntut duitnya jugak.
"eh kan semalam papa dah bagi lebih. rm5. pakai lah yg tu...".
erol cuma sengih aje. sambil menadah tapak tangan.
maknanya, janganlah diberi duit belanja lebih, sudah tentu dihabiskan jugak....!
3 refleksi:
sama ngan kes aku 2 hari lepas la ni
selalu bg hero duit belanja rm4 (kalau ada kelas petang dan kalau takde kelas petang rm3.)so aku takde duit kecik,bg la rm50 suh simpan rm1 utk esoknya..tapi abis jugak rm5 dalam sehari.adus........
maknya pun sama..dapat tunggakan dan juga kenaikan gaji baru dapat ni..tapi,dah nak abis pun :)
he he maknya target kasut biru!
cit
Post a Comment